Assalamualaikum, semua!
Selepas sebulan, baru dapat bersua di sini. Alhamdulillah, dah tak tertekan sangat sekarang ni sebab exam pun dah habis. PBS pun dah hampir siap. Tinggal tunggu keputusan sahaja. Setakat ini, baru dapat keputusan bagi 6 mata pelajaran. Perlu ke saya share kat sini? Haha. Tak kot?
Walau apa-apa pun, saya bersyukur sangat sebab saya masih boleh menulis. Ayah ada pesan sebelum exam, "Kalau Matematik dapat C lagi, jangan menulis dah." Hehe, sebab tu berhenti menulis selama sebulan. Fokus Matematik punya pasal. Alhamdulillah, exam kali ni, Matematik saya B. Bila beritahu ayah, nasib baik muka dia neutral. Tak ada aura nak marah. Huh!
Ayah saya, kalau keputusan peperiksaan kami adik beradik A atau B, dia tak cakap apa-apa. Tapi kalau C tu, yang tulah yang dia nak belek kertas soalan dan jawapan. Hehe.
Setakat ini, saya berpuas hati, sebab bagi saya, untuk setiap subjek, ada peningkatan markah berbanding peperiksaan pertengahan tahun dahulu. Alhamdulillah. Masih ada debaran dalam menanti keputusan bagi subjek lain.
Untuk pengetahuan semua, saya ni anak-anak PBS. Batch 'eksperimen'. Haha, itulah gelaran kami. Saya masih tak tahu bagaimana batch 1999 akan diuji pada tahun hadapan. Cikgu kata, bila ditanya kepada pihak bertanggungjawab, jawapan mereka, "Tunggu..."
Hurm, yalah... Macam mana agaknya ye kami nak buat persediaan awal kalau kami sendiri tak tahu bagaimana kami akan diuji. Cikgu ada kata, mungkin apabila kami naik form 4, PBS akan ikut kami. Jawapan kami satu kelas, "Cikgu... tak nak sekolah dah lah macam ni." Haha! Nampak tak kesan PBS ke atas kami? Sampai tak nak sekolah.
Sekarang ni pun, walaupun dah habis exam, kami tak dapat nak rehat. Sesetengah guru subjek mula memberi kerja rumah untuk diselesaikan dalam masa cuti supaya dapat digunakan pada tahun hadapan. Ada juga guru yang dah mula mengajar topik untuk Tingkatan 3. Haha, advance. Nak cepat punya pasal. Kata cikgu, takut tak sempat nak habiskan pelajaran, PBS, lepas tu nak fokus exam lagi tahun depan. Haaa, saya dengar pun dah rasa macam, memang tak sempat dan dengar je pun dah mula cakap, "Penatnya nak hadap semua benda ni."
Mungkin tahun depan, PBS akan dihabiskan dalam masa 4 bulan awal. Kelas tambahan pun ada. Nak habiskan topik bagi setiap matapelajaran lagi. Nak fokus exam, ditambah PBS lagi. BTW, anak-anak PBS ni, bukan ambil 7, 8, atau 9 subjek sahaja. Kalau macam saya, saya ambil 12 subjek. 8 subjek asas, Bahasa Arab, Pendidikan Sivik, ICTL, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Jadi, kena study betul-betul untuk semua subjek. PSV, ICTL, PJK, semua pun kena dapat A. -_-'
Kejam tak? Muahaha. Kalau macam ni, kita tidur dalam kelas ajela. Tak payah balik rumah. Penat2x. Pihak yg bertanggungjawab, sila beri keputusan muktamad sekarang, bagaimana kami akan diuji nanti. Hehe. At least, kalau dah ada satu keputusan yang tepat, bolehlah jugak kami buat persediaan, buat latih tubi untuk jenis soalan yg akan keluar nanti. Macam pelajar2x PMR lah, mereka nak PMR, buat latih tubi soalan PMR tahun-tahun lepas. Tapi kami? Apa pun tak tahu. Terpinga-pinga lagi ni. Tak tahu lagi tahun depan nak buat apa. Tak ada planning lagi. Adoi...
Andai kata ada yang membaca entry ni, mesti bila korang baca je pun korang dah rasa penat. Tapi kalau yg tak rasa penat tu, tak tahulah. Okey, itu sajalah yang saya nak kongsi. Nanti saya update lagi satu entry. JBC Bab 2. Terima kasih, :).
Total Pageviews
FIRST BABY
Saturday, 2 November 2013
Saturday, 28 September 2013
Review Novel: Alamak! Lagi-lagi Dia -Mazni Aznita-
Assalamualaikum! Hari ni saya nak review novel. Jemput baca, semua.
Sinopsis:
The Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insan bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki berbeza. Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati.
Kes silap masuk khemah di tempat memancing mempertemukan si Loser dan si Pianist ini. Syafika dengan perangai A, Nadim dengan perangai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim. Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika. Tapi antara pro dan kontra, anehnya mereka sering bertemu. Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain, bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta.
Syafika masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti gadis bingung. Tapi si Pianist itu sudah mencuri hatinya. Namun bila cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih? Lelaki di masa lalu atau masa kininya? Lalu siapa yang harus dicuri cintanya? Cinta si Pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan?
Nadim, berhenti layan saya macam saya ni anak kecil boleh tak? Saya ni lebih tua daripada awak - Syafika
Datang bulan ke? Asyik nak marah aje. Awak sedar tak kita kerap sangat bertemu. Dalam seluas-luas alam ni, saya asyik nampak awak. Awak pun kerap bertembung dengan saya. Macam perfect match from heaven, kan? - Nadim
Pandangan sesedap rasa:
Nadim Ammar, The Pianist yang cool gila. Tak habis belajar atas suatu sebab. Kalau nak tahu, memang kena baca buku ni. Lelaki yang mempunyai sikap sabar, free spirit, berani luahkan perasaan, pandai main piano. Waaa, amazed dengan dia yang tetap bersabar dengan ayah dia dan berani meluahkan perasaan kepada perempuan yang dia suka. Tapi sabar-sabar pun ada hadnya juga. Habis pejabat ayahnya dikerjakan. Kiranya, hasil kerja dia tu cantiklah.
Syafika atau Cika, The Loser, apa nak describe ya? Cika ada syarikat sendiri. Tak nak mengaku tentang perasaannya. Tapi akhirnya mengaku juga. Anak yang patuh. Tetapi kepatuhannya ada had. Alergi dengan betik. Pelik tapi benar.
