MUSYIRAH
melangkah di atas pasir pantai. Angin yang menampar lembut tubuhnya
mendamaikan jiwanya. Tidak henti-henti bibirnya bertasbih menyebut nama Allah.
Dari
kejauhan, dia nampak kelibat seseorang yang amat dirinduinya. Bibirnya mengukir
senyum, membalas senyuman jejaka tampan itu. Namun, senyumannya terus mati
tatkala terpandangkan wajah Darwis.
Gila!
Abang ni... agak-agaklah. Mamat tu bukannya sihat sangat pun! Gerutu Musyirah
di dalam hatinya. Musyirah menjeling tajam ke arah abangnya menandakan dia
tidak selesa dengan kehadiran Darwis. Darwis pula masih setia dengan sengihan
lebarnya.
“Tajamnya
menjeling. Kot ya pun dah geram sangat dengan abang sebab rindu, jeling tu
biasa-biasa ajelah,” usik Aizat. Musyirah membuat muka geli-gelemannya.
Langkahnya diatur ke tempat yang lebih teduh. Aizat dan Darwis turut menyusul.
Mereka mengambil tempat di bawah sebatang pokok yang rendang.
“Setakat
lima tahun tak jumpa, tak ada maknanya Syira nak rindu. Perasan!” ujar
Musyirah. Aizat tergelak.
“Budak
kecik ni dah pandai kan sekarang?” Belum pun Aizat menamatkan bicaranya,
Musyirah sudah menyampuk.
“Eh,
baru tahu ke? Syira sejak dulu lagi dah pandai dah,” kata Musyirah. Aizat
menyekeh kepala adiknya, menonjolkan rasa geramnya.
“Aduh,
sakitlah!” marah Musyirah sambil menggosok-gosok kepalanya.
“Tahu
pun sakit. Lain kali jangan nak memotong percakapan orang,” bicara Aizat.
Musyirah mencebikkan bibirnya.
“Yalah.
Gurau sikit pun tak boleh. Bukan selalu, sekali-sekala aje,” tutur Musyirah.
Bibir Aizat mengukir senyum. Wajah adiknya dipandang.
“Lima
tahun abang dia tak ada, boleh pulak dia bina mahligai dengan Nazhirin tu kan?
Sampainya hati Syira tak tunggu abang nikah dulu,” kata Aizat. Bibir Musyirah
mengukir senyum.
“Abang
tu lambat sangat. Kalau Syira tunggu abang nikah dulu, alamatnya berapa kurun
lagi, barulah Syira boleh kahwin. Dah ditakdirkan jodoh Syira sampai dulu
sebelum abang nak buat macam mana? Syira tak boleh buat apa-apa sebab ni semua
aturan Allah,” jelas Musyirah. Darwis yang sedari tadi menjadi pendengar setia
perbualan antara dua beradik itu sudah mempamerkan riak kebingungannya.
“Eh!
Chop! Chop! Mahligai apa? Jodoh
apa ni?” soal Darwis.
“Kau
tak tahu ke yang Nawar dah nikah?” soal Aizat. Ternganga mulut Darwis
mendengarkannya.
“Ya
ke, Nawar?” soal Darwis. Musyirah mengangguk. Kad nikah yang disimpan di dalam
beg sandang yang dibawa bersama-samanya dikeluarkan dan ditunjukkan kepada
Darwis.
“Nawar,
kau tak pernah beritahu aku pun yang kau dah nikah? Hampa hati aku. Punah
harapan aku. Rupa-rupanya aku menaruh hati pada isteri orang. Berdosa kau tahu
tak? Kalau aku tahu yang kau ni isteri orang, tak adanya aku nak kacau kau,”
ujar Darwis. Musyirah menayangkan sengihnya.
“Dah
kau tak pernah tanya status aku apa? Tu yang aku tak beritahu kau, aku
ni isteri orang. Kalau kau tanya mungkinlah aku jawab single but not
available,” kata Musyirah. Sedikit sebanyak, dia berasa lega memandangkan
Darwis tidak akan menganggu ketenteramannya lagi.
“Kau
cubalah pikat Fizah tu. Dia dari dulu lagi asyik cakap yang aku ni beruntung
sebab kau sukakan aku. Walhal, serius aku cakap, aku tak pernah sukakan kau.
Aku tahu Fizah syok kat kau. Selalu sangat dia usha kau. Tapi kau
tu tak pernah-pernah nak perasan,” cadang Musyirah.
“Ya
ke?” soal Darwis. Musyirah mengangguk bagi meyakinkan Darwis.
