Total Pageviews

FIRST BABY

Friday, 5 May 2017

Cerpen- Jujurlah Mencintai Aku (Part 1)

Nota kepala: Assalamualaikum semua, :). Seperti yang sudah saya janjikan, saya up cerpen baru. Hahaha! Sebulan kau, tulis cerpen saja! Terima kasih korang semua sebab gigih bersabar, ^_^. Selamat membaca kisah Adiva Zaira ni. Warning: Cerita klise sikit. Mohon bertabah. Tapi ada seri NHO, jangan risau.




           ANAK murid kahwin dengan cikgu?
           
            Selama ni aku asyik ternampak berita macam itu lalu-lalang depan mata aku dalam laman sosial. Tak pernah pula aku sibuk nak baca macam mana anak murid tu boleh bercinta dengan cikgu sendiri.
           
            Tak pelik ke?
           
            Memikirkan hakikat bahawa cikgu yang ajar kau sebenarnya ada hati dekat kau. Tak geli ke?
           
            Dalam pada aku yakin yang situasi macam ni takkan jadi dekat aku, entah macam manalah apa yang aku yakinkan itulah sebenarnya yang menggagalkan aku. Kadang-kadang dalam hidup ni, benda yang kita paling tak nak itulah yang kita dapat, yang kena dekat batang hidung sendiri. Yang kita nak beria-ia, selalunya mimpilah nak dapat.
           
            Tapi itulah, dalam Quran pun ada sebut, boleh jadi apa yang kita tak suka tu yang terbaik untuk kita, kan?
           
            Sebab itulah, aku terpaksa telan semua benda yang pahit ni.
           
            Ya, aku merupakan isteri kepada cikgu aku sendiri.
           
            Untuk seorang manusia yang tak percaya dengan cerita cikgu boleh kahwin dengan anak murid... Apa yang jadi dekat aku ni... Pahit, kan?

           
            TAK, bukan sebab suka.
           
            Sayang apatah lagi.
           
            Cinta jauh sekali.
           
            Jadi sebab apa?
           
            Wasiat jawapannya.
           
            Kerana wasiat entah apa-apa tu, hidup aku rasa macam kena cemar dengan racun.
           
            Nak cakap banyak pun tak guna sebab orang yang tulis wasiat tu pun dah meninggal dunia. Bukannya dia boleh dengar segala ulasan aku tentang wasiat tak guna dia. Dan bukannya apa yang dah jadi ni boleh dibatalkan semula, kan?
           
            Mentang-mentanglah aku ni anak yatim piatu yang arwah dah bela sejak umur 4 tahun, maka bolehlah dia tentukan hidup aku sewenang-wenangnya. Seolah-olah aku ni marionette yang boleh diperlakukan sesuka hati.
           
            Bukanlah aku nak kata aku ni dilayan macam Cinderella. Tak, jangan salah faham. Arwah tatang aku macam minyak yang penuh. Yalah, dia bapa saudara aku. Takkanlah dia nak dera aku pula?
           
            Tapi dalam bab wasiat ni, memang aku tak jumpa celah mana keadilannya untuk aku. Dahlah pak long suruh aku kahwin dengan Hazzar tu. Kalau dengan adik dia yang kamceng dengan aku tu tahanlah sikit. Ni Hazzar kot!
           
            Hazzar.
           
            Sir Hazzar Rafaat.
           
            Cikgu paling handsome, tapi paling mulut puaka.
           
            Cikgu yang tak pernah tak kena cakap belakang.
           
            Cikgu yang boleh buat murid-murid dia bengang dan suka dalam masa yang sama. Bengang sebab garang tak bertempat, suka sebab muka dan gaya dia itulah.
           
            Dan yang paling penting, Hazzar yang tak pernah sekepala dengan aku! Dari aku kecil sampailah aku besar, ada saja benda yang tak kena tentang aku pada mata dia. Kadang-kadang tu, aku nak pergi main buai dekat taman pun boleh jadi isu besar sampai satu rumah bergegar dengan suara dia. Tu belum kira lagi masa aku kecil-kecil dulu kalau mulut aku comot sebab makan coklat pun dia nak membebel. Kalau tolong lapkan tak apa juga. Ni membebel macam tak kenal apa itu noktah. Entah perangai siapa dia ikut.
           
            Mujur adik dia, Huda selalu defend aku. Huda ni lelaki. Huda Rahman. Jangan salah sangka dengan nama keperempuanan itu. Hakikatnya, Huda sangat-sangat kelelakian. Tak lembut langsung. Lebih gentleman daripada abang dia.
           
            Berbalik semula kepada isu wasiat, soal kenapa aku pun tak berapa bijak sebab bersetuju untuk patuh dengan wasiat itu...
           
            Aku rasa kasihan sebenarnya.
           
            Dalam wasiat itu, arwah pak long menyatakan bahawa untuk Hazzar Rafaat mendapatkan bahagiannya, Hazzar Rafaat perlu berkahwin dengan Adiva Zaira dan perkahwinan tersebut haruslah dipastikan bertahan selama 6 tahun ATAU Hazzar Rafaat harus menunggu selama 10 tahun bermula daripada tahun arwah pak long meninggal.
           
            Maknanya dekat sini, kalau Hazzar Rafaat tak berkahwin dengan Adiva Zaira iaitu aku, maka dia takkan dapat bahagian dia melainkan dia tunggu selama 10 tahun lah.
           
            Benda ni sebenarnya takkan jadi isu kalau Hazzar tak bersetuju dengan wasiat tersebut. Kalau salah seorang waris tidak bersetuju dengan wasiat arwah pak long yang pak long tulis untuk warisnya, wasiat tersebut takkan diguna pakai.
           
            Mungkin pembahagian harta akan dibuat secara faraidh sahaja.
           
            Bukankah lebih mudah kalau Hazzar tidak menyatakan persetujuannya? Fikirlah, kalau dia kena kahwin dengan aku, bukannya sehari kahwin dia dah dapat duit tu. 6 tahun kena tunggu kot! Kalau pembahagian harta dilakukan secara faraidh, tak perlu beria-ia dia nak tunggu sampai 6 tahun atau 10 tahun. Buang masa!
           