Idham Hariz, tak habis-habis dengan cintanya. Takkan tak sedar yang itu cuma rasa bersalah?
Oh, suka dengan watak Nenek Puteh. Haa, a mysterious woman. Banyak lagi watak lain. Tapi rasanya lebih baik teroka sendiri.
Siapa tu Zakri? Naomi pula siapa? Siapa pula Doktor Marina? Apa tujuan Tan Sri Jabbar sebenarnya? Kenapa Tuan Aaziz suka menentukan hidup Nadim? Jeng, jeng, jeng. Nak tahu, kena baca.
Sebenarnya, bila mula-mula baca rasa macam tak best, tapi bila dah melangkau ke bab-bab yang seterusnya, terus melekat. Kiranya, macam tengok drama lah. Scene mereka semua terlayar dalam ruangan mata. Tak ada satu pun yang terlepas. Sebab tak pernah pergi Jepun, atau negara lain, maka bayangan scene tu sesuka hati.
Okey, I did it. Baca novel tu dalam masa 12 jam. Rasanya, pergaduhan Nadim dan Cika yang paling seronok. Nak-nak lagi kalau Nadim ugut, "You love me, don't you Cika?" Okey, itu aje kot nak kongsi. Berapa markah yang saya bagi? 4 daripada 5 bintang. Apa-apa pun, pembaca kena pandai ambil perkara yang positif dan kena pandai buang perkara yang negatif. Tapis-tapislah ya? Yang baik jadikan ikutan, yang buruk jadikan sempadan.
Kalau rasa nak baca... Eh, silap! Mesti baca buku ni. Jadi, carilah buku ALAMAK! LAGI-LAGI DIA, karya MAZNI AZNITA, penerbitan BUKU PRIMA di kedai-kedai buku berhampiran. Sekian, terima kasih. Jazakumullahukhairan, barakallahufiikum, :).
Saturday, 14 September 2013
Cerpen- Cinta Miss Troublemaker -Part 4, Final-
“SYIRA nak beli apa?” soal Aizat. Musyirah masih
merenung dinding kaca lutsinar di sisinya. Pandangannya kosong bagai tiada
perasaan.
“Syira
penat tunggu dia. Syira nak jalan-jalan dekat sini,” jawab Musyirah. Namun,
pandangannya masih belum berkalih. Aizat mencapai pergelangan tangan kanan
adiknya. Khuatir adiknya akan rebah memandangkan Musyirah kerap pitam sejak
suaminya tiada. Jelas tekanan yang dihadapi adiknya itu.
“Jom,”
ajak Aizat. Musyirah membuka langkahnya, menuruti langkah Aizat. Baru beberapa
langkah berjalan, dia terhenti. Aizat terpaksa melakukan perkara yang sama.
“Abang...”
panggil Musyirah. Jari telunjuknya tangan kirinya menyentuh dinding kaca
lutsinar itu. Matanya dikecilkan dan dibesarkan buat beberapa kali.
“Dia
ke tu?” soal Musyirah. Aizat merapati adiknya. Arah yang ditunjukkan oleh
adiknya itu dipandang.
“Tu
suami Syira kan? Syira yakin tu dia kan abang?” soal Musyirah bersama-sama
senyuman di bibir. Aizat mengangguk, mengiakan pertanyaan adiknya.
“Jom
Syira,” ujar Aizat. Laju kakinya melangkah menuju ke kedai pakaian itu.
Musyirah turut melangkah dengan laju meski keadaannya sedia lemah.
“Nazhirin
Syahran bin Mukhtar!” Lantang suara Aizat memanggil nama Nazhirin. Panggilan
itu menarik perhatian seiisi kedai menjual pakaian itu. Nazhirin yang sedang
membelek sepasang baju kurung segera berpaling.
“Can
I talk to you for a few minutes?”
soal Aizat. Nazhirin mengangguk. Langkah diatur mengikuti langkah Aizat.
Pandangannya terpaku pada wajah Musyirah yang cukup kosong. Wajah itu cukup
pucat.
“Ingat
siapa dia?” soal Aizat. Nazhirin memandang Aizat.
“Aku
abang dia, Aizat,” jelas Aizat. Nazhirin mengangguk. Mana mungkin wajah yang
cukup dirinduinya itu dia lupakan. Namun dia tidak menyangka yang dia akan
menemui Musyirah dalam keadaan sebegini. Dia tidak sangka yang pemergiannya
selama dua minggu itu meninggalkan kesan yang amat dalam bukan sahaja pada dirinya,
malah turut pada Musyirah.
“Lihatlah
apa yang kau dah buat pada Syira,” tutur Aizat. Musyirah menghantarkan
pandangan yang kosong meski dia sedar akan keberadaan suaminya itu.
“Aku
peliklah dengan kau ni. Apa yang ada dalam fikiran kau sebenarnya? Apa tujuan
kau tinggalkan Syira?” soal Aizat.
“Abang
Aizat... Syira tak larat. Cukuplah Syira dah jumpa dia. Syira dah tau bagaimana
sihatnya dia,” tutur Musyirah. Dia hampir rebah. Pantas Aizat memaut lengan
adiknya, menghalang Musyirah daripada terjelepok. Nazhirin bergerak merapati
Musyirah. Aizat sekadar memandang tanpa ada niat untuk menghalang Nazhirin
daripada mendekati adiknya.
“Bukannya
saya sengaja buat Syira macam tu. Saya ada sebab saya sendiri,” kata Nazhirin
sebelum mencempung tubuh Musyirah yang sudah tidak menyedarkan dirinya.
“Hei,
kalau betul kau ada sebab kau sendiri, aku nak kau nyatakan sebab tu sekarang!”
tegas Aizat. Langkah Nazhirin dihalangnya.
“Selama
dua minggu ni, saya berada di Perak. Ada kerja yang perlu diselesaikan,” jawab
Nazhirin. Langkahnya diatur kembali.
“Kerja
apa sampaikan tak contact isteri selama dua minggu tu? At least,
kau bagi tahulah dia kau ke mana,” kata Aizat. Kecewa sungguh akan sikap adik
iparnya itu. Nazhirin tidak menjawab. Baginya, kesihatan isterinya adalah lebih
penting.