“Kalau
macam tu, aku nak minta maaflah dekat kau, Nawar. Yalah, selama ni aku asyik
suka kat kau aje. Padahal kau tu isteri orang. Jujur aku cakap, kalau aku tahu
yang kau tu isteri orang, aku tak akan kacau kau. Kau maafkanlah aku ni.
Mungkin aku ni mengada-ngada sangat ke, apa ke,” ujar Darwis. Musyirah
mengangguk.
“Tak
ada masalahlah. Aku pun salah sebab tak bagitahu yang aku dah nikah. Aku nak
minta maaf jugak dekat kau. Bukannya aku tak pernah kutuk kau,” tutur Musyirah.
Darwis mengangguk.
“Okey.
Nawar, Aizat, aku gerak dululah,” ujar Darwis.
“Kau
nak ke mana? Tak akanlah sebab ni aje dah nak pergi dah?” soal Musyirah. Darwis
sudah bangun daripada duduknya.
“Eh,
tak adalah! Aku ada kerja sikit. InsyaAllah, lain kali kita jumpa lagi. Jangan
lupa bawa suami kau sekali. Nak jugak aku kenal dengan dia. Aku minta diri
dululah. Assalamualaikum,” ucap Darwis. Musyirah dan Aizat menjawab salam
tersebut secara serentak.
“Good
luck, bro!” Sempat lagi Aizat memberi pesanan penajanya. Darwis yang sudah
melangkah menjauhi mereka sekadar mengangkat tangan kanannya buat sejenak
sebagai tanda terima kasih.
“Kerja
nak cari Fizahlah tu,” gumam Musyirah. Aizat mengangguk, mempersetujui
kata-kata Musyirah.
“Nazhirin
tu macam mana orangnya?” soal Aizat. Musyirah tersenyum tanpa disedarinya.
“Dia
baik, walaupun kadang-kadang menyakitkan hati. Kiranya ciri-ciri yang ada pada
dia yang Syira nak sebagai seorang suami memang lengkap, bahkan lebih baik. Dia
pandai mendidik Syira melalui kata-kata dia. Tu adalah satu perkara yang Syira
sangat suka tentang dia. Cuma, Syira tak rasa yang dia boleh memasak,” kata
Musyirah. Dia tergelak kecil.
“Jadi
tak salahlah tindakan abang mempersetujui tindakan mama dengan papa untuk
menikahkan Syira dengan dia,” ujar Aizat. Musyirah menggeleng.
“So,
how’s life after marriage?” soal Aizat. Musyirah tersenyum lagi.
“As
usual. Cuma sekarang ni kena buat house chores. Abang nak tahu tak?
Suami Syira tak bagi Syira kerja tau? Sedih betul! Dia kata, daripada asyik
kena pecat sebab selalu buat masalah, baik duduk rumah diam-diam. Jaga suami,
jaga anak-anak,” jelas Musyirah. Aizat menghamburkan tawanya.
“Anak-anak?
Syira dengan Naz dah rancang nak ada anak ke? By the way, betullah apa
yang dia cakap tu. Adik abang ni kan Miss Troublemaker,” kata Aizat.
Musyirah menjegilkan matanya.
“Hello!
Troublemaker macam mana pun, mamat study tu tetap sayang adik dia
kan? Untung jadi Miss Troublemaker ni, ramai orang sayang. Suami pun
ada. Tak macam mamat study tu, kesian dia sebab tak ada isteri. Fasal
anak-anak tu, Syira tak kisah pun. Depends on suami Syiralah,” balas
Musyirah. Sempat lagi dikenakan abangnya itu.
“Tak
lama aje lagi,” jawab Aizat, yakin. Musyirah memandang wajah Aizat dengan riak
tidak percaya. Baru sahaja Aizat ingin membuka mulut, Musyirah pantas memotong.
“Alhamdulillah,
laku jugak abang aku ni. Kalau tak, mesti ada orang ingat songsang nanti,” kata
Musyirah. Aizat menyiku lengan Musyirah. Musyirah menyeringai menahan sakit.
Lengannya diusap perlahan.
“Sesedap
mulut dia aje bila bercakap. Tak pandai nak lapik? Abang ni jejaka Malaysia
terakhir. Sebab tulah abang kahwin lambat sikit. Ramai sangat yang minat dekat
abang sampaikan abang tak tahu nak pilih yang mana,” tutur Aizat. Musyirah
sudah mempamerkan reaksi loyanya. Terasa bagai ingin memuntahkan segala isi
perutnya. Geli tekaknya mendengar jawapan abangnya yang terlebih yakin itu.
“Euwww!
