Total Pageviews

FIRST BABY

Thursday 16 February 2017

Sebab Saya dah Pernah Pesan, Kan?

Assalamualaikum, semua, :).

Hai, hai, hai.

Sebab lusa hari Sabtu, maka marilah saya beri gentle reminder.

RUN Bab 10 tu tak cukup 10 komen lagi, tau?

Kesian, kan?

Jadi, faham-fahamlah korang nanti kenapa tak ada entry bab 11.

Tak adil untuk mereka yang follow dan komen cerita ni?

Well, I'm just tired of being too kind sometimes.

Kali ni saya nak jadi kejam, boleh?

Memang, saya penulis yang tak ada nama. Tapi saya juga menulis untuk orang lain baca. Benda paling kecil yang korang boleh buat ialah beri komen. Kalau payah sangat pun, tick je box reaction tu. Tak susah, pun kan? Setakat saya kira reaction dekat reaction box tu ada 3 je.

Campur dengan 3 komen baru 6. Mana lagi 4?

For those yang dah beri komen, thank you so much. Kalau rindu kisah Runnisa, marilah sama-sama kita jengah FB saya dan kita berkawan! Klik link ini--> Post FB Nasha Hadzir Othman

Link yang saya letak tu ialah salah satu post saya yang available to public. Boleh add saya through FB Nasha Hadzir Othman tu. Dan kalau boleh, message lah saya. Biasanya kalau tak ada mutual friends, saya jarang accept. Jadi mohon bagitahu, dari mana kenal saya.

Dekat FB tu, korang boleh dapat teaser2 untuk bab2 yang saya tak masukkan dalam blog. Boleh jadi pengubat rindu, boleh jadi trigger kepada tanda tanya. Haha.

Untuk Cik Anon yang tanya 'RUN akan diterbitkan ke?' tu... Saya nak tanya ni, awak nak ke RUN diterbitkan? Hehe.

Mohon doakan yang baik2 aje ye. Mohon doakan rezeki RUN ni luas. Bukan rezeki cik penulis, ya? Rezeki RUN. Sebab saya lagi suka RUN tu femes daripada saya. Sekurang-kurangnya, RUN tu bagi ilmu dekat mereka yang membaca. Saya ni apa pun tak ada. Haha.

Ayat saya dah macam warkah terakhir dalam blog ni kan.

Selagi post Bab 10 tu komennya tak cukup 10, maka marilah kita menyawangkan blog ini. Cerpen hanya akan di-update selepas proses menukang manuskrip baru selesai. Nanti manuskrip dah siap saya bagitahu ya.

Mesti ada yang komplen, hei, dah berzaman menukangnya, tak juga siap2.

Jawapan saya, saya pun stres tulis cerita ni. Awak jangan banyak komen. Nak pikir plotline dan timeline berbelit2 lagi. Memikirkan apa reaction orang yang akan baca nanti, lagi. Nebes tau? Kalau nervous tak boleh menukang.

Jadi itulah kisahnya, bab 11 takkan muncul selagi komen dalam bab 10 belum cukup 10...

Sebab saya dah pernah pesan, kan?

Terima kasih kerana faham.

3 comments:

  1. Aduuuuussssh! Ingatkan dah cukup 10 komen. Kalau sorang komen 3 kali aci x? Dah rindu RUN ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Yamad. Hahaha, :D. Terpikir juga ada yang akan buat macam tu ke kan, komen pakai anonymous banyak kali. OR SEORANG pembaca tick banyak option dekat ruang reaction tu. Manalah kita tahu. Yang penting, saya buat kerja saya, pembaca saya buat kerja mereka. Apa-apa pun, mesti jujur.

      Delete