MUSYIRAH
merenung dinding di dalam biliknya dengan pandangan yang kosong. Fikirannya
juga kosong. Entah mengapa, kata-kata suaminya langsung tidak hinggap di
fikirannya. Baginya, alasan suaminya meninggalkan dirinya adalah tidak mampu
diterimanya. Penjelasan itu tidak cukup kukuh. Kini, hatinya mula
mempersoalkan, teguhkah cinta suaminya buat dirinya?
“Kakak...”
Suara lembut Munirah menerjah gegendang telinganya. Musyirah menghela perlahan
nafasnya.
“Nak
apa Ira?” soal Musyirah. Munirah mengambil tempat di sebelah kakaknya.
“Abang
Naz...” Musyirah memandang adiknya itu dengan pandangan yang tajam.
“Apa?
Dia nak apa lagi?! Dahlah, kakak dah cukup terseksa dah kena tinggal dengan
dia. Susah sangat ke dia nak bagitahu akak yang dia ada kelas di sana? Bagi
tahu sajalah!” bentak Musyirah, geram. Munirah mengetap bibirnya.
“Kakak,
cuba kakak bagitahu Ira, boleh ke seorang isteri buat perangai macam ni dekat
suami dia? Tak boleh kan? Kak, semarah mana pun seorang isteri terhadap
suaminya, kakak tetap kena ingat yang kakak seorang isteri dan abang tu suami.
Kakak tahu kan berdosa bila kakak abaikan suami kakak. Lagipun, abang tak
bagitahu kakak sebab dia tak nak kakak risaukan keselamatan dia. Dia kenal
sangat siapa kakak. Ira pun kenal perangai kakak yang kalut tak kira masa tu,”
kata Munirah. Serabut fikirannya melihat keadaan rumah tangga kakak dan abang
iparnya itu. Jadi, tekadnya kini dia harus memperbaiki keadaan daripada menjadi
semakin teruk.
“Ira
tau, kakak ada sembunyikan sesuatu daripada abang kan? Kakak fikir Ira tak
dengar ke apa yang kakak cakap dekat doktor tadi?” Munirah menduga kakaknya.
Entah sampai bilalah kakaknya itu ingin menyimpan rahsia.
“Perlu
ke dia tahu?” soal Musyirah. Munirah tersenyum.
“Kakak,
ni...” Tangan kanannya mendarat di atas perut Musyirah. Musyirah sekadar
memandang.
“Anak
siapa?” soal Munirah.
Musyirah
mengetap bibirnya sebelum menjawab, “Anak kakaklah.”
“Ya,
kakak memang ibunya. Tapi ayahnya? Abang Naz kan? Kakak buatlah apa-apa pun,
tetap tak akan mengubah kenyataan bahawa anak ni ialah anak kakak dengan Abang
Naz. Kakak kena bagitahu dia,” ujar Munirah, lembut. Musyirah melepaskan
keluhan perlahan.
“Kakak
takut... takut dia tinggalkan kakak lagi. Kakak terlampau sayangkan dia. Cuba
Ira bayangkan, andai Ira dah sayangkan seseorang itu ibarat nyawa Ira sendiri,
bila dia pergi tinggalkan Ira, maknanya nyawa Ira turut dibawa bersama-sama
dia. Sakit sangat rasanya, Ira. Kakak tak nak terima alasan dia sebab kakak
takut perkara ni terjadi lagi,” luah Musyirah. Air matanya mengalir lesu.
“Abang
janji, perkara macam ni tak akan terjadi lagi. Abang janji, abang tak akan
tinggalkan Syira tanpa sebab, tanpa diberitahu. Abang janji, abang akan jaga
dan didik Syira dan bakal anak-anak kita dengan sebaik-baiknya. Abang janji,
abang akan pelihara cinta kita dan membimbing rumah tangga kita sehingga ke jannah,”
tutur Nazhirin yang sudah berdiri di muka pintu. Munirah sudah pun keluar
sebaik sahaja Nazhirin menuturkan ayat pertamanya tadi. Kini hanya tinggal
Musyirah dan Nazhirin di dalam bilik itu.
“Kata
orang, orang yang menuturkan janji sangat mudah untuk melupakan janji-janjinya.
Tapi orang yang menerima janji akan pegang janji-janji itu sampai bila-bila.
Syira tak nak abang berjanji. Syira takut janji-janji itu akan dilupakan dan
tidak ditunaikan. Syira tak nak abang berjanji sebab bila abang dah berjanji,
janji tu akan Syira pegang buat selama-lamanya. Syira takut, andai janji itu
tak ditepati, hati Syira yang akan terluka,” kata Musyirah. Nazhirin mula
merapati isterinya.
“Janji-janji
abang itu bukan sekadar janji biasa. Janji-janji itu disertakan dengan azam.
Azam yang abang sematkan di dalam hati dan janji-janji itu, InsyaAllah, akan
abang laksanakan. Bukan Syira seorang sahaja yang terseksa bila kita berpisah.
Abang turut terseksa. Kalau tidak disebabkan handphone abang tertinggal,
sudah pasti hari-hari abang akan hubungi Syira. Abang minta maaf. Silap abang
juga,” bicara Nazhirin. Musyirah memandang wajah suaminya.
“Kenapa
tak pinjam handphone orang lain?” soal Musyirah. Nazhirin mengangkat
keningnya sebelum mengambil tempat di sebelah Musyirah.
“Cuba
Syira cakap dekat abang, tutor mana yang hari-hari pinjam handphone pelajar-pelajar
dia?” soal Nazhirin. Musyirah mengetuk perlahan jari telunjuk tangan kanannya
pada dagunya.
“Tak
mustahil ada tau. Ataupun abang boleh jadi orang yang pertama. Boleh cipta
rekod kan, kan? Macamlah tutor lain tak ada handphone kan?” Ada
sinis pada nada suara Musyirah.
“Syira,
tutor lain semua perempuan. Lelaki pun seorang aje. Tu pun ala-ala
perempuan tau? Syira tak kisah ke kalau hari-hari abang jumpa tutor
perempuan untuk minta handphone? Tak kisah? Tak cemburu ke? Yang tutor
lelaki tu, abang sendiri tak sanggup nak jumpa. Dia punya pandangan pun dah
lain macam,” kata Nazhirin. Musyirah merenung tajam wajah Nazhirin disebelah
kanannya buat seketika. Suaminya itu turut bersandar pada kepala katil
sebagaimana dirinya.