            Bila aku tanya Hazzar, kenapa dia setuju dengan wasiat tu, jawapan dia ialah, “Aku tak nak membujang sampai tua.”   
           
            Cara dia beri jawapan tu, macamlah selama ni aku tak kenal siapa Ayra, Balqis, Camelia, Dahlia, Erica, Fazura, Ghania, Haniyyah, Ixora, Juwita, Kiyanah, Luna, Maya, Nora, Omaya, Puteri, Qalesya, Rasyeeda, Saleha, Tania, Umaira, Violet dan Wahida. Tinggal huruf Z aje lagi aku tak jumpa. Entah mana entah sesat kekasih dia yang huruf Z tu. Ke bulan agaknya. Atau mungkin kekasih dia yang huruf Z ni lah jodoh sebenar dia. Mungkinlah. Mungkin.
           
            Aku rasa Hazzar ni dah hilang teruna kot. Tu yang dia setuju nak kahwin dengan aku tu. Paling-paling pun, kalau kantoi, dia ada isteri. Tak gitu?
           
            Gila tak hipotesis aku?
           
            Ni kalau Hazzar tahu aku mengumpat dia ni, tak mustahil aku kena bebel dari Selat Melaka sampai Selat Tebrau.

           
            DAH kahwin satu hal.
           
            Nak sorokkan yang aku dah kahwin pun satu hal juga.
           
            Buatnya kawan-kawan aku atau cikgu-cikgu dekat sekolah tu tahu yang aku dengan Sir Hazzar tu suami isteri... Tak payahlah semua. Buatnya seorang manusia dekat sekolah tu tahu tentang hubungan aku dengan Hazzar, tak sampai satu hari... Satu sekolah kecoh!
           
            Yalah, Sir Hazzar yang hot letops ala-ala alpha male tu kahwin dengan budak nerd, ulat buku, tak suka bersosial, tak suka tenung telefon untuk lihat benda yang tak berfaedah macam aku ni. Mana ada manusia nak senyap kalau tahu? Maklumlah, spesies manusia yang sibuk tentukan hidup orang lain makin ramai sekarang ni. Suka hati saja nak label suami dia hodoh tapi bini lawa kemain. Bini rendah, suami tinggi, langsung tak match.
           
            Dah tu kalau semua orang tinggi kahwin dengan orang tinggi, semua orang rendah kahwin dengan orang rendah, anak-anak pun tara itu jugalah. Mana nak ada variasi ketinggian berbeza-beza?
           
            Gara-gara nak sorokkan perkahwinan punya fasal, masing-masing sanggup meredah perjalanan berjam-jam dari Melaka ke Perlis untuk melangsungkan pernikahan di sana. Kampung aku dan Hazzar. Kiranya, rumah ibu bapa kepada arwah pak long dan arwah mama aku.
           
            Pernikahan aku pun bukannya gempak mana. Cukup akad nikah dengan kenduri kecil-kecilan. Suku kampung saja agaknya yang dijemput. Sumpah aku rasa macam terpaksa kahwin disebabkan tangkap basah. Baju pun aci pakai baju kurung dengan baju melayu yang sama warna. Make-up pun kakak si Hazzar yang conteng muka aku. Bersanding? Mimpilah.
           
            Lepas tu, dek sibuk dengan aturcara perkahwinan yang dilaksanakan dalam tempoh seminggu cuti pertengahan penggal kedua persekolahan, kerja sekolah aku entah dah melayang ke mana. Bila nak buat, ada saja saudara-mara jauh yang datang. Habis tu takkan aku nak memerapkan diri aku di dalam bilik dengan alasan aku nak buat kerja sekolah? Sudahlah saudara-mara yang datang tu sebab nak jumpa aku dengan Hazzar. Cukuplah yang lelaki dah buat perangai tak semenggah macam tu. Malu babe bila mak cik-mak cik aku tanya mana laki aku. Kalau aku tahu ke mana dia pergi tak apalah juga. Ni sikit pun aku tak tahu. Maka mulalah aku terkulat-kulat seorang diri melayan mereka. Nasib baik ada Huda dan tok wan teman aku.
           
            Hari Sabtu barulah kami jejak Melaka semula. Terkejar-kejar aku nak siapkan semua kerja sekolah yang bertimbun-timbun tu. Apa yang pasti, kerja daripada Hazzar aku save for the last sebab Hazzar sepatutnya memahami atas alasan apa kerja aku tidak sempat untuk disiapkan.Harap-harap dia tak mintalah kerja sekolah yang dia bagi tu. Kalau dia minta lepas tu dapat tahu yang aku tak siapkan kerja dia kemudian dia gatal nak denda aku, memang minta kakilah namanya tu.
           
            Usah persoalkan tentang ketaatan aku kepada dia sekiranya Hazzar sendiri pun tidak pernah pandang aku sebagai seorang isteri. Bak kata orang, kalau kau nak orang hormat kau, kau perlu terlebih dahulu hormat orang lain. Sejak aku kahwin dengan Hazzar, tak pernah sekalipun dia bercakap dengan aku. Nak pandang muka pun gaya macam susah sangat. Jadi disebabkan dia tak nak bercakap dengan aku, maka jangan mimpilah aku terhegeh-hegeh nak bercakap dengan dia pula. Pigidah! Ingat aku kemaruk ke nak kahwin? Aku setuju ni pun sebab kasihan saja. Nasib baiklah aku dah kira siap-siap. Selepas enam tahun kami berkahwin, Hazzar pasti akan ceraikan aku sebab dia kan memang tak suka aku. Tapi aku tak kisah sebab masa tu umur aku baru 23 tahun. Enam tahun tu lama manalah sangat. Lepas sahaja habis SPM, aku akan sambung belajar di luar negara. Tak perlu beria-ia nak fikir soal Hazzar. Mudah begitu.
           
