Total Pageviews

FIRST BABY

Sunday, 8 September 2013

Cerpen- Cinta Miss Troublemaker -Part 2-



            MUSYIRAH melangkah di atas pasir pantai. Angin yang menampar lembut tubuhnya mendamaikan jiwanya. Tidak henti-henti bibirnya bertasbih menyebut nama Allah.

            Dari kejauhan, dia nampak kelibat seseorang yang amat dirinduinya. Bibirnya mengukir senyum, membalas senyuman jejaka tampan itu. Namun, senyumannya terus mati tatkala terpandangkan wajah Darwis.

            Gila! Abang ni... agak-agaklah. Mamat tu bukannya sihat sangat pun! Gerutu Musyirah di dalam hatinya. Musyirah menjeling tajam ke arah abangnya menandakan dia tidak selesa dengan kehadiran Darwis. Darwis pula masih setia dengan sengihan lebarnya.

            “Tajamnya menjeling. Kot ya pun dah geram sangat dengan abang sebab rindu, jeling tu biasa-biasa ajelah,” usik Aizat. Musyirah membuat muka geli-gelemannya. Langkahnya diatur ke tempat yang lebih teduh. Aizat dan Darwis turut menyusul. Mereka mengambil tempat di bawah sebatang pokok yang rendang.

            “Setakat lima tahun tak jumpa, tak ada maknanya Syira nak rindu. Perasan!” ujar Musyirah. Aizat tergelak.

            “Budak kecik ni dah pandai kan sekarang?” Belum pun Aizat menamatkan bicaranya, Musyirah sudah menyampuk.

            “Eh, baru tahu ke? Syira sejak dulu lagi dah pandai dah,” kata Musyirah. Aizat menyekeh kepala adiknya, menonjolkan rasa geramnya.

            “Aduh, sakitlah!” marah Musyirah sambil menggosok-gosok kepalanya.

      “Tahu pun sakit. Lain kali jangan nak memotong percakapan orang,” bicara Aizat. Musyirah mencebikkan bibirnya.

        “Yalah. Gurau sikit pun tak boleh. Bukan selalu, sekali-sekala aje,” tutur Musyirah. Bibir Aizat mengukir senyum. Wajah adiknya dipandang.

            “Lima tahun abang dia tak ada, boleh pulak dia bina mahligai dengan Nazhirin tu kan? Sampainya hati Syira tak tunggu abang nikah dulu,” kata Aizat. Bibir Musyirah mengukir senyum.

            “Abang tu lambat sangat. Kalau Syira tunggu abang nikah dulu, alamatnya berapa kurun lagi, barulah Syira boleh kahwin. Dah ditakdirkan jodoh Syira sampai dulu sebelum abang nak buat macam mana? Syira tak boleh buat apa-apa sebab ni semua aturan Allah,” jelas Musyirah. Darwis yang sedari tadi menjadi pendengar setia perbualan antara dua beradik itu sudah mempamerkan riak kebingungannya.

            “Eh! Chop! Chop!  Mahligai apa? Jodoh apa ni?” soal Darwis.

            “Kau tak tahu ke yang Nawar dah nikah?” soal Aizat. Ternganga mulut Darwis mendengarkannya.

          “Ya ke, Nawar?” soal Darwis. Musyirah mengangguk. Kad nikah yang disimpan di dalam beg sandang yang dibawa bersama-samanya dikeluarkan dan ditunjukkan kepada Darwis.

            “Nawar, kau tak pernah beritahu aku pun yang kau dah nikah? Hampa hati aku. Punah harapan aku. Rupa-rupanya aku menaruh hati pada isteri orang. Berdosa kau tahu tak? Kalau aku tahu yang kau ni isteri orang, tak adanya aku nak kacau kau,” ujar Darwis. Musyirah menayangkan sengihnya.

            “Dah kau tak pernah tanya status aku apa? Tu yang aku tak beritahu kau, aku ni isteri orang. Kalau kau tanya mungkinlah aku jawab single but not available,” kata Musyirah. Sedikit sebanyak, dia berasa lega memandangkan Darwis tidak akan menganggu ketenteramannya lagi.

            “Kau cubalah pikat Fizah tu. Dia dari dulu lagi asyik cakap yang aku ni beruntung sebab kau sukakan aku. Walhal, serius aku cakap, aku tak pernah sukakan kau. Aku tahu Fizah syok kat kau. Selalu sangat dia usha kau. Tapi kau tu tak pernah-pernah nak perasan,” cadang Musyirah.