“Bagusnya
orang yang organize program ni kan? Kalau Syira jumpa, Syira cekik-cekik
dia. Nasib baik abang tak minta handphone dekat tutor perempuan
tu. Kalau abang buat, Syira mogok dengan abang sampai bila-bila,” ujar
Musyirah. Jelas kemarahannya itu apabila kata-katanya disertai dengan aksi.
Nazhirin yang melihat reaksi isterinya itu sudah tersenyum sendiri. Musyirah
yang inilah yang dirinduinya. Musyirah yang ceria orangnya.
“Jadi
sekarang ni Syira tak bolehlah mogok dengan abang kan? Sebab abang tak jumpa
seorang pun tutor perempuan untuk minta handphone,” kata
Nazhirin. Kerutan pada dahi Musyirah terus hilang. Dia menoleh ke kanan,
menatap wajah suaminya yang setia menanti jawapannya. Musyirah akui, dia dapat
melihat betapa menggunungnya rasa bersalah suaminya terhadap dirinya. Betapa
tulusnya setiap ucapan meminta maaf yang keluar daripada bibir merah itu.
Tetapi dia yang sengaja mengeraskan hatinya, khuatir Nazhirin akan
meninggalkannya lagi.
Tangan
kanan Nazhirin dicapai dan dibawa ke bibirnya. Dicium tangan itu dengan penuh
hormat. Lantas tangan itu dibawa ke pipinya. Dia masih menunduk.
“Memang
tak sepatutnya Syira buat perangai. Memang tak sepatutnya Syira sakitkan hati
abang walhal abang sudah beribu-ribu kali meminta maaf. Memang tak sepatutnya
Syira marahkan abang walhal abang dah menyatakan hal yang sebenar. Syira cuma
takut perkara ni akan berulang dan Syira tak nak perkara ni berulang. Maafkan
Syira atas sikap Syira selama ni,” tutur Musyirah. Tangan Nazhirin dicium
sebelum dilepaskan. Musyirah menyandarkan kepalanya pada dada suaminya.
Nazhirin
tersenyum. Kepala Musyirah diusap perlahan dengan tangan kanannya.
“Sentiasa
ada kemaafan buat Syira dalam hati abang dan abang harap, Syira turut memaafkan
abang atas kesilapan abang. Abang akan pastikan dengan sedaya upaya abang,
perkara tu takkan berulang lagi,” ujar Nazhirin. Musyirah tersenyum puas.
“Ya,
Syira maafkan abang. Syira akan pastikan lepas ni Syira akan bincang baik-baik
dengan abang kalau ada salah faham. Penatlah Syira nak buat mogok ni. Seksa
perasaan Syira aje. Abang, Syira rindukan abang sangat, sangat, sangat, sangat,
dan sangat. Tiga sangat daripada Syira, dua lagi, daripada anak kita. I love
you, abang,” ucap Musyirah dengan senyuman yang masih tidak lekang di
bibirnya. Tangan kiri suaminya dicapai dan diletakkan di perutnya.
“Alhamdulillah.
Anak kita, empat minggu,” kata Musyirah. Nazhirin turut memanjatkan rasa
syukur. Ubun-ubun isterinya dicium kasih.
“Alhamdulillah,
kandungan ni sihat. Nasib baik tak terjejas waktu Syira demam panas dulu,”
jelas Musyirah.
“Bila
Syira tahu Syira pregnant?” soal Nazhirin. Musyirah menayangkan
sengihnya.
“Syira
dah tahu lama dah, sebelum abang pergi Perak lagi. Tapi waktu tu Syira
agak-agak aje, tak check dekat doktor pun. Syira dapat agak pun sebab
tak period walaupun dah sampai masanya. Masa Syira demam panas dengan
kerap pitam, abang dengan Ira yang jaga. Diaorang hantar Syira pergi klinik.
Alang-alang, Syira check ajelah terus. Mungkin sebab Syira tahu Syira pregnant
dan Syira nak abang ada dengan Syira, Syira menangis terlebih dos. Syira rasa
Syira menangis pun sebab mengada aje lebih walaupun Syira sayang abang sangat,
sangat, sangat, sangat, dan sangat. Again, I love you, abang,” ucap
Musyirah. Manja sungguh Musyirah dengan suaminya itu.
“Sayang,
I’m so sorry for not being there beside you while you really needs me. I love
you too, Syira. Abang sayang Syira dan anak kita,” tutur Nazhirin.
“Isk!
Abang ni... Syira maafkan abang lagi. Abang kena pastikan yang abang akan ada
dengan Syira untuk lapan bulan dari sekarang. Tak boleh pergi jadi tutor.
Lepas Syira habis pantang nanti baru boleh. Lagi satu, I love you more,”
kata Musyirah. Dia tersenyum manja.
“Terima
kasih sayang, bagi ucapan I love you banyak-banyak dekat abang hari ni.
Ya, abang tak akan tinggalkan Syira untuk jadi tutor. I love you
most,” balas Nazhirin. Musyirah tersenyum.
“Sama-sama,
abang. Syira harap, cinta kita akan sentiasa diredhai Allah dan Syira nak abang
pimpin Syira dan bakal anak-anak kita ke jannah,” tutur Musyirah. Nazhirin mengangguk.
“InsyaAllah,
sayang. Abang tak boleh lakukannya bersendirian. Abang nak Syira ada
bersama-sama abang. Bantu abang agar kita semua menjadi lebih baik,” bicara
Nazhirin. Musyirah mengangguk. Mulai hari ini, dia akan pastikan pengalaman itu
benar-benar mengajarnya. Dia akan memperbaiki dirinya agar dapat menjadi isteri
yang baik dan solehah buat suaminya. Dia akan pastikan cinta Miss Troublemaker
sepertinya bukanlah cinta yang biasa-biasa, tetapi ada keunikannya yang
tersendiri. Moga bahagia terus menjadi milik mereka.
Pesanan penaja: Assalamualaikum, :). Okey, seperti yang dikatakan part 4, final. Yeah, finally! Ada rasa nak belasah saya tak sebab update cerita ni ikut part? Haha. Mungkin korang akan geram dengan watak Nazhirin sebab tinggalkan wife dia macam tu je. Dan mungkin korang akan geram dengan watak Musyirah sebab senang sangat maafkan suami dia. Mesti korang akan cakap, macamlah tak ada public phone dekat situ. Kalau korang, mesti korang mogok seminggu baru nak maafkan, kan? Haha. So, this is it. Musyirah masih sedar yang dia seorang isteri dan redanya terletak pada suaminya. Memang tak bolehlah kan seorang isteri tu mogok dekat suami dia lama-lama. Nazhirin sedar akan status dia sebagai seorang suami yang mesti melindungi isteri. Dia tak henti-henti minta maaf. Korang nampak yang dia berjaya menjadi seorang suami yang baik, kan? Haha. Ulas cerita sendiri. Okey, nak jugak saya baca apa pendapat korang. Geram ke, rasa nak belasah Nazhirin ke. Atau nak membebel kat Musyirah ke. Anything. Komenlah ya? Hehe. Terima kasih. Jazakumullahukhairan. Barakallahufiikum.