            Lepas bercerai, bolehlah aku cari cinta sejati aku. Tak gitu?

           
            AKU angkat muka aku untuk pandang dia yang sedang tayang muka tak bersalah. Dasar manusia tak berhati perut!
           
            Sir, Iva baru sekali ni saja tak siapkan kerja, kut? Dah dua tahun dia belajar dengan sir, sir tahu kan yang dia tak pernah tak siapkan kerja. Mesti dia ada alasan yang tersendiri kenapa dia tak siapkan kerja dia. Kalau denda sir untuk dia sama macam student lain, tak apalah juga. Ni kenapa tiba-tiba dia kena duduk bersila dekat luar kelas pula? Sir tak pernah denda orang macam tu, kan?” Beria-ia Fayyadh backing aku.
           
            “Siapa cikgu sekarang ni?” Hazzar mempergunakan pangkat untuk menang.
           
            “Saya tahulah. Tapi masalahnya mana keadilan sir? Student lain yang tak siap kerja, sir setakat suruh bersila dekat belakang kelas tu kan? Dahlah dia orang tu selalu tak siap. Iva ni baru sekali ni saja tak siapkan kerja tapi sir suruh dia duduk dekat luar. Tak adil, tau?”
           
            Okay, class. Kita sambung topik baru hari ni...” Boleh Hazzar buat tak tahu saja dengan luahan Fayyadh?
           
            Aku nampak Fayyadh bangun daripada duduknya dan bawa bersama-sama semua buku dan alat tulisnya lantas dia berjalan keluar dari makmal dan mendekati aku. Dari sini aku nampak betapa tajamnya mata Hazzar menjeling Fayyadh.
           
            “Kau ni, kenapa datang sini?” Aku marah Fayyadh.
           
            “Teman kaulah. Apasal eh sir tu? Angin apa yang merasuk dia sampai dia buat kau macam ni. Kau ada gaduh dengan dia ke apa dekat rumah tu?” tanya Fayyadh sambil melabuhkan duduknya di sebelah aku. Fayyadh memang sedia maklum bahawasanya aku dengan Hazzar merupakan sepupu dan sejak kecil lagi aku sudah menetap dengan keluarga Hazzar.
           
            “Mana ada, kau ni. Entah dia tu. Kau tahu kan dari aku kecil sampailah besar, apa saja yang aku buat, semuanya tak kena di mata dia. Entah apa yang dia dengki dengan aku pun tak tahu.”
           
            “Tapi tak adillah, weh. Budak-budak lain tak siap kerja setakat duduk dekat atas lantai belakang kelas saja. Kau ni sampai kena duduk luar lagi. Dia nak jatuhkan maruah kau ke apa? Yalah, top scorer sekolah kena denda duduk bersila dekat luar makmal sebab tak siapkan kerja sekolah. Satu sekolah boleh kecoh kalau nampak kau macam ni, tau?” kata Fayyadh.
           
            “Alah, biarlah. Salah aku juga ni tak siapkan kerja dia bagi.”
           
            “Kau ni pun satu. Kenapa tiba-tiba boleh tak siap kerja pula ni?” tanya Fayyadh.
           
            “Aku sibuklah. Balik kampung, sepupu aku kahwin. Pastu kau tahulah kerja sekolah kita banyak macam mana. Aku siapkan yang lain dulu. Tapi ni kerja sir aku dah buat separuh semalam sampai pukul 2 pagi lepas tu entah macam mana terlelap. Bila aku bangun saja dah pukul 6.30. Buku rujukan tebal tu jadi bantal aku kau tahu?” beritahu aku.
           
            “Kau ni, lain kali buatlah kerja dia dulu. Kau tahu kan dia tu berangin sikit. Harap muka saja handsome. Attitude tak cantik langsung.”
           
            “Kau tak payahlah sibuk-sibuk sini. Tak fasal-fasal kau dah miss class macam ni. Ni kelas Kimia tau? Bukan Bahasa Melayu.”
           
            “Untuk kau, gagal pun aku tak fikir dah.”
           
            “Eleh, gagal. Walhal taip-tiap kali exam A+ manjang,” ujarku.
           
            “Yalah, aku kawan dengan orang cerdik kut? Tu yang dapat tempias sikit-sikit,” balas Fayyadh.
           
            “Bodek. Tulah kerja kau dari dulu.”
           
            “Taklah. Serius ni. Aku nak cemerlang macam kau juga. Boleh sambung belajar sama-sama dekat overseas nanti.”
           
            “Haaa, cun juga idea kau tu kan? Untung aku ada orang sado macam kau untuk tengok-tengokkan aku.”
           
            “Tahu tak apa.”
           
            Dan itulah alkisahnya aku dengan kerja sekolah Hazzar yang aku tak buat. Tak fasal-fasal petang itu aku dengan Fayyadh kena belajar sendiri topik redoks. Mujurlah bila dua kepala bergabung, masing-masing senang nak faham. Kalau aku belajar seorang diri, alamatnya berapa banyak kekeliruan yang muncul dalam kepala otak aku ni pun, aku tak tahu.

           
            ANTARA benda yang paling aku bersyukur sekarang ni ialah walaupun Hazzar tu suami aku, tapi aku tak duduk sebumbung dengan dia memandangkan Hazzar ialah warden asrama. Maka selamatlah kehidupan seharian aku daripada diganggu makhluk Allah yang satu itu. Yalah, kalau dia balik ke rumah pun, bukannya nak pandang aku. Sibuk buat hal dia. Masak pun asing-asing. Aku masak makanan aku, kau masak makanan kau. Jangan haraplah dia nak makan apa yang aku masak. Mungkin dia takut kalau-kalau aku letak racun dalam makanan dia ke kan?
           
            Rumah arwah pak long ni pun bukannya ada sesiapa. Hanya aku, pembantu rumah yang sekali sekala datang mengemas dan kakak Hazzar, si Hayfa.
           