            “Ya ke?” soal Darwis. Musyirah mengangguk bagi meyakinkan Darwis.

            “Kalau macam tu, aku nak minta maaflah dekat kau, Nawar. Yalah, selama ni aku asyik suka kat kau aje. Padahal kau tu isteri orang. Jujur aku cakap, kalau aku tahu yang kau tu isteri orang, aku tak akan kacau kau. Kau maafkanlah aku ni. Mungkin aku ni mengada-ngada sangat ke, apa ke,” ujar Darwis. Musyirah mengangguk.

            “Tak ada masalahlah. Aku pun salah sebab tak bagitahu yang aku dah nikah. Aku nak minta maaf jugak dekat kau. Bukannya aku tak pernah kutuk kau,” tutur Musyirah. Darwis mengangguk.

            “Okey. Nawar, Aizat, aku gerak dululah,” ujar Darwis.

        “Kau nak ke mana? Tak akanlah sebab ni aje dah nak pergi dah?” soal Musyirah. Darwis sudah bangun daripada duduknya. 

            “Eh, tak adalah! Aku ada kerja sikit. InsyaAllah, lain kali kita jumpa lagi. Jangan lupa bawa suami kau sekali. Nak jugak aku kenal dengan dia. Aku minta diri dululah. Assalamualaikum,” ucap Darwis. Musyirah dan Aizat menjawab salam tersebut secara serentak.

            Good luck, bro!” Sempat lagi Aizat memberi pesanan penajanya. Darwis yang sudah melangkah menjauhi mereka sekadar mengangkat tangan kanannya buat sejenak sebagai tanda terima kasih.

          “Kerja nak cari Fizahlah tu,” gumam Musyirah. Aizat mengangguk, mempersetujui kata-kata Musyirah.

            “Nazhirin tu macam mana orangnya?” soal Aizat. Musyirah tersenyum tanpa disedarinya.

           “Dia baik, walaupun kadang-kadang menyakitkan hati. Kiranya ciri-ciri yang ada pada dia yang Syira nak sebagai seorang suami memang lengkap, bahkan lebih baik. Dia pandai mendidik Syira melalui kata-kata dia. Tu adalah satu perkara yang Syira sangat suka tentang dia. Cuma, Syira tak rasa yang dia boleh memasak,” kata Musyirah. Dia tergelak kecil.

            “Jadi tak salahlah tindakan abang mempersetujui tindakan mama dengan papa untuk menikahkan Syira dengan dia,” ujar Aizat. Musyirah menggeleng.

            So, how’s life after marriage?” soal Aizat. Musyirah tersenyum lagi.

            As usual. Cuma sekarang ni kena buat house chores. Abang nak tahu tak? Suami Syira tak bagi Syira kerja tau? Sedih betul! Dia kata, daripada asyik kena pecat sebab selalu buat masalah, baik duduk rumah diam-diam. Jaga suami, jaga anak-anak,” jelas Musyirah. Aizat menghamburkan tawanya.

            “Anak-anak? Syira dengan Naz dah rancang nak ada anak ke? By the way, betullah apa yang dia cakap tu. Adik abang ni kan Miss Troublemaker,” kata Aizat. Musyirah menjegilkan matanya.

            Hello! Troublemaker macam mana pun, mamat study tu tetap sayang adik dia kan? Untung jadi Miss Troublemaker ni, ramai orang sayang. Suami pun ada. Tak macam mamat study tu, kesian dia sebab tak ada isteri. Fasal anak-anak tu, Syira tak kisah pun. Depends on suami Syiralah,” balas Musyirah. Sempat lagi dikenakan abangnya itu.

            “Tak lama aje lagi,” jawab Aizat, yakin. Musyirah memandang wajah Aizat dengan riak tidak percaya. Baru sahaja Aizat ingin membuka mulut, Musyirah pantas memotong.

            “Alhamdulillah, laku jugak abang aku ni. Kalau tak, mesti ada orang ingat songsang nanti,” kata Musyirah. Aizat menyiku lengan Musyirah. Musyirah menyeringai menahan sakit. Lengannya diusap perlahan. 