Cerpen- Cinta Miss Troublemaker -Part 3-
“AWAK
ke yang lap lantai tu?” soal Musyirah. Nazhirin yang sedang menulis sesuatu
itu terus menoleh. Dia mengangguk lantas buku tadi diletakkan kembali ke atas
meja kerjanya. Dia bangun daripada duduknya dan berjalan ke katil lantas
tubuhnya direbahkan ke atas katil. Tangannya disilangkan ke bawah kepala.
“Dah
solat Isyak?” soal Nazhirin. Musyirah mengangguk.
“Good.
Please turn off the lights and close the door,” ujar Nazhirin. Tercengang
sejenak Musyirah dibuatnya.
“Itu
aje ke yang awak nak suruh saya buat?” soal Musyirah. Dia fikir ada perkara
penting yang hendak Nazhirin bicarakan. Nazhirin mengangguk.
“But
make sure you are in the room, not out of the room,” tokok Nazhirin. Bagai
tak cukup oksigen Musyirah menarik nafasnya pada ketika ini. Tangannya yang
ingin menekan suis lampu terus terhenti. Liur yang ditelan terasa kelat.
“Kenapa
saya kena duduk dekat dalam pulak? Tak naklah saya,” ujar Musyirah, gugup.
“Nawar
Musyirah, who’s the husband now?” soal Nazhirin. Musyirah mengeluh kecil.
“Yalah,
awak suami, saya isteri. Isteri kena taat kepada suaminya jika suaminya
berkata-kata ke arah kebaikan,” kata Musyirah. Habis diulang segala apa yang
pernah Nazhirin beritahu kepadanya suatu ketika dahulu. Suis lampu bilik itu
ditekan jua.
“Ingat
pun. Bagus. Okay, close the door and come here. Don’t forget to lock the
door,” tutur Nazhirin. Musyirah sudah berasa seram sejuk. Mama, apa semua
ni? Jangan-jangan... Haaa... tak nak! Syira tak nak, mama! Jerit Musyirah di
dalam hatinya.
Musyirah
menutup pintu bilik itu sebleum menguncinya. Sebagai tanda protes, sempat lagi
dia menyepak pintu itu. Nafasnya ditarik sebelum dia berjalan ke katil suaminya
itu. Kalaulah ini cuma satu mimpi, dia ingin bangun daripada lenanya sepantas
yang mampu. Tapi sayang, ini adalah realiti. Mujurlah lampu tidur bilik itu
terpasang. Kuranglah sedikit rasa tidak selesanya.
“What
are you staring at? Can’t you have your sit?” soal Nazhirin. Musyirah yang
sedang khusyuk termenung sedikit tersentak tatkala mendengarkan suara Nazhirin.
Musyirah
melabuhkan duduk di birai katil. Perasaannya cuba untuk dineutralkan tanpa
sebarang asid mahupun alkali. Setelah itu, dia duduk bersila di atas katil itu,
sengaja ingin menonjolkan rasa sebalnya. Lantaklah awak nak fikir apa-apa pun.
Saya tak kisah! Gerutu Musyirah di dalam hatinya. Wajahnya sudah kelat,
sekelat-kelatnya.
“Awak
nak apa?” soal Musyirah. Pantas dia menekup mulutnya, menyedari
keterlanjurannya. Dia berdehem beberapa kali. Suara monster mana pulak
ni? Seraknya! Seksalah aku kalau macam ni! Gumam Musyirah sekadar di dalam hati.
Bagaikan teringat-ingat kata-kata
Nazhirin terhadapnya dahulu.
“Suara
macam mana yang saya suka? Serak. Saya suka suara yang seakan-akan suara orang
yang baru bangun tidur. Suara serak-serak basah. Bagi saya, suara macam tu ada
tarikan yang tersendiri.” Itulah jawapan Nazhirin ketika dia bertanyakan suara
bagaimana yang disukai oleh Nazhirin. Seingatnya, pada ketika itu mereka secara
tidak sengaja terubah siaran kepada rancangan bercorak hiburan. Suaminya itu,
kalau bukan rancangan dokumentari, rancangan agama yang menjadi pilihannya.
Rancangan-rancangan bercorak hiburan, awal-awal sudah ditolaknya. Sejak
mendengar jawapan Nazhirin itu, dia tidak akan berbicara dengan Nazhirin sebaik
sahaja bangun daripada tidur. Nazhirin tanyalah apa-apa sahaja, selagi dia
belum membetulkan suaranya di dalam tandas, selagi itulah soalan Nazhirin tidak
akan berjawab.
Nazhirin
sudah bangun daripada pembaringannya. Dia turut bersila, menghadap Musyirah.
Jari telunjuknya digerakkan, mengarah Musyirah untuk duduk bertentangan
dengannya.
“Say
something,” kata Nazhirin. Musyirah sudah mengerutkan keningnya. Habislah.
Kalau dia tertarik dengan suara kau macam mana? Duga akalnya. Tak akan punya!
Tapi kalau ya pun apa salahnya, balas hatinya. Bibirnya mengukir senyum.
“Kenapa?
Nak cakap apa?” soal Musyirah. Nazhirin tersenyum. Suka mendengar suara
isterinya itu.
“I
want to hear your voice. Bunyi macam Syira nak sakit aje. Could you say
my full name and yours, with a word between our name?” kata Nazhirin. Musyirah
membesarkan matanya.
“Any
words?” soal Musyirah. Nazhirin menggeleng.
“No,
you can’t put any negative words such as hate,” tutur Nazhirin. Kalau macam
tu perkataan baik-baik ajelah yang tinggal? Apa ya? Gumam Musyirah di dalam
hatinya.
“Nazhirin
Syahran bin Mukhtar, emmm... Betul awak tak kisah perkataan apa-apa pun?” soal
Musyirah, menginginkan kepastian. Nazhirirn mengangguk, masih setia menanti
bicara Musyirah.