            Huda tak ada. Masih belum tiba masanya dia bercuti semester. Kalau dia ada, adalah juga peneman aku memandangkan dengan Kak Hayfa pun aku tak berapa ngam.
           
            Kak Hayfa pernah berkahwin dulu. Tapi selepas 2 tahun, dia bercerai dengan suaminya. Sejak itu, mood Kak Hayfa memang tak pernah baik. Ada saja benda yang tak kena di mata dia. Jadi aku pun malaslah nak bersosial dengan dia. Nanti karang tak fasal-fasal aku kena tengking.
           
            Hari ini tiba-tiba sahaja Kak Hayfa menegur aku selepas aku ‘merempit’ dari sekolah ke rumah dan sebelum aku naik ke bahagian atas rumah.
           
            “Akak tak ada sampai hari Selasa tau? Malam ni akak dah naik flight.
           
            Aku terkejut. Bukan terkejut sikit-sikit. Boleh dikatakan darah aku dari kaki terus naik sampai ke kepala, “Akak nak pergi mana?”
           
            “Beijing.” Sepatah Kak Hayfa menjawab.
           
            “Habis tu Iva tinggal sorang lah ni?” tanyaku. Untuk sesiapa yang tak tahu macam mana nak sebut Iva, huruf ‘i’ tidak disebut seperti ingin menyebut ‘ikan’, tetapi disebut seperti ingin menyebut huruf ‘i’. Iva.
           
            “Yalah, siapa lagi nak teman Iva dalam rumah ni?” balas Kak Hayfa.
           
            “Kalau takut sangat, pergilah rumah Hazzar dekat asrama sana,” tokok Kak Hayfa lagi.
           
            “Tapi kan ni hujung minggu. Kak Hayfa buat apa pergi Beijing?” Aku masih tak puas hati dengan keputusan Kak Hayfa.
           
            “Saja, jalan-jalan,” jawab Kak Hayfa selamba.
           
            “Tapi takkanlah Iva nak duduk dengan Hazzar?” soalku.
           
            “Yang tu, Iva fikir sendiri. Akak tak nak masuk campur langsung.”
           
            Aku terus mengetap bibirku. Cakap lebih-lebih nanti ada juga yang naik angin.
           
            Langkah terus aku atur ke tingkat atas rumah. Kenapa Kak Hayfa nak tinggalkan aku sedangkan Kak Hayfa tahu bahawasanya aku ni penakut gila nak mati? Dengar bunyi barang jatuh dekat belakang aku pun, aku dah tersentak.
           
            Takkanlah aku nak tinggal seorang diri sampai hari Selasa ni?
           
            Tapi berbanding terpaksa tinggal dengan Hazzar, aku rasa tinggal seorang diri ialah pilihan yang terbaik.
           
            Takkanlah tiba-tiba aku nak ke rumah Fayyadh pula? Yalah, Fayyadh tu satu-satunya kawan aku dekat sekolah tu. Budak-budak perempuan acah-acah hot mana nak pandang aku ni. Adalah juga Maysa, kawan aku. Tapi masalahnya dia duduk asrama. Rumah dia jauh nun di Pahang.
           
            Tak apalah, apa-apa jadi pun redah saja.


            “UNTUK menjadikan Malaysia sebuah negara yang...”
           
            Tap!
           
            Terus hilang segala patah perkataan dalam kepala otak aku. Sejak tadi aku asyik bercakap seorang diri sambil menulis karangan supaya keadaan di sekelililing aku tidak terlalu sunyi, tapi tak adalah aku terfikir yang keadaan di sekeliling aku akan menjadi gelap sebegini!
           
            Aku teringin nak menjerit tapi bila aku fikir yang jeritan aku takkan menyumbangkan apa-apa faedah pun, maka aku ketap bibir serapat-rapatnya. Pen di tangan sudah aku campak entah ke mana sebaik sahaja keadaan menjadi gelap tadi.
           
            Teraba-raba tangan aku bergerak mencari seketul objek di atas lantai. Kalau tak silap aku, aku ada letak telefon aku berdekatan buku-buku di sini tadi selepas sahaja aku menjawab Whatsapp daripada Fayyadh yang bertanyakan tentang kerja Fizik.
           
            Sewaktu tangan berjaya memegang objek yang aku percaya merupakan telefon aku, tiba-tiba sahaja telingaku terdengar suatu bunyi seperti besi yang terjatuh ke atas lantai. Kuat pula tu!
           
            Tangan aku sudah menggeletar bagai nak gila.
           
            Tubuh yang sedang meniarap terus sahaja berubah posisinya kepada berdiri dengan telefon di tangan. Telefon aku hidupkan supaya skrinnya bercahaya.
           
            Aku melangkah ke arah tingkap bilik. Langsir aku selak. Terkesima sekejap aku apabila melihat rumah-rumah lain yang terang benderang. Hanya rumah aku dan rumah jiran di kiri dan kanan rumah aku yang gelap. Kalau tak silap aku, memang tadi jiran-jiran aku tu keluar pun. Maklumlah, pengecut. Beria-ia perhati pergerakan keluar masuk jiran sebab takut kena tinggal seorang diri.
           
            Jadi rumah aku ni boleh tak ada elektrik tiba-tiba kenapa?
           
            Peluh sudah mula merenik di dahi. Dalam kepala aku dah berpusing-pusing kisah pencuri yang masuk ke dalam rumah jiran aku yang aku baru sahaja tulis dalam karangan bahasa inggeris tadi. Takkanlah pencuri ni salah masuk rumah kot?
           
            Tanpa berfikir panjang, aku terus sahaja bergerak mendekati katil dan menyuluh ke bahagian bawah katil. Sebilah parang yang tersimpan di dalam sarungnya terus sahaja aku capai. Arwah pak long memang sangat teliti soal keselamatan. Setiap bilik yang berpenghuni di rumah ini pasti dilengkapi dengan sebilah parang.
           