Tolonglah abang! Perasan tak habis-habis! Bila entah nak expired
perangai tak senonoh tu,” kata Musyirah. Suka benar dia meliuk-lentokkan
tubuhnya supaya kelihatan gedik di hadapan abangnya. Mereka sama-sama ketawa.
“Mulalah
nak buat perangai gedik dia tu. Syira, suami Syira tahu tak yang Syira jumpa
abang ni? Dia tak kenal kan siapa abang? Abang aje yang kenal dia, tak jadi
juga,” kata Aizat.
“Abang
nak ke Syira kena sembelih sebab tak beritahu dia yang Syira keluar rumah?
Syira tahulah yang Syira ni isteri dia dan sebab tulah Syira dah minta izin dia.
Tapi Syira tak cakap pun Syira nak pergi mana dan nak jumpa siapa. Pagi tadi
Syira cakap nak keluar dan dia pun angguk aje. Tak ada tanya atau pesan apa-apa
pun,” jawab Musyirah. Aizat mengangguk.
“Dahlah,
jom! Kata nak ajak Syira jalan-jalan,” kata Musyirah. Dia bangun daripada
duduknya. Aizat turut melakukan perkara yang sama. Mereka membuka langkah
seiringan menuju ke kereta milik Aizat.
NAZHIRIN
memandang waktu yang ditunjukkan pada skrin telefonnya. Waktu yang tertera
adalah 9.30 malam. Nombor telefon Musyirah didail buat kesekian kalinya. Namun
masih tidak berjawab.
Nazhirin
mendengus kasar. Telefonnya dicampakkan ke atas sofa. Wajahnya diraup dengan
kedua-dua belah tangannya. Dia harus mengawal kesabarannya. Insiden yang
dilihatnya pada petang tadi telah menaikkan kemarahannya.
Nazhirin
merebahkan tubuhnya di atas sofa. Matanya dipejamkan bagi mengurangkan tekanan
yang sedang dirasainya kini.
MUSYIRAH
masih setia berjalan meskipun tubuhnya sudah basah lencun. Akhirnya, dia
tiba juga di rumahnya. Dia yang memilih untuk pulang sendiri dengan berjalan
kaki. Namun tidak sangka pula bahawa hujan akan turun. Hujan yang turun pula
melambatkan lagi perjalanannya.
Pak
Samad yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di rumahnya membuka pagar yang
berkunci itu. Kedekutnya Pak Samad! Aku tak nak dipayungnya sekali. Aduh,
nasib... nasib! Gerutu Musyirah di dalam hatinya.
“Dah
berapa kali dah Tuan Nazhirin tu tanya Pak Samad kamu dah balik ke belum.
Puaslah Pak Samad jawab belum. Lepas sepuluh kali dia tanya, barulah kamu tahu
nak balik ya?” tutur Pak Samad.
“Tak
sangka pulak nak hujan. Tu yang sampai rumah lambat tu,” kata Musyirah dengan
suara yang terketar-ketar. Sampai sepuluh kali dia tanya ni apa kes? Adalah
bendanya tu, bicara Musyirah sekadar di dalam hatinya.
“Terima
kasih Pak Samad,” ucap Musyirah selepas melangkah masuk. Pak Samad sekadar
mengangguk sambil mengunci semula pagar itu. Dia kembali semula ke pondoknya.
Musyirah mengorak langkah ke pintu utama rumahnya. Kunci rumahnya dikeluarkan
daripada beg sandangnya lantas pintu rumahnya dibuka. Lampu ruang tamu itu
dinyalakan. Kemudian pintu rumahnya ditutup dan dikunci kembali.
“Pukul
berapa baru balik?” soal Nazhirin dengan nada suara yang cukup dingin. Musyirah
sedikit tersentak dek terkejut. Jam dinding yang tergantung pada dinding
dipandang.
“Sepuluh
setengah,” jawab Musyirah. Nazhirin sudah berdiri di hadapan Musyirah.
Dipandang Musyirah daripada hujung tudung ke hujung kaki. Musyirah sudah
menarik-narik tudungnya. Dia dapat merasakan betapa ‘seksa’nya dia sekarang.
Sudahlah dia memakai persalinan serba-serbi putih pada ketika itu. Blouse
putih, skirt labuh putih, dan tudung bawal putih. Ditambah pula dengan
keadaannya yang basah lencun. Memang jelas kelihatan warna kulitnya.