            “Sesedap mulut dia aje bila bercakap. Tak pandai nak lapik? Abang ni jejaka Malaysia terakhir. Sebab tulah abang kahwin lambat sikit. Ramai sangat yang minat dekat abang sampaikan abang tak tahu nak pilih yang mana,” tutur Aizat. Musyirah sudah mempamerkan reaksi loyanya. Terasa bagai ingin memuntahkan segala isi perutnya. Geli tekaknya mendengar jawapan abangnya yang terlebih yakin itu.

            “Euwww! Tolonglah abang! Perasan tak habis-habis! Bila entah nak expired perangai tak senonoh tu,” kata Musyirah. Suka benar dia meliuk-lentokkan tubuhnya supaya kelihatan gedik di hadapan abangnya. Mereka sama-sama ketawa.

            “Mulalah nak buat perangai gedik dia tu. Syira, suami Syira tahu tak yang Syira jumpa abang ni? Dia tak kenal kan siapa abang? Abang aje yang kenal dia, tak jadi juga,” kata Aizat.

            “Abang nak ke Syira kena sembelih sebab tak beritahu dia yang Syira keluar rumah? Syira tahulah yang Syira ni isteri dia dan sebab tulah Syira dah minta izin dia. Tapi Syira tak cakap pun Syira nak pergi mana dan nak jumpa siapa. Pagi tadi Syira cakap nak keluar dan dia pun angguk aje. Tak ada tanya atau pesan apa-apa pun,” jawab Musyirah. Aizat mengangguk.

            “Dahlah, jom! Kata nak ajak Syira jalan-jalan,” kata Musyirah. Dia bangun daripada duduknya. Aizat turut melakukan perkara yang sama. Mereka membuka langkah seiringan menuju ke kereta milik Aizat.


            NAZHIRIN memandang waktu yang ditunjukkan pada skrin telefonnya. Waktu yang tertera adalah 9.30 malam. Nombor telefon Musyirah didail buat kesekian kalinya. Namun masih tidak berjawab.

            Nazhirin mendengus kasar. Telefonnya dicampakkan ke atas sofa. Wajahnya diraup dengan kedua-dua belah tangannya. Dia harus mengawal kesabarannya. Insiden yang dilihatnya pada petang tadi telah menaikkan kemarahannya.

            Nazhirin merebahkan tubuhnya di atas sofa. Matanya dipejamkan bagi mengurangkan tekanan yang sedang dirasainya kini.


            MUSYIRAH masih setia berjalan meskipun tubuhnya sudah basah lencun. Akhirnya, dia tiba juga di rumahnya. Dia yang memilih untuk pulang sendiri dengan berjalan kaki. Namun tidak sangka pula bahawa hujan akan turun. Hujan yang turun pula melambatkan lagi perjalanannya.

            Pak Samad yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di rumahnya membuka pagar yang berkunci itu. Kedekutnya Pak Samad! Aku tak nak dipayungnya sekali. Aduh, nasib... nasib! Gerutu Musyirah di dalam hatinya.

            “Dah berapa kali dah Tuan Nazhirin tu tanya Pak Samad kamu dah balik ke belum. Puaslah Pak Samad jawab belum. Lepas sepuluh kali dia tanya, barulah kamu tahu nak balik ya?” tutur Pak Samad.

            “Tak sangka pulak nak hujan. Tu yang sampai rumah lambat tu,” kata Musyirah dengan suara yang terketar-ketar. Sampai sepuluh kali dia tanya ni apa kes? Adalah bendanya tu, bicara Musyirah sekadar di dalam hatinya.

            “Terima kasih Pak Samad,” ucap Musyirah selepas melangkah masuk. Pak Samad sekadar mengangguk sambil mengunci semula pagar itu. Dia kembali semula ke pondoknya. Musyirah mengorak langkah ke pintu utama rumahnya. Kunci rumahnya dikeluarkan daripada beg sandangnya lantas pintu rumahnya dibuka. Lampu ruang tamu itu dinyalakan. Kemudian pintu rumahnya ditutup dan dikunci kembali.

            “Pukul berapa baru balik?” soal Nazhirin dengan nada suara yang cukup dingin. Musyirah sedikit tersentak dek terkejut. Jam dinding yang tergantung pada dinding dipandang.

            “Sepuluh setengah,” jawab Musyirah. Nazhirin sudah berdiri di hadapan Musyirah. Dipandang Musyirah daripada hujung tudung ke hujung kaki. Musyirah sudah menarik-narik tudungnya. Dia dapat merasakan betapa ‘seksa’nya dia sekarang. Sudahlah dia memakai persalinan serba-serbi putih pada ketika itu. Blouse putih, skirt labuh putih, dan tudung bawal putih. Ditambah pula dengan keadaannya yang basah lencun. Memang jelas kelihatan warna kulitnya.