“Okay,
Nazhirin Syahran bin Mukhtar l-o-v-e Nawar Musyirah binti Khalil,” tutur
Musyirah. Sengaja dia mengeja perkataan ‘love’ itu. Nazhirin sudah
menarik lembut hidung Musyirah. Geram mendengarkan bicara isterinya itu.
“Hey,
when did I ever said that I love you?” soal Nazhirin. Musyirah menggosok
hidungnya. Mujurlah Nazhirin menarik hidungnya dengan lembut, jika tidak dia
akan menjalankan mogoknya. Hidungnya memang pantang disentuh. Tetapi jika
Nazhirin yang menyentuhnya, pantangnya itu dapat dikurangkan atau mungkin
dihapuskan.
“Tak
pernah pun. Saya cakap aje apa yang terlintas dalam kotak fikiran saya.
Lagipun, awak kata nama awak dulu, baru nama saya. But, I hope so,” kata
Musyirah. Suaranya semakin perlahan pada hujung ayatnya. Dia berdehem beberapa
kali, cuba untuk membetulkan suaranya.
“Or
actually, you did love me?” duga Nazhirin. Wajahnya didekatkan dengan wajah
Musyirah. Terus berubah cemas wajah Musyirah. Wajahnya ditarik ke belakang,
tidak mahu wajah Nazhirin terlalu hampir dengan wajahnya.
“Errr...
tak salah kan? Dah awak tu suami saya, mestilah saya kena cintakan awak kan? Kalau
saya cintakan orang lain, tak ke berdosa?” kata Musyirah. Bernas sungguh
jawapannya. Wajah Nazhirin ditolaknya. Boleh pula Nazhirin ketawa tatkala
wajahnya ditolak. Suka melihat reaksi Musyirah yang menggelabah itu.
“Kenapa
ketawa? Awak nak saya cintakan orang lain? Tak kisah?” soal Musyirah. Nazhirin
menjegilkan matanya.
“Berani?
If I ever saw that man. He is the first to be my victim,” ujar Nazhirin.
“As
long as Nawar Musyirah binti Khalil is a wife to Nazhirin Syahran bin Mukhtar,
she must always take care of her husband’s pride. Remember that dear?” soal
Nazhirin. Musyirah tersenyum dan mengangguk. Terasa seram sejuk pula apabila
Nazhirin menggunakan perkataan ‘dear’ itu.
Salah
satu perkara yang membuatkan Musyirah ingin menikahi Nazhirin ialah kerana
sikap Nazhirin. Dalam bicara suaminya itu, pasti akan diselitkan ilmu agama dan
sikap Nazhirin itu semakin lama semakin mampu untuk mencairkan hati wanitanya
yang sedia lembut.
“I
think that you are sicken because of the rain. Come, have your rest,” tutur
Nazhirin. Bantal yang berada di sebelah bantalnya ditepuk.
“In
this room? On this bed? Beside you?” soal Musyirah bertalu-talu. Nazhirin
mengangguk.
“Yes,
in this room, on this bed, and beside me. You know what? A wife’s place is
beside her husband,” kata Nazhirin.
“Okay,
my dearest husband. I’ll have my rest in this room, on this bed, and beside
you,” ujar Musyirah. Perkataan ‘beside you’ sengaja ditekankan. Dia
merebahkan tubuhnya. Nazhirin sudah tersenyum. Dia menyelimuti tubuh Musyirah
dengan comforter sebelum merebahkan tubuhnya di sebelah Musyirah.
“Thanks,”
ucap Nazhirin. Musyirah membuka semula matanya yang dipejamkan tadi. Dia
mengiring menghadap Nazhirin. Mata Nazhirin direnungnya.
“Untuk
apa?” soal Musyirah. Nazhirin tersenyum.
“Sebab
cintakan saya,” jawab Nazhirin. Musyirah membalas senyuman Nazhirin sebelum
memejamkan matanya kembali.
“Tak
ada apa-apa yang perlu diterima kasihkan. Perasaan sayang, suka, cinta itu
adalah sebahagian daripada perasaan saya terhadap awak. Perasaan daripada
seorang isteri terhadap suaminya. Perasaan daripada seorang kekasih terhadap
kekasihnya. Perasaan daripada Nawar Musyirah terhadap Nazhirin Syahran.
Perasaan daripada Miss Troublemaker terhadap suaminya, Mr Perfect.
Tapi Allah itu tetap Maha Sempurna.
Awak bijak berkata-kata. Setiap ayat yang
keluar daripada mulut ada makna yang tersendiri, ada pengajaran yang
tersendiri. Awak mengajar dan mendidik saya melalui kata-kata awak. Kata-kata
awak terus membuatkan saya jatuh cinta terhadap awak. Setiap bulan, setiap
minggu, setiap hari, setiap jam, setiap minit, bahkan setiap saat, sehingga
bumi berhenti berputar, selagi hayat dikandung badan.
Walaupun
perkahwinan yang kita bina tanpa dasar cinta meski penuh kerelaan, tapi awak
berjaya buat saya cintakan awak. Kata-kata awak, nasihat awak, bebelan awak,
ibarat irama yang indah di pendengaran saya. Irama yang sukar untuk saya temui
di tempat lain. Limited edition. Yang mana irama itu, hanya mampu untuk
saya dengar daripada awak.
Sikap
bertanggungjawab awak, prihatin, membuatkan saya semakin sukakan awak. Awak tak
pernah tunjukkan tu semua di khalayak ramai. Hanya saya yang merasai, tanpa
perlu dikongsi. Di hadapan orang lain, kita ibarat orang asing, yang
seakan-akan tidak mengenali antara satu sama lain, tapi kita tahu dekat mana
nak kita nak cari diri masing-masing. Pelik, but that’s the fact. Seriously...
from my... deepest heart, I...” Musyirah sudah berhenti berbicara. Ternyata
dia sudah lena.
Nazhirin
tersenyum. Dia tahu yang Musyirah berbicara dengan minda di bawah sedar. Maka
segala perasaan yang dapat dirasai tanpa disedarinya, akan diluahkan. Luahan itu
adalah luahan yang benar, tanpa sebarang helah yang mampu dicipta oleh akal
yang waras.