Musyirah
menundukkan pandangannya. Malu dipandang sebegitu. Terasa wajahnya sudah
memanas. Tariklah walau sekuat mana pun tudungnya itu, tak kan mampu untuk
mengaburkan pandangan Nazhirin. Mujurlah tudungnya cukup labuh melepasi
dadanya. Benarlah, Allah menyuruh hamba-hambaNya melakukan sesuatu itu pasti
bersebab. Apa yang pasti, sebab-sebab itu adalah untuk kebaikan hamba-hambaNya.
Nazhirin
sudah membuka langkah menuju ke tingkat atas. Tidak sampai tiga minit, dia
turun semula dengan tuala di tangan. Tuala itu dibalut pada bahu Musyirah.
Kepala Musyirah didongakkan supaya memandangnya. Kemudian, tudung dan anak
tudung Musyirah ditanggalkan.
“Where
have you been?” soal Nazhirin. Rambut Musyirah yang basah dilap dengan
cermat.
“Tadi
Syira keluar jumpa Abang Aizat,” jelas Musyirah. Dia sudah menarik-narik
bajunya yang melekat pada tubuhnya. Terasa bagai ingin menyorok sahaja pada ketika
ini. Malunya! Bukannya dia tidak perasan akan pergerakan mata suaminya itu.
Kalau tidak difikirkan yang Nazhirin itu suaminya yang berhak ke atas dirinya,
sudah pasti dia akan mengugut untuk mencungkil mata Nazhirin. Gatal!
“Who’s
Abang Aizat and why don’t you answer my calls?” soal Nazhirin.
“Awak
ada call ya? Maaflah, phone mati. Lupa nak charge semalam.
Oh, Abang Aizat tu abang saya, abang kandung saya. Mungkin awak tak pernah
jumpa dia. Lagipun, dia study dekat Kanada hampir lima tahun,” jawab
Musyirah.
“So,
he’s the man who touch you at the restaurant?” soal Nazhirin.
Berkerut-kerut dahi Musyirah mendengarnya.
“Saya
keluar jumpa dia aje hari ni. Ya, dialah tu. Tapi dekat restoran tu mama dengan
papa pun ada sekali. Mereka sampai lambat sikit. Macam mana awak tahu?” soal
Musyirah.
“I
was there. I was supposed to have an appoinment there. But the appoinment is
cancelled because of you,” kata Nazhirin. Tuala yang digunakan untuk
mengelap rambut Musyirah dibalutkan kembali ke bahu Musyirah. Pantas Musyirah
menarik tuala itu menutup apa-apa yang patut. Wajahnya terasa sangat panas.
Malu, meskipun Nazhirin itu suaminya.
“Kenapa?
Saya ni memang sesuai sangat dengan gelaran Miss Troublemaker kan? Suka
sangat buat masalah,” ujar Musyirah. Perlahan tutur bicaranya. Nazhirin tidak
membalas.
“Clean
yourself and meet me in my room at a quarter after eleven,” kata Nazhirin.
Sempat lagi dia membetulkan anak rambut Musyirah. Musyirah yang sedang menunduk
itu sekadar mengangguk. Tudungnya yang berada dalam pegangan Nazhirin diambil.
Setelah itu dia melangkah ke tingkat atas. Dia harus membersihkan dirinya
dengan segera. Lantai ruang tamu yang basah juga mesti dilap.
Pesanan kali ini: Assalamualaikum, :). Disebabkan ada yang minta untuk part 2 sebelum pukul 10 pagi, saya bagilah. Terima kasih untuk @ice_coolz sebab request. Harap part 2 ni okey ya? Cerpen ni belum tamat lagi. Masih ada part lain. Tunggu sambungannya minggu hadapan. Hee, :). Maaf atas segala kekurangan. Enjoy, ^^. Do leave your comments, readers, ^_^. Terima kasih. Jazakumullahukhairan. Barakallahufiikum.
Wahh..xsngka cik witer accept my request..tq dear..lma lg ke cerpen ni nk tamat?pendek sgt xpuas bc..hehe
ReplyDeleteBila nk da smbungan cerpen ni..pndek je x puas nk bca..hope x kisah la klu mntak pjg ckit..hehe
ReplyDeletebest sambung please...
ReplyDelete@ice_coolz: Terima kasih sudi baca dan komen. Hee, tak ada masalah. Welcome, :-). Selagi saya boleh bgi, sy bgi. Tak lama kot. InsyaAllah, hujung minggu ni tamatlah.
Delete@Nur Eza: InsyaAllah, hujung minggu ni sambung, :-). Terima kasih sudi baca dan komen.
@baby mio: Terima kasih sudi baca dan komen. InsyaAllah, hujung minggu ni sambung.
Sekali lagi, TERIMA KASIH, semua, ^_^.