            Musyirah menundukkan pandangannya. Malu dipandang sebegitu. Terasa wajahnya sudah memanas. Tariklah walau sekuat mana pun tudungnya itu, tak kan mampu untuk mengaburkan pandangan Nazhirin. Mujurlah tudungnya cukup labuh melepasi dadanya. Benarlah, Allah menyuruh hamba-hambaNya melakukan sesuatu itu pasti bersebab. Apa yang pasti, sebab-sebab itu adalah untuk kebaikan hamba-hambaNya.

            Nazhirin sudah membuka langkah menuju ke tingkat atas. Tidak sampai tiga minit, dia turun semula dengan tuala di tangan. Tuala itu dibalut pada bahu Musyirah. Kepala Musyirah didongakkan supaya memandangnya. Kemudian, tudung dan anak tudung Musyirah ditanggalkan.

            Where have you been?” soal Nazhirin. Rambut Musyirah yang basah dilap dengan cermat.

         “Tadi Syira keluar jumpa Abang Aizat,” jelas Musyirah. Dia sudah menarik-narik bajunya yang melekat pada tubuhnya. Terasa bagai ingin menyorok sahaja pada ketika ini. Malunya! Bukannya dia tidak perasan akan pergerakan mata suaminya itu. Kalau tidak difikirkan yang Nazhirin itu suaminya yang berhak ke atas dirinya, sudah pasti dia akan mengugut untuk mencungkil mata Nazhirin. Gatal!     

           Who’s Abang Aizat and why don’t you answer my calls?” soal Nazhirin.

            “Awak ada call ya? Maaflah, phone mati. Lupa nak charge semalam. Oh, Abang Aizat tu abang saya, abang kandung saya. Mungkin awak tak pernah jumpa dia. Lagipun, dia study dekat Kanada hampir lima tahun,” jawab Musyirah.       

            So, he’s the man who touch you at the restaurant?” soal Nazhirin. Berkerut-kerut dahi Musyirah mendengarnya.

            “Saya keluar jumpa dia aje hari ni. Ya, dialah tu. Tapi dekat restoran tu mama dengan papa pun ada sekali. Mereka sampai lambat sikit. Macam mana awak tahu?” soal Musyirah.

            I was there. I was supposed to have an appoinment there. But the appoinment is cancelled because of you,” kata Nazhirin. Tuala yang digunakan untuk mengelap rambut Musyirah dibalutkan kembali ke bahu Musyirah. Pantas Musyirah menarik tuala itu menutup apa-apa yang patut. Wajahnya terasa sangat panas. Malu, meskipun Nazhirin itu suaminya.

              “Kenapa? Saya ni memang sesuai sangat dengan gelaran Miss Troublemaker kan? Suka sangat buat masalah,” ujar Musyirah. Perlahan tutur bicaranya. Nazhirin tidak membalas.

            Clean yourself and meet me in my room at a quarter after eleven,” kata Nazhirin. Sempat lagi dia membetulkan anak rambut Musyirah. Musyirah yang sedang menunduk itu sekadar mengangguk. Tudungnya yang berada dalam pegangan Nazhirin diambil. Setelah itu dia melangkah ke tingkat atas. Dia harus membersihkan dirinya dengan segera. Lantai ruang tamu yang basah juga mesti dilap.

Pesanan kali ini: Assalamualaikum, :). Disebabkan ada yang minta untuk part 2 sebelum pukul 10 pagi, saya bagilah. Terima kasih untuk @ice_coolz sebab request. Harap part 2 ni okey ya? Cerpen ni belum tamat lagi. Masih ada part lain. Tunggu sambungannya minggu hadapan. Hee, :). Maaf atas segala kekurangan. Enjoy, ^^. Do leave your comments, readers, ^_^. Terima kasih. Jazakumullahukhairan. Barakallahufiikum.

Saturday, 7 September 2013

Cerpen- Cinta Miss Troublemaker -Part 1-

            NAWAR MUSYIRAH membelek wajahnya pada cermin. Lipatan tudungnya dikemaskan. Setelah itu, dia melangkah keluar bagi menyambung kerjanya. Dulang yang berisi minuman yang telah disediakan diangkat untuk diserahkan kepada pelanggannya.