“Kau
dah kalah dengan dia, Naz. Dah kalah,” desis Nazhirin perlahan. Rambut Musyirah
dielus lembut. Musyirah memang memiliki raut wajah yang indah. Sepasang mata yang
bulat dengan iris matanya berwarna perang. Hidung yang agak mancung dan dua
ulas bibir merah yang terbentuk indah. Kulit Musyirah juga cerah.
Nazhirin
dapat merasakan badan Musyirah sedikit berbahang. Belakang tangannya dilekapkan
pada dahi Musyirah kemudian beralih pula pada kedua-dua belah pipi dan leher
Musyirah. Tangannya ditarik kembali.
Nazhirin
bangun daripada pembaringannya dan duduk di birai katil. Laci meja lampu tidur
dibuka lantas sepapan panadol diambil dan dikeluarkan sebiji daripadanya. Botol
air yang terdapat di atas meja itu turut diambil. Dia berpaling menghadap
Musyirah lantas bahu Musyirah digerakkannya.
“Syira.”
Nazhirin mengejutkan Musyirah daripada lenanya.
“Hmmm...”
sahut Musyirah, malas.
“Bangun,
makan panadol ni. Syira demam tu,” kata Nazhirin. Pantas Musyirah menggeleng.
Baginya, ubat itu adalah musush utamanya selain daripada Syaitan.
“Tak
naklah. Syira tak suka makan ubat,” gumam Musyirah. Matanya masih lagi
terpejam.
“Wake
up Musyirah,” kata Nazhirin. Musyirah masih menggeleng.
“Nawar
Musyirah binti Khalil, please wake up,” ujar Nazhirin, lembut. Musyirah
yang mendengarnya pantas bangun. Dia tahu, andai nama penuhnya sudah diseru,
maka dia sudah tidak boleh membantah. Suaminya itu, dalam ketegasan, masih
kekal nada kelembutannya.
“Abang
nak Syira makan ubat ni,” tutur Nazhirin. Jantung Musyirah terasa bagaikan
ingin melompat keluar tatkala mendengar pengucapan suaminya itu.
“Pardon?
Did you just adressed yourself with abang?” soal Musyirah. Nazhirin hanya
tersenyum.
“Eat
this,” kata Nazhirin. Ubat dan botol air yang sudah dibuka penutupnya
diserahkan kepada Musyirah.
“Tak
cukup air ni...” ujar Musyirah.
“Cubalah
makan,” kata Nazhirin. Musyirah mengangguk. Jika sebelum ini, abangnya yang
memaksa dia memakan ubat, dia masih boleh menolak. Tetapi kini, apabila lelaki
yang menggalas gelaran dan tanggungjawab sebagai suaminya yang memaksa dia
memakan ubat itu, apalah haknya sebagai seorang isteri untuk menolak? Lagipun,
memakan ubat itu adalah untuk kebaikan dirinya juga.
“Don’t
forget to recite basmallah,” pesan Nazhirin. Musyirah mengangguk lantas dia
melafazkan basmallah.
“Selawat
sikit,” tokok Nazhirin. Musyirah terasa seperti ingin ketawa. Pantas dikawal
mulutnya. Macam-macam yang Nazhirin pesan kepadanya. Musyirah memasukkan ubat
tersebut ke dalam multnya. Air yang ditelan buat kali pertama masih tidak mampu
untuk membawa ubat yang berada di dalam mulutnya untuk masuk ke dalam perutnya.
Musyirah
menekup mulutnya. Matanya sudah berair. Kepalanya digeleng laju. Nazhirin
beralih duduk di sisi Musyirah. Dia mengisyaratkan Musyirah supaya cuba untuk
menelan ubat itu sekali lagi. Tangan kirinya diletakkan di belakang leher
Musyirah dan bibirnya bergerak membaca sesuatu dengan perlahan.
Musyirah
mencuba lagi. Air di dalam botol kecil itu habis ditelannya. Mujurlah ubat itu
berjaya ditelan. Musyirah sudah terbatuk-batuk kecil. Nazhirin mengambil botol
yang dipegang Musyirah dan diletakkan kembali ke tempat asalnya. Dia mendapatkan
Musyirah. Kepala Musyirah disandarkan pada bahunya. Tidak semena-mena Musyirah
menangis.
“Kenapa
menangis ni?” soal Nazhirin. Musyirah mengesat air matanya.
“Ada
dua sebab. Pertama, sebab susahnya makan ubat! Kedua, sebab terharu. Pertama
kali kena peluk lepas makan ubat,” jawab Musyirah bersama senyuman nakal di
bibirnya. Kepalanya diangkat dan wajah Nazhirin dipandang.
“Awak
baca apa tadi sampaikan mudah untuk saya makan ubat?” soal Musyirah.
“Tak
ada apa-apa. Kalau nak mudah, minta Allah permudahkan. InsyaAllah, mudahlah
jadinya,” ujar Nazhirin. Musyirah mengangguk. Lama dia merenung lampu tidur
yang masih menyala sebelum Nazhirin memanggil namanya. Wajah Nazhirin ditatap
kembali.
“Mana
cincin nikah?” soal Nazhirin. Tangan kanan Musyirah dicapainya. Musyirah turut
memandang jari manis tangan kanannya itu. Bibirnya diketap rapat.
Berkerut-kerut dahinya memikirkan lokasi cincin itu berada pada ketika ini.
“Mana
cincin tu?” soal Nazhirin lagi. Nada suaranya sudah berubah. Musyirah memejamkan
matanya. Syira! Dekat mana kau letak cincin tu?! Jerit Musyirah di dalam
hatinya. Pantas Musyirah membuka matanya. Tangan kanannya ditarik daripada
genggaman suaminya. Langkahnya diatur laju menuju ke biliknya. Lampu biliknya
dinyalakan. Laci meja solek dibuka dan cincin nikahnya dicari.
“Mana
kau letak? Mana kau letak?” soal Musyirah sendiri. Beg sandangnya pula dibuka
dan diselongkar. Namun masih tidak dijumpai. Musyirah dapat merasakan seseorang
menghampiri dari arah belakangnya. Makin laju tangannya bergerak mencari cincin
nikahnya. Risau yang suaminya akan memarahinya.
“Why
on earth did you put this ring here?” soal Nazhirin sambil mengambil cincin
nikah yang tergantung pada penyangkut yang dipasang di meja solek itu. Pantas
Musyirah memandang wajah Nazhirin pada cermin meja solek itu. Dia melepaskan
nafas lega. Ya tak ya jugak kan? Kenapa dalam banyak-banyak tempat yang lagi
elok dalam bilik ni, dekat penyangkut tu jugak aku sangkut cincin tu? Bicara
Musyirah di dalam hati.