            Sambil berlutut di atas lantai bilik ini, aku mengeluarkan parang tersebut dari dalam sarungnya. Sementara itu, tangan kiri bergerak menyentuh skrin telefon. Nama Huda aku cari. Entah kenapa dalam banyak-banyak nama aku boleh terfikir nak call Huda.
           
            Telefon aku bawa ke telinga. Tak perlu tunggu lama pun, panggilan sudah berjawab.
           
            “Huda.” Dua ulas bibir terasa berlaga-laga. Bergetar bukan main.
           
            “Iva. Kau kenapa?”
           
            “Huda, Kak Hayfa pergi Beijing.”
           
            “Dah tu, kau tinggal sorang ke apa kat rumah ni?” soal Huda.
           
            “Haaa lah.”
           
            “Pastu kenapa call? Nak suruh aku balik pulak ke apa?”
           
            “Rumah tiba-tiba black out lah. Padahal aku tengok luar, rumah orang lain elok je.”
           
            “Serius ke kau ni?”
           
            “Kau dengar tak suara aku bergetar ni? Ingat aku main-main ke apa?”
           
            “Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Aku dekat UKM tau, bukan UTeM. Kalau aku dekat UTeM, sempatlah aku nak rempit sampai rumah.”
           
            “Kau rasa aku patut duduk dalam bilik diam-diam dan kunci pintu ke apa ni? Aku tak tahu.”
           
            “Jangan lupa menyorok bawah katil sekali,” pesan Huda.
           
            “Ha.”
           
            “Kau call angah tak ni?”
           
            Bye.” Talian terus aku matikan sebaik sahaja aku terdengar bunyi tapak kaki di luar bilik. Tak sempat aku nak jawab soalan Huda tadi. Pantas aku hidupkan mode senyap dan malapkan skrin telefon seraya aku menyelinap di bawah katil. Mujurlah aku ni rajin kemas bilik. Tak adalah bahagian bawah katil tu berhabuk.
           
            Aku dengar bunyi pintu bilik yang tertutup. Satu lagi. Dan lagi.
           
            Klack!
           
            Pintu bilik aku!
           
            Aku berani jamin, ni bukan kerja seorang manusia sahaja. Ini kerja ramai.
           
            Dengan bantuan cahaya yang datang daripada lampu suluh si penjenayah, aku dapat melihat bayang batang kaki yang melangkah mendekati almari.
           
            Setiap pintu dibukanya dan semua baju aku ditolak keluar dari almari.
           
            Penjenayah tersebut kemudiannya duduk melutut untuk membuka laci. Aku terus sahaja bertindak menarik salah satu selendang aku yang sudah dicampak keluar tadi. Aku bergerak senyap untuk keluar dari tempat persembunyian aku dengan selendang yang sudah aku tarik kedua-dua hujungnya agar selendang itu tegang.
           
            Sebaik sahaja aku berdiri agak hampir dengan penjenayah tersebut, aku terus melilitkan selendang itu pada leher si penjenayah seraya aku silangkan selendang itu di belakang kepalanya. Tidak mahu berbelas ihsan, aku menarik kuat selendang itu dan tubuh penjenayah itu sudah jatuh terlentang. Aku menarik sekuat hati agar tekanan selendang pada leher si penjenayah bertambah. Meronta-ronta penjenayah itu dek ketidakcukupan nafas.
           
            Mujur suaranya tidak keluar, jika tidak pasti kawan-kawannya sudah datang menjenguk.
           
            Apabila aku pasti bahawa penjenayah itu tidak lagi meronta, aku terus melepaskan pegangan aku. Aku mendekati penjenayah tersebut. Lampu suluh miliknya yang sudah terlepas aku ambil lantas wajahnya aku suluh. Sempat aku periksa nadinya. Nasib baik tak mati lagi, kalau tak puas aku nak jawab dengan pihak polis.
           
            Segera aku menarik tubuhnya dan mengikat tangannya pada kaki katil dan kakinya pada kaki katil yang satu lagi. Biar tak boleh bergerak.
           
            Aku sudah bersedia di belakang pintu bilik kalau-kalau member dia yang lain jenguk ke dalam bilik ini untuk cari dia. Kali ini, aku pegang pasu yang ada di dalam bilik aku ini. Dan tiba-tiba, pintu bilik dibuka dari luar. Sebaik sahaja pintu tertutup dan si penjenayah kedua seakan-akan tersedar akan keadaan kawannya, terus aku hayunkan pasu tersebut mengenai bahagian tengkuk lelaki berkenaan. Melentik ke belakang tubuhnya barangkali akibat kesakitan yang amat sangat sebelum tubuhnya rebah menyembah bumi. Serpihan-serpihan kaca yang pecah mengenai lantai menghasilkan bunyi yang mampu menggamit perhatian penjenayah-penjenayah lain.
           
            “Hoi, kau jangan buat benda bisinglah!” Aku dapat mendengar amaran dari luar.
           
            Kau tu yang jangan masuk rumah orang! Tak guna!
           
            Tubuh si penjenayah kedua aku heret dan aku ikat tangannya pada kaki katil yang menempatkan tangan penjenayah pertama. Kakinya aku ikat pada kaki katil yang kosong.
           
            “Korang berdua ni apa yang lembab sangat?!” Aku dapat mendengar suara yang menjerkah di luar.
           
            Terus sahaja aku capai satu lagi pasu yang ada di dalam bilik. Mujur bilik aku ni mewah dengan pasu walau pasu tu sekadar untuk letak batu berwarna-warni dan guli sahaja.
           
            Aku bersembunyi di tempat yang sama seperti tadi.
           
            Pintu bilik dibuka. Penjenayah ketiga masuk dan sekali lagi aku hayunkan pasu dengan halaju yang tinggi mengenai belakang tengkuknya. Sama saja refleks tubuhnya seperti apa yang berlaku kepada penjenayah kedua tadi. Dia rebah akhirnya. Tapi aku nampak dia masih lagi bergerak, maka aku terus tendang mukanya sekuat hati. Biarlah walau tulang hidung dia nak patah ke, aku dah tak kisah dah.
           