            Keluar sahaja daripada ruang memasak itu, matanya menangkap satu wajah yang cukup dikenalinya. Musyirah mendengus geram. Macam tak ada kedai lain aje nak pergi! Gerutunya di dalam hati. Langkahnya tetap diatur menuju ke meja yang telah memesan minuman tersebut.

            Dalam sekelip mata, terasa seperti tubuhnya dilayangkan oleh angin. Pantas matanya cuba untuk mengesan siapa yang telah melanggarnya itu. Sempat lagi suspek tersenyum kepadanya. Musyirah menjeling tajam.

            What the?! Hei, kau buat kerja macam mana ni?” jerkah satu suara. Pantas Musyirah memandang ke arah lelaki yang berada di hadapannya itu. Ternganga sedikit mulutnya melihat kot lelaki itu yang sudah basah terkena air. Semua yang memandang keadaan lelaki itu tersenyum-senyum.

            “Ya Allah! Maaf. My mistake,” ucap Musyirah. Dulang serta cawan yang jatuh di atas lantai dikutip dengan pantas. Kurang asam kau Fizah. Kau yang langgar dulang ni, aku jugak yang kena tanggung, kutuk Musyirah di dalam hatinya. Telinganya sudah ditebalkan untuk mendengar bebelan lelaki di hadapannya itu. Macamlah dia tidak kenal perangai homosapien yang satu itu.

            “Hei, kalau tak pandai buat kerja tu, baik tak payah kerjalah! Duduk rumah diam-diam sudah!” herdik lelaki itu. Kot yang sudah basah itu dibuka dengan kasar. Wah, lebih pulak dia ni! Diam sudahlah. Aku dah minta maaf pun, gumam Musyirah sekadar di dalam hati.

            “Nawar, kenapa ni?” soal Darwis. Dulang yang berada di tangan Musyirah diambil. Musyirah sekadar tersenyum. Ni lagi seorang manusia yang sangat menyakitkan hati. Buat-buatlah dalam sehari tu kau duduk diam-diam, bebel Musyirah. Tidak berani pula dia membebel secara siaran langsung. Biarlah dia membebel secara siaran tertutup sahaja.

            “Encik, saya minta maaf. Memang silap saya. Kalau encik minta bayaran ganti rugi untuk kot encik yang dah kena air manis ni, saya rasa saya tak mampu. Jadi, encik nak saya buat apa?” soal Musyirah sambil matanya memandang wajah lelaki itu. Puaslah dia harus mendongak memandangkan ketinggiannya hanya separas bahu lelaki itu sahaja.

            Quit your job,” tutur lelaki itu. Musyirah membesarkan matanya. Gila! Memanglah kadang-kadang aku ni troublemaker, tapi takkanlah sampai nak suruh aku berhenti kerja. Tak adil! Gerutu Musyirah di dalam hatinya.

            “Takkanlah sampai nak suruh Nawar berhenti kerja, encik? Dia cuma tertumpahkan air sahaja. Tu pun dia tak sengaja,” kata Darwis, mempertahankan Musyirah. Musyirah sudah membuat isyarat kepada Darwis supaya mendiamkan diri.

            So, kalau kau tak nak dia berhenti, kau bayar ganti rugi untuk kot ni,” kata lelaki itu. Musyirah mempamerkan muka meluatnya. Tak ada seorang pun staf restoran ni yang mampu nak bayar ganti rugi kot tu. Bajet betullah dia ni! Kutuk Musyirah di dalam hati.

            “Encik Nazhirin Syahran, I quit,” kata Musyirah. Apron yang tersarung pada tubuhnya dibuka dan disangkut pada bahu Darwis.

            Good. Take this coat and wash it. Make sure it is clean and smells good. You know how to pass it to me,” kata Nazhirin. Kotnya dihulurkan kepada Musyirah. Musyirah mengambil jua kot itu walaupun hatinya tidak pernah merelakan.

            “Nawar, awak tak boleh berhenti!” kata Darwis. Musyirah memekakkan telinganya. Kalau hendak dibandingkan Darwis dengan Nazhirin, dia lebih rela mendengar bebelan Nazhirin berbanding mendengar kata-kata tidak berfaedah Darwis itu. Wajah Nazhirin sempat dijeling tajam sebelum Musyirah mengatur langkah laju keluar daripada restoran itu.

