Total Pageviews

FIRST BABY

Saturday 3 June 2017

Minggu Mesra Siswa (MMS) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2017

Assalamualaikum, :).

Seperti yang dah saya janjikan dalam posting sebelum ini, saya akan cerita serba sedikit tentang MMS di UniSZA. Ni masa senggang terakhir sebelum kuliah mula esok. Ambil kesempatan untuk datang ke library dan guna komputer yang ada.

Okey, basically, MMS untuk program saya berlangsung selama 5 hari, from 28 Mei sampai 1 Jun. Menurut Fasilitator Mahasiswa (FM), untuk batch tahun lepas, MMS mereka berlangsung selama satu minggu. Disebabkan kebetulan MMS kami kali ni jatuh pada bulan puasa, maka MMS dipendekkan kepada 5 hari shj. 

Aktiviti kami? Oh, biasalah, perasmian, taklimat, lawatan.

Bagi saya, MMS ni merupakan minggu yang sangat menyeronokkan. Cuma ada satu hal lah, ketahanan terhadap nafsu tidur korang mestilah tinggi. Selama kami MMS ni, paling lama saya dapat tidur ialah 4 jam setiap malam. Kalau ikutkan boleh je 5 jam, tapi sebab sejam yang pertama tu saya guna untuk basuh baju, bersihkan diri semua, so tinggallah 4 jam. Satu lagi, kalau korang jenis tak suka pakai baju kurung, harap korang bertabah selama MMS ni sebab dari pagi sampai malam korang kena pakai baju kurung. Hahahaha. Dahsyat tak? Bukanlah dari pagi sampai malam tu pakai baju kurung yang sama. Maksud saya, untuk aktiviti malam dan petang, dua2 kena pakai baju kurung. Jangan mimpilah nak pakai baju T muslimah ke apa sebab MMS ni acara formal. 

So, Nasha, MMS di UniSZA ni fasilitator punya layanan macam mana?

Oh, layanan fasilitator? Untuk makluman korang, FM terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA. Layanan mereka? Susah nak katalah... Sebab baik sangat. Senang cerita, diaorang ni sentuh kita dengan hujung kuku pun tidak. Lepas tu setiap hari akan tanya kami sihat ke tidak, ada apa-apa masalah tak, kolej kediaman ada apa-apa masalah tak, ada apa-apa soalan tanya je. FM baik sangat2, sporting2 pulak tu. Rasa macam kakak abang sendiri je. Haha. Untuk pergerakan pelajar pun, setiap kali kami berjalan saja, mesti Abang Meor (Fasilitator yg bertanggungjawab untuk bahagian disiplin) suruh FM2 lain guide kami guna jalan yang paling dekat dan selamat. 

FM ni ada denda2 tak?

Uish, denda? Tak ada langsung. Tapi tak tahulah kalau korang ketegaq sangat mungkin lah kena kut. Hahaha. Sebab kami ni tak ramai sangat dan semua baik2. FM tak stres dengan kami. Makin hari makin sayang pulak tu. Bila FM dapat tahu kami tak cukup tidur, dibagi tambahan masa sepuluh minit untuk hari2 seterusnya. Haaa, baik kan.

Apa aktiviti wajib sepanjang MMS?

Dah tentulah solat berjemaah. Subuh, Zohor (asing lelaki perempuan), Maghrib berjemaah di surau kolej kediaman. Untuk Asar, solat sendiri dan Isyak pula memandangkan MMS kami jatuh pada bulan Ramadan, kami solat Isyak berjemaah di Masjid UniSZA. Nak pergi masjid pun kena naik bas tau. Tak dekat mana. Tapi lepas habis MMS, pandai2lah survive. Kalau ada bas bolehlah naik bas, kalau tak de, marilah kita berjalan kaki secara berjemaah. Ehhh, apa salahnya, pahala lebih apa. Nak lagi bulan2 Ramadan ni, pahala berlipat kali ganda. Dan sepanjang MMS ni, kami sahur, buka puasa dan berterawih ramai2. Manis sangat, kan? :)

Jadi, itulah serba sedikit apa yang saya boleh kongsi tentang MMS. Nak tanya apa-apa tentang UniSZA, pergilah buka twitter korang, tweet soalan korang dengan hashtag, #UniSZApastitahu dan #sedekadUniSZA. InsyaAllah, MPP semua akan jawab soalan korang. Setakat ni semua soalan berjawab tau, don't worry. Tapi kalau korang tanya through FB or Insta saya tak dpt bgi jaminan. Haha. 

Nak tanya dekat ruang komen bawah ni pun boleh je. Kalau saya reti jawab, saya jawab, insyaAllah.

Itu saja untuk posting kali ni. Terima kasih semua, :).

#UniSZApastitahu
#sedekadUniSZA

5 comments:

  1. hi akak, saya berminat sangat nak sambung pengajian dekat unisza ni. sampai dlm upu pun letak pilihan unisza atas sekali. Cuma saya nak tanya, kalau nak pergi outing luar uni mcm mana? Ada atau tak bas atau stesen terdekat? Sekian, itu sahaja soalan saya, terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai! Akak based dekat UniSZA Gong Badak. Kalau dekat Tembila akak tak pasti ya. Dekat Gong Badak ni, kalau nak pergi outing ada banyak opsyen. Naik Grab pun boleh. Book driver pun boleh. Sewa kereta pun boleh. Perhentian bas ada dekat pintu belakang UniSZA tapi setakat ni akak tak pernah naik bas. So tak tahu jadual bas macam mana. Mydin 5 minit je dari sini. Mudah je nak beli barang2. Kalau malas nak keluar pun, ada runner. Boleh pesan barang2 dekat runner. Tapi kena bayar la cas minyak diaorang. 😁

      Harap membantu ya.

      Delete
  2. Kat Unisza kena cakap ganung ker ?

    ReplyDelete
  3. Sis nak tnya ..mms nie pakai bju kurung putih ke

    ReplyDelete
  4. Sis nak tnya ..mms nie pakai bju kurung putih ke

    ReplyDelete