Total Pageviews

Thursday, 14 February 2013

MAHRAM dan MUHRIM. Apa perbezaanya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Hari ni, kita buka cerita pasal MAHRAM dan MUHRIM. Agak- agak, apa yang kalian tahu tentang MAHRAM dan MUHRIM ni? Mesti ada yang fikir, MAHRAM, MUHRIM lebih kurang aje tu... of courselah maksud dia sama!

Haha, sorry bro! Kalian salah! MAHRAM dan MUHRIM jauh bezanya.

Okey, jadi di sini... saya akan terangkan apa itu MAHRAM dan MUHRIM.

Dalam bahasa Arab, MAHRAM bermaksud orang yang ada pertalian darah dengan kita. Atau lebih tepat... orang yang haram kita kahwini. Contohnya, adik- beradik KANDUNG, ibubapa kita, mertua kita, dan lain- lain. Kiranya, kalau waktu tu kita ada wudhu' dan tersentuh kulit dengan mereka, maka wudhu' kita tak terbatal. Ataupun, kalau kita bersalaman dengan mereka, tak berdosa.

Bagi MUHRIM pula, ia bermaksud orang yang sedang melakukan ihram haji atau umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua- dua ibadat ini sebagaimana yang banyak diperkatakan di dalam kitab- kitab feqah.

Konklusinya wahai pembaca sekalian, berhati- hatilah dengan percakapan kita atau penulisan kita. Sama- sama kita perbaiki diri agar menjadi lebih baik. Jangan main hentam keromo aje bila bercakap mahupun menulis. Kalau kita tak tahu, cakap tak tahu. Kalau kita tahu tapi, tak faham... belajar dan terus belajar sehingga kita faham. Boleh kan? Tak susah, senang aje! Dulu, saya pun tak tahu juga pasal ni. Alhamdulillah, sekarang dah tahu. Hehe, thanks dekat saudara Saiful Zaini yang bagi penerangan ni.

Okey, sekadar perkongsian dari saya untuk hari ni. Moga perkongsian kali ini lebih bermanfaat daripada yang sebelumnya. Terima kasih untuk pembaca sekalian! Jazakumullahukhairan! :)

Salam sayang,
Nasha RahMan.

No comments:

Post a Comment