            And make sure I won’t see you in this restaurant anymore!” Nazhirin memberi peringatan kepada Musyirah. Musyirah mengetap bibir menahan sebal. Kureng! Tak apa, ada ubi ada batas. Ada hari, aku yang di atas, tutur Musyirah sekadar di dalam hatinya. Kot Nazhirin yang berada dalam pegangannya terasa bagai ingin dikoyak-koyakkan. Mujurlah dia masih sedar diri.


            MUSYIRAH menjeling sekilas pada kereta yang meluncur masuk ke dalam pekarangan rumah itu. Pokok-pokok bunga masih tekun disiramnya. Bibirnya mengikut rentak lagu yang didengarinya melalui ear plug yang dipasang pada telinganya.

            “Syira!” Nazhirin melaungkan nama Musyirah. Namun Musyirah tidak dapat mendengarnya. Pantas dia mengatur langkah mendekati Musyirah. Bahu Musyirah dicuit. Musyirah sedikit tersentak.

            Secara automatik dia berpaling bersama-sama dengan hos yang dipegangnya. Air yang mengalir daripada hos itu membasahi Nazhirin. Musyirah melepaskan hos yang dipegangnya. Wajah Nazhirin yang merah dipandang sambil tangannya mencabut ear plug yang menghalang pendengarannya.

            Pili air ditutup sebelum dia mencapai tangan Nazhirin dan menarik Nazhirin untuk masuk ke dalam rumah. Nazhirin yang baru sahaja hendak memulakan bicaranya sedikit tersentak. Namun langkahnya tetap diatur menurut langkah Musyirah.

            “Diam okey? Saya tahu saya ni Miss Troublemaker dan awaklah manusia yang paling malang sebab kena hidup dengan saya. Tunggu saya lap muka awak dulu, barulah awak boleh membebel,” ujar Musyirah lantas berlari naik ke tingkat atas. Tidak sampai dua minit, dia sudah berada di hadapan Nazhirin.

            Wait, stop! Tuala siapa ni?” soal Nazhirin. Musyirah mengeluh perlahan.

          “Jangan berkira okey? Diam!” kata Musyirah sambil mengelap wajah Nazhirin dengan cermat. Rambut suaminya yang basah turut dilap. Nazhirin hanya mendiamkan dirinya sambil matanya merenung setiap inci wajah Musyirah.

            “Okey, dah siap. Maaflah,” tutur Musyirah sambil mengemaskan rambut Nazhirin yang sudah kusut. Setelah itu, tuala yang dipegangnya disidai di atas kerusi. Dia berpaling menghadap Nazhirin semula.

            “Awak boleh mula sekarang. Cakaplah apa-apa yang awak nak cakap,” kata Musyirah. Nazhirin berdehem beberapa kali. Surut sudah kemarahannya. Lidahnya seakan-akan kelu. Bagaikan tiada lagi aksara yang tinggal dalam kotak fikirannya.

            “Cakaplah,” tutur Musyirah lembut. Nazhirin mendengus kasar, memarahi dirinya sendiri. Pantas langkahnya diatur ke tingkat atas. Kau tak boleh kalah dengan dia Naz, tak boleh! Gumamnya di dalam hati. Musyirah sudah terkebil-kebil. Terserlah riak kebingungannya.

            “Pelik,” desis Musyirah sambil jari telunjuknya diletakkan pada bibir. Dahinya berkerut seketika seraya bahunya dijongket. Pintu rumahnya ditutup dan dikunci lantas langkahnya diatur ke dapur untuk ‘bertukang’. Andai bukan dirinya yang memasak, siapa lagi yang akan melakukan tugas itu? Kalau hendak diharapkan suaminya, memang tidak mungkinlah. Tidak pernah walau sekalipun dia melihat dengan mata kepalanya sendiri Nazhirin turun padang untuk memasak.


            “DAH solat Maghrib ke belum?” soal Nazhirin. Musyirah menggeleng sambil memandang suaminya yang berdiri di muka pintu.

            “Kenapa? Nak jadi imam saya ke hari ni?” soal Musyirah. Nazhirin mengangkat keningnya. Why not? Soal akalnya. No! Jangan kalah dengan dia! Tegah hatinya.