            Aku heret tubuh penjenayah ketiga dan kakinya aku ikat pada kaki katil yang menempatkan sepasang kaki penjenayah pertama. Tangannya pula aku ikat pada kaki katil yang kosong. Penuh setiap sisi katil aku dengan badan manusia-manusia tak berguna kini.
           
            Baru sahaja aku berniat untuk mencapai parang di atas katil, pintu bilik terbuka dari luar. Suluhan cahaya tepat-tepat mengenai wajah aku. Tidak mahu fikir apa-apa lagi dah, terus sahaja aku berlari ke arah pintu bilik itu dengan parang pada tangan yang sudah bersedia untuk dihayunkan.
           
            Namun entah di mana silapnya, serangan aku berjaya ditepis penjenayah keempat lalu parang aku tercampak entah ke mana. Aku dah cuak bagai nak gila. Lampu suluh ditalakan pada wajahnya sendiri. Mata kami saling bertentang seketika sebelum dia memadamkan lampu suluh itu.
           
            “Ada hati kau nak lawan aku, ya?” Gelak sinis menyusul bicaranya.
           
            Aku terus berlari untuk mencapai pasu ketiga yang ada di dalam bilik aku. Walaupun gelap, aku dapat mengagak di mana kedudukan pasu itu. Tak sempat berpaling, tubuh aku dirangkul erat dari belakang. Kedua-dua belah tanganku dikunci kemas. Aku cuba untuk meronta tetapi tidak mampu.
           
            “Kau tu, perempuan.”
           
            Bicaranya kedengaran begitu dekat pada telingaku. Dapat aku rasakan desahan nafasnya yang menyebabkan helaian rambutku bergerak-gerak.
           
            Aku memejamkan mataku rapat. Pasu di tangan aku hayunkan ke belakang pada sebelah kanan dengan harapan agar pasu itu mengenai wajah lelaki itu. Namun harapan aku musnah apabila bunyi kaca yang pecah di atas lantai menyapa pendengaranku.
           
            “Kau takkan boleh...” Semakin kemas dia mengunci tanganku.
           
            Desahan nafas lelaki itu kedengaran semakin memberat begitu juga dengan jiwaku.
           
            Tuhan, tolonglah. Tolonglah aku.
           
            “Tak sangka, aku nak cari duit tapi aku jumpa benda yang lagi best daripada duit.”
           
            Serta-merta tubuh terasa melayang dan terdampar di atas tilam. Aku cuba untuk bangkit sepantas mungkin kerana aku tahu bahawa katil bukan tempat yang selamat untuk maruah aku. Tak sempat aku ingin berdiri, kedua-dua belah kakiku ditindih seraya tubuhku ditolak kembali ke atas tilam. Sedaya upaya aku cuba menolak wajah lelaki itu yang begitu dekat dengan wajah aku.
           
            Desahan nafasnya bertambah berat dan berat membuatkan aku bertambah menggeletar. Ketar bagai nak gila. Aku lebih sanggup mati daripada harus berhadapan dengan situasi begini.
           
            Tiba-tiba sahaja lelaki durjana itu mencapai kedua-dua belah tanganku lantas dia cuba untuk mengikat kedua-dua belah tanganku. Aku menjerit dan meronta bagai orang hilang akal. Aku cuba larikan tangan aku sejauh-jauhnya daripada gapaian dia, tetapi aku tidak berjaya. Mustahil akan berjaya selagi separuh daripada tubuhku ditindih sebegini.
           
            Kedua-dua belah tanganku sudah terikat pada kepala katil kini. Hina sungguh rasanya diri aku. Aku cuba untuk menarik tangan aku meskipun setiap pergerakan aku akan menyebabkan tangan aku melecet. Aku tak kisah, asalkan aku dapat melepaskan diri pada ketika ini.
           
            Sedaya upaya aku palingkan wajah aku ke sebelah kiri apabila lelaki tak guna itu merapatkan wajahnya dengan wajahku. Lelaki itu menghamburkan ketawa suka tatkala bibirnya sudah galak menjamah pipi dan leherku.
           
            Tuhan, tolonglah! Tolonglah! Tolonglah!
           
            Air mataku sudah menitis keluar dan jatuh membasahi sarung bantal.
           
            “Kau takkan terlepas...” gerutu aku.
           
            Lelaki itu tidak menghiraukan tuturku. Tangannya sudah meraih leher bajuku.
           
            Cukup sekali rentapan, dua biji butang pijama aku pada bahagian atas tertanggal dan terpelanting entah ke mana. Air mataku sudah jatuh berjurai-jurai.
           
            “Aku dah lama teringin nak rasa tubuh kau...” bisik lelaki itu betul-betul pada telingaku sebelum bibirnya menyentuh kulit telingaku. Aku menghantukkan kepalaku pada kepalanya. Biarlah walau aku sakit sekalipun. Asal dia tahu bahawa aku bukan bodoh untuk membiarkan maruah aku direntap sebegitu sahaja.
           
            “Kau memang kuat melawan, kan?! Tak guna betul!”
           
            Pipiku dilempang kuat. Sejurus itu, tangannya bergerak mencengkam rahangku membuatkan aku tidak mampu menggerakkan kepalaku. Dia sudah merapatkan wajahnya dengan wajahku. Aku mengetap bibir rapat, serapat-rapatnya. Tidak sesekali aku akan membuka peluang. Tidak!
           
            Mata aku pejamkan erat. Esakan demi esakan daripada aku bergema-gema di dalam bilik itu. Aku terlalu takut, ya Allah...
           
            Entah apa yang berlaku, tidak sempat sesaat pun bibirnya singgah pada kulitku, segala beban yang terhimpap di atas tubuhku hilang entah ke mana.
           
            You fucking bastard!
           
            Hazzar!
           
            Itu suara Hazzar!
           
            Aku tidak nampak apa yang sedang berlaku kini. Aku tidak tahu apa yang sedang Hazzar lakukan kini.
           
            “T... Tolong saya...” rayuku perlahan.
           