Nazhirin
mencapai tangan kanan Musyirah dari belakang. Musyirah memandang tangannya yang
berada dalam pegangan Nazhirin.
“Pakai
cincin ni, dan jangan pernah tanggalkan. Tanggal bila perlu sahaja,” ujar
Nazhirin sambil menyarungkan cincin yang bertatah tiga butir berlian itu pada
jari manis Musyirah. Musyirah mengangguk.
“Syira,”
panggil Nazhirin. Musyirah memandang wajah Nazhirin pada cermin meja solek itu.
“How
can I confess my feelings towards a woman that I love? She’s not my mum nor my
sister. But someone that I love,” ujar Nazhirin. Jantung Musyirah berdetak
laju. Takutnya dia untuk kehilangan Nazhirin. Ya Allah! Janganlah kau uji aku
dengan ujian yang seberat ini, tuturnya di dalam hati. Air mukanya cuba
dikawal.
“Cakap
ajelah yang awak cintakan dia,” jawab Musyirah. Mujurlah suaranya serak. Jadi,
tidaklah jelas getaran pada suaranya itu.
“Semudah
itu?” soal Nazhirin. Musyirah mengangguk.
“Ya.
Mungkin akan ada orang yang kata cara tu tak romantik. Tapi kalau saya, saya
suka cara macam tu. Apa-apa yang penting saya dapat baca keikhlasan dan
kejujuran orang tu, sewaktu dia luahkan perasaan dia. Cinta yang dia lahirkan
adalah cinta yang ikhlas kerana Allah. Bukan kerana kebendaan atau paras rupa.
Tak perlu bazirkan duit dengan membeli bunga, atau bawak ke restoran mahal
sebab saya rasa, semua tu akan lebih terasa manisnya jika dilakukan selepas
bernikah,” jawab Musyirah. Terasa erat tangan kanannya digenggam oleh suaminya.
Air matanya bergenang pada tubir mata. Pantas diseka dengan tangan kirinya.
“Syira.”
Nazhirin memanggil nama Musyirah buat kesekian kalinya.
“Hmmm,”
sahut Musyirah. Nazhirin memusingkan tubuh Musyirah supaya menghadapnya.
Musyirah memandang wajah suaminya.
“Are
you wondering who is the woman that I love?” soal Nazhirin.
“Of
course! Awak kan suami saya? Memang gilalah kalau saya cakap saya tak
cemburu dengan perempuan tu,” balas Musyirah. Beremosinya kau Syira! Kutuk
otaknya. Huh! Kisah ke? Apa-apa yang penting, aku tengah cemburu sangat ni!
Balas hatinya, geram. Nazhirin tersenyum. Kedua-dua belah tangan Musyirah
dicapai dan digenggam lembut.
“Tak
perlu nak cemburu dengan diri sendiri. Tak ada faedah pun,” tutur Nazhirin.
Musyirah sedikit terpinga-pinga. Baru sahaja dia ingin mengajukan soalan,
pantas Nazhirin memotong.
“You
are about to ask apa maksud abang? This is the answer. Syira, I’m
in love with you. You are the woman that I love. Nawar Musyirah, I love you.
Nazhirin Syahran loves you,” kata Nazhirin. Mata Musyirah membulat. Terasa
sesak nafasnya pada ketika ini. Pelbagai perasaan mengetuk pintu hatinya. Ingin
dihalau pergi, terasa tidak sanggup. Apabila dijemput masuk, rasa syukur
dipanjatkan ke hadrat Ilahi.
“Sejak
bila?” soal Musyirah.
“Sejak
pertama kali abang kenal Miss Troublemaker ni. Walaupun suka buat
masalah, clumsy, tapi Syira ada daya penarik yang tersendiri. You’re
acting lovely. Syira selalu buat abang tersenyum bila teringatkan Syira. Syira
selalu buat abang berperangai pelik bila teringatkan Syira. Syira boleh buat
abang tak tentu arah. Syira boleh buat hati abang menjadi panas dan sejuk dalam
sekelip mata,” luah Nazhirin. Musyirah mengangkat keningnya. Tidak percaya
dengan apa yang didengarinya. Baru pertama kali dia mendengar pengakuan seperti
ini. Pengakuan yang menyatakan bahawa sikap troublemaker-nya menyebabkan
dia disukai.
“Oh,
terima kasih untuk luahan perasaan yang sangat membahagiakan hati abang tadi,”
tutur Nazhirin. Musyirah sudah mempamerkan riak kebingungan.
“Syira
bercakap dengan minda dibawah sedar. Mungkin Syira tak ingat,” kata Nazhirin.
“Apa
yang Syira cakap?” soal Musyirah. Nazhirin tersenyum nakal. Dalam fikirannya,
dirancang satu rencana untuk mengenakan Musyirah.
“You
said, from your deepest heart, you love me,” kata Nazhirin. Musyirah
menjegilkan matanya.
“Did
I? Are you sure? Masa bila Syira cintakan abang? Tak pernah pun,” ujar
Musyirah. Dia sudah menarik tangannya daripada terus digenggam oleh suaminya.
Lampu biliknya ditutup dan dia mengatur langkah ke bilik suaminya.
“You
did say it to me,” kata Nazhirin sambil jalan beriringan dengan Musyirah.
“No,
I did not,” tegas Musyirah. Tubuhnya direbahkan ke atas katil dan
diselubungkan dengan comforter. Wajahnya yang sudah memerah turut
ditutup. Malunya! Sangkanya, apa yang dikatakan kepada Nazhirin itu cuma mimpi.
Namun, ia adalah kenyataan. Malunya!
“Yes,
you did,” tutur Nazhirin. Lampu tidur dimatikan. Tubuhnya turut direbahkan
di sebelah Musyirah dan dia mengiring menghadap Musyirah.
“Okey,
abang menang. Syira tak ingat,” balas Musyirah. Sambil membuka comforter
yang menutupi wajahnya. Nazhirin tersenyum kemenangan. Mata Musyirah direnung
dan anak rambut Musyirah dielus.
“Cinta
ini adalah anugerah Allah buat hamba-hambaNya. Cinta ini Allah pinjamkan kepada
kita. Jadi jangan lalai, dan jangan leka. Mencintai makhluk itu tiada