            “Kan lagi afdal bila berjemaah. Pahalanya dua puluh tujuh kali ganda. Saya bimbang awak tak nak. Kalau awak tak sudi, tak apalah,” tutur Musyirah. Sikat yang dipegang diletakkan di atas meja dan langkahnya diatur ke rak yang menyidai telekung serta sejadahnya.

            Baru sahaja dia mencapai telekungnya, Nazhirin sudah bersuara.

            “Tak salah kalau nak berjemaah, tapi dalam bilik solat, okey?” soal Nazhirin. Musyirah berpaling memandang suaminya itu. Segaris senyuman terbit di bibirnya bersama-sama anggukan. Nazhirin membalas senyuman itu seadanya sebelum melangkah ke bilik solat. Tangannya memegang dadanya buat sejenak. What is going on now? Please, slow down!  Gumamnya di dalam hati. Wajahnya diraup dengan kedua-dua belah tangan kemudian terbit keluhan kecil daripada bibirnya.

            You will not fall in love with her. Will not! Remember that Nazhirin, you will not fall in love with her. You can’t love her, and you must never love her!” Nazhirin berbicara seorang diri.

            “Siapa perempuan tu?” soal Musyirah. Pantas Nazhirin berpaling.

          Since when you’re standing there?” soal Nazhirin. Musyirah mengambil dua helai sejadah dan membentangkan sejadah-sejadah tersebut menghala ke arah kiblat.

          “Cukup untuk saya dengar you can’t love her and you must never love her. Awak bercakap dengan siapa? Atau awak cuma bermonolog? Siapa perempuan tu? I guess she is me. Sebab nasib dia macam hampir sama dengan nasib saya,” tutur Musyirah.

            Look, just forget about what you have heard. My words have nothing to do with you. Come, let’s perform our prayer,” kata Nazhirin. Musyirah sekadar tersenyum. Dia menjadi makmum mengikut Nazhirin sebagai imam.

            Usai menunaikan solat, Musyirah bergerak ke sudut bilik itu. Dia mengambil senaskhah al-quran lantas dibuka bahagian terakhir yang dibacanya. Baru sahaja dia ingin memulakan pembacaannya, Nazhirin memanggil namanya.

            “Syira.” Musyirah mengangkat pandangannya. Wajah Nazhirin dipandang. 

         “Kenapa?” soal Musyirah. Nazhirin membuat isyarat supaya Musyirah duduk di hadapannya. Musyirah hanya menurut.

            “Aku nak dengar pembacaan kau. As I am your husband jadi, aku kena didik kau. Nak bagi nafkah batin... tak salah kan?” kata Nazhirin. Musyirah yang mendengarnya sudah terkedu. Nazhirin kah lelaki di hadapannya itu? Ataupun dia yang tersalah dengar?

            “Saya salah dengar atau memang awak yang cakap tadi tu?” soal Musyirah. Nazhirin tersenyum. Bertambah terkedu Musyirah dibuatnya.

            You have no sound trouble and yes, I had just said that I am your husband. So it is my responsibility to guide you,” jawab Nazhirin. Musyirah menggigit bibirnya seketika.

            You know what? You’re acting weird,” ujar Musyirah. Nazhirin meraup wajahnya dengan tangan kanannya.

            If you realized about that, just ignore it. It is nothing to do with you. You may start now,” kata Nazhirin. Musyirah buat tidak dengar. Takkanlah hendak buat tidak tahu sahaja apabila ada yang tidak kena pada suaminya itu? Walaupun ‘kepelikan’ sikap suaminya itu tiada kena mengena dengan dirinya, dia tetap ingin mengambil tahu juga. Itu tekadnya. Musyirah memulakan pembacaan al-quran dengan penuh tartil sambil didengari oleh Nazhirin. Sesekali, Nazhirin menegur kesalahan pembacaan Musyirah.

Pesanan penaja: Assalamualaikum, :). *salam kedua untuk hari yang sama. hehe, ^^* Okey, ini cerpen yang saya katakan tu. Saya masukkan ikut part-lah ya? Sebab rasa macam panjang sangat kalau masukkan semua sekali. Harap semua sudi baca dan tinggalkan komen. Tunggu sambungannya hujung minggu depan ya? Kalau ada request nak esok, mungkin saya boleh bagi. Tapi request mesti dinyatakan sebelum pukul 10 pagi esok, okey? Maklumlah, masih ada tanggungjawab lain, ^_^. Terima kasih, semua! Jazakumullahukhairan. Barakallahufiikum, ^^.