            “Kau takkan selamat tak guna! Kalau tidak di dunia, di akhirat sana nanti!” Suara Hazzar singgah pada pendengaranku.
           
            Zaira, are you alright?” Suara Hazzar menyoal.
           
            “Tangan saya...”
           
            Aku menyentap tanganku beberapa kali dan sentapan itu menghasilkan bunyi katil yang bergoyang. Aku dapat merasakan bahagian kanan tilam yang memberat. Apabila ada kulit yang menyentuh kulitku, entah atas alasan apa, aku tersentak bagai terkena renjatan elektrik. Sampai bergoyang katil dibuatnya.
           
            Hey, it’s me,” tutur Hazzar dengan nada tenang. Aku diam. Air mata masih belum berhenti mengalir. Sebaik sahaja kedua-dua belah pergelangan tangan terasa lega, pantas aku menarik tangan aku dan menegakkan tubuh aku. Bahagian hadapan baju yang terdedah aku satukan setiap belahnya dengan menggenggam bahagian tengahnya.
           
            Did you hurt anywhere?” tanya Hazzar. Dia mendekatkan tubuhnya dengan aku.
           
            Go away, Hazzar. Just go.” Aku mengengsot untuk menjauhi Hazzar.
           
            No. I’m not going to leave you just like that.
           
            “Awak tak pernah ada bersama-sama saya, maka tak ada istilah awak tinggalkan saya. You should have come earlier, sebelum saya berada di posisi tidak selamat saya lagi,” jawabku. Kaki terus aku turunkan daripada katil seraya aku berdiri. Entah kenapa, kedua-dua belah kaki jelas terasa getarnya. Tak sampai tiga langkah aku menapak, aku jatuh tersungkur.
           
            Tangis aku pecah di atas lantai itu. Pecah semahu-mahunya. Esak aku semakin kuat setiap kali bertambahnya detik. Air mata aku semakin banyak setiap kali bertambahnya masa. Jiwa aku hancur. Musnah seteruk-teruknya.
           
            Aku berlagak kuat tadi.
           
            Kini naluri keperempuanan aku menunjukkan belang sebenarnya.
           
            Aku hancur.
           
            Terlalu hancur.
           
            Di dalam.
 



Nota kaki: Uuu~ Kejam tak saya hentikan Part 1 setakat itu? Haha. Jadi korang rasa, apa jadi lepas ni? Marilah kita buat ramalan secara berjemaah. Saya suka untuk membaca pendapat korang, :). Good news, you don't need to wait until the next Friday for the next part! Mungkin Isnin atau Selasa saya dah masukkan Part 2. Suka tak? Suka tak?

Thank you for reading, guys!

 

Wednesday, 26 April 2017

Pesta Buku Antarabangsa 2017 #PBAKL17

Assalamualaikum semua, :).

Harap semuanya berada dalam kesihatan yang baik.

Merujuk kepada tajuk posting, saya nak war-warkan tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017! Sesiapa yang masih belum tahu bahawa PBAKL17 akan berlangsung dalam masa yg sangat dekat, silalah ambil tahu!

Di bawah ni saya sediakan details tentang pesta buku untuk rujukan korang;

Event: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017
Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Tarikh: 28 April 2017-7 Mei 2017 (Jumaat ini dah mula, korang!)
Masa: 10.00 pagi-7.00 petang (Isnin-Khamis) 10.00 pagi-9.00 malam (Jumaat-Ahad & Cuti Umum)

Siapa yang patut pergi pesta buku ni?
-Korang yang sangat sukakan buku, dari jenis komik, majalah, novel, travelog atau apa2 sahaja. Inilah masanya untuk korang beli semua buku tu!
-Korang yang selama ni nak beli buku2 kat kedai buku tapi dek harganya yang agak mahal, korang terpaksa memendam impian tu. Inilah masa yang sesuai untuk korang beli semua buku yang sudah korang target sejak sekian lama dengan harga yang berpatutan!
-Ibu bapa yang nak pupuk minat membaca anak-anak, memang sesuai untuk kalian cari buku2 untuk anak2 kalian di sini! Sebab, harga lebih murah dan kalian boleh dapatkan buku dengan kuantiti yang lebih banyak berbanding biasa!
-Pelajar2 sekolah yang ingin mencari buku2 latihan atau rujukan dengan harga yang jauh lebih murah! Korang boleh singgah terus di booth penerbit seperti SASBADI dan Cerdik.

Tapi saya jauh, macam mana ya?
-Ohhh, mudah saja! Dekat facebook ada banyak perkhidmatan personal shopper utk PBAKL, beri sahaja list buku yang anda ingin beli dan sediakan ongkosnya! Mereka akan belikan buku2 yang anda inginkan. Tapi sudah tentulah anda perlu membayar upah kepada mereka. Carilah personal shopper yang memberikan tawaran yang lumayan!

Saya baru pertama kali nak pergi tahun ni, ada tips tak?
-Sediakan senarai buku yang anda ingin beli dan booth mana yang anda ingin pergi. Percayalah, dengan kesesakan melampau pada hujung minggu, mood anda untuk menilik2 buku akan terganggu! Jadi anda tidak akan punya banyak masa untuk singgah di setiap booth yg ada! Jimatkan masa anda dan terus sahaja ke booth yang anda mahu. Lebih mudah begitu, kan?
-Semak jadual penulis2 atau artis2 komik kesayangan anda di FB page penerbit untuk mengetahui sesi signing mereka. Dengan cara ini, anda dapat bertemu dengan penulis kesayangan anda dan mencipta memori bersama2 mereka!
-Untuk anda yang ingin memborong buku untuk stok setahun, atau korang sekadar ingin membeli 5 buku sahaja sekalipun, saya menggalakkan anda untuk membawa luggage! Huh? Luggage yang bawa baju tu ke? YA! Luggage itulah! Luggage akan membantu anda untuk kekal ayu sepanjang di pesta buku kerana anda tidak perlu berpeluh-peluh untuk mengangkat semua beg plastik buku2 yang anda beli. Walaupun korang cuma beli 5 buku, percayalah cakap saya, klau dah 5 buku itu diheret ke 10 booth, boleh berbirat tangan dan berpeluh2 tau. Selain itu, luggage boleh membantu usaha kita untuk menyelamatkan alam sekitar! Kurangkan penggunaan beg plastik.
-Untuk anda yang membawa anak kecil, anda WAJIB mengawasi anak anda secara rapi. Hal ini kerana, anak anda boleh tenggelam dalam lautan manusia bila2 masa sahaja! Jadi, jangan leka! Lebih baik kiranya anda tinggalkan dulu anak anda di rumah pengasuh sekejap supaya keselamatan mereka lebih terjamin.

