Assalamualaikum, semua!
Alhamdulillah, berkesempatan untuk buka blog semula setelah sekian lama. Saya dah melawat ruang komen post sebelum ni, banyaknya request untuk habiskan cerita Wahyu yang beku itu. Allahuakbar, terima kasih untuk semua yang komen tu. Saya hargai penantian anda. Mohon maaf sebab saya memang tak berkesempatan untuk jenguk blog dan update apa-apa yang patut. Sibuk sebenarnya dengan tugasan hakiki sebagai seorang pelajar.
Kali ini, saya curi-curi masa untuk update blog memandangkan ada berita gembira yang saya nak kongsikan dengan semua pembaca yang setia menggeledah karya-karya saya di blog ini sejak hari pertama blog ini ditubuhkan.
Sekiranya anda merupakan salah seorang pembaca setia blog ini sehingga ke hari ini, tahniah dan terima kasih saya ucapkan.
Alhamdulillah, saya dengan rendah hati ingin memaklumkan kepada semua pembaca di blog ini bahawa novel pertama saya telah diterbitkan.
Walaupun nama pena pada buku tu bukan nama saya, tetapi kalau anda semua baca, saya yakin yang anda boleh 'nampak' identiti saya melalui gaya penulisan saya.HIDUP Zinnirah berubah 180 darjah setelah ibu bapanya meninggal dunia disyaki akibat membunuh diri. Demi melangsaikan hutang yang ditinggalkan bapanya, Zinnirah mengikat kontrak dengan Tango sebagai profiler tanpa menyedari bahawa percaturannya itu adalah jerat yang mampu memakan diri.
"You that resemble her makes me lose my mind. What should I do to you?"- QAREEB
Bagi Qareeb, wajah Zinnirah sangat mirip dengan bekas isterinya yang tidak dapat dijejak, Sofea. Zinnirah pula beria-ia menafikan bahawa dia bukanlah wanita yang sedang dicari oleh Qareeb.
"Maaf, cik. Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" - QAREEB
"Encik pakai taktik zaman bila ni? Encik nak tahu nama saya ke? Kenapa tak tanya straightforward aje?" - ZINNIRAH
Disalah anggap sebagai Sofea turut mengancam nyawa Zinnirah apabila dia menjadi buruan bapa Sofea yang tampak bersedia untuk menerkam Sofea bila-bila masa sahaja. Pada masa yang sama, Zinnirah didedahkan pula dengan hakikat bahawa dia bukanlah anak tunggal seperti yang disangka selama ini. Kubur saudaranya wujud sebagai bukti. Tetapi mengapa tidak pernah sekali pun ibu bapanya bercerita? Mengapa statusnya sebagai anak kedua dirahsiakan?
"Awak berada dalam bahaya, Zinnirah." - QAREEB
Saat Zinnirah dihimpit dari pelbagai arah, Qareeb menawarkan sesuatu.
Zinnirah terdesak. Identiti Sofea menjadi tanda tanya. Rahsia mengenai kewujudan saudaranya menyebabkan Zinnirah mula meragui memori sendiri. Sejauh manakah kepercayaan yang boleh dia beri kepada orang-orang yang berada di sekelilingnya? Sedalam manakah Zinnirah terpaksa menggali kisah di sebalik kematian ibu bapanya? Apa sebenarnya yang berlaku 24 tahun yang lalu?