Jadi, selamat membeli belah di pesta buku!

Tahun ni saya turun sebagai pembaca dulu. Harapnya tahun depan bolehlah turun sebagai penulis pula! InsyaAllah, :).

Ada apa2 soalan berkenaan pesta buku, boleh conteng2 di ruang komen.

Terima kasih, :).

Monday, 10 April 2017

Secoet untuk Kalian yang Tersayang, :).

Assalamualaikum, :).

Dah lama sangat rasanya tak menconteng dalam ini. Harap semuanya sihat wal afiat. :)

Sekarang ini saya dah semakin sibuk dengan persediaan untuk sambung belajar dan sebagainya, ^_^.

Mungkin untuk tempoh satu tahun, dari bulan 7 tahun ini sehingga ke tahun hadapan, saya akan kurangkan aktiviti penulisan atau stop terus, :). Because I'm planning to further my studies in foundation, insyaAllah. Jadi faham-fahamlah betapa sendatnya jadual asasi.

Mungkin bila dah sambung ijazah nanti barulah menulis semula. InsyaAllah.

Tengoklah macam mana. Dapat bendung atau tidak nafsu nak menulis ni. Hahahaha.

BTW, masih ingat tentang manuskrip yang saya sedang tukang dahulu?

Sebenarnya dah lama dah siap. 2 Mac jumpa perkataan TAMAT. 11 Mac siap first editing. Sekarang ni masih dalam proses final editing sebelum hantar ke publisher. Sinopsis dan segala benda lain dah siapkan dah. Tinggal manuskrip saja yang nak dicantikkan. Tapi tengah duk pikir lagi ni nak hantar ke siapa. Haha. Tengoklah nanti hidayah menuntun ke mana.

Dan tentang cerpen yang saya janjikan itu~~~

Saya ingat eh janji saya. Tak mainlah lupa2 ni.

Saya masih menukang cerpen tu lagi. Dan awal2 saya cakap, saya tak sambung lagi cerpen Lelaki untuk Irine yang hilang dalam kejadan tragis pen drive rosak tu. Saya buat cerpen baru yang tajuknya saya tak tahu lagi. Saya tulis apa yang terlintas dalam kepala saja.

Dan maaf cakap, hero heroin untuk cerpen kali ini mungkin agak menyebalkan. Jenis yang ego setinggi langit tulah. Harap maklum.

Saya memang suka tulis hero heroin tak guna untuk cerpen. Hahahahaha

Tapi kalau novel saya tak suka letak hero heroin egoistik, tak guna, bedebah dan tak releven punya perangai yang buat pembaca menyampah bila baca. 

Oh, merujuk kepada tajuk posting, secoet itu merujuk kepada teaser untuk RUN! Haaa, baik tak saya? Hahahahaha.

InsyaAllah, kalau tak ada aral, tahun ni dapatlah saya jumpa anak sulung saya tu. Cuma saya tak boleh nak kata bulan berapa. Kalau bulan 12 pun kita layan jelah ye? Semoga Allah mudahkan urusan kami (saya dan pihak penerbit).

So, mengikut perancangan saya, saya akan tepek teaser dalam blog ni, 1 teaser 1 bulan mulai bulan april. (Sila faham bahawasanya teaser hanyalah sesuatu yang bersifat secoet. Jadi jangan mengada-ngada nak buat tuntutan satu bab penuh.)

Saya akan tepek 1 teaser 1 bulan sehinggalah nanti saya sudah pasti pada bulan berapa RUN akan diterbitkan. Contohnya, kalau RUN diterbitkan Disember, maknanya korang akan dapat sebanyak 9 teaser. Tapi kalau RUN diterbitkan lebih awal contohnya Ogos, korang akan dapat sebanyak 5 teaser.

DAN, sekiranya tiba-tiba ada aral dan RUN tak boleh diterbitkan dalam tahun ini, SILA maklum bahawa bilangan teaser yang kalian akan dapat paling banyak pun 9 sahaja. Maknanya, bila masuk tahun 2018 nanti, kegiatan menepek secoet teaser akan dihentikan. Jadi, janganlah sebab korang nak teaser banyak2, korang pun doakan benda2 tak elok untuk RUN. Huhuhu. Berdosa tau mendoakan keburukan untuk orang lain.

Jadi bila dah tak ada apa-apa posting, maka mereputlah blog ini akibat tuannya sibuk berperang dengan pelajaran. Hahahaha.

Taklah.

InsyaAllah, tak.

Nanti lepas selesai urusan RUN dan selepas RUN lahir, jika ada rezeki untuk manuskrip kedua saya, saya akan tepek kisah manuskrip kedua itu pula. HANYA jika manuskrip kedua itu ada yang ingin terbitkan.

Jadi jangan risau ya?

Walaupun saya perlahankan kegiatan menulis saya nanti, masih ada sesuatu untuk kalian tatap dalam blog ini, insyaAllah.

Teruskan sokongan dan teguhkan kasih sayang kalian. Terima kasih, kalian yang tersayang, :). Spread the love, ^_^.


Yang suka membebel untuk kalian,
Nasha Hadzir Othman.

*teaser saya tepek nanti-nantilah. Bulan April masih ada banyak hari lagi. Saya boleh pilih yang mana saya suka. Haha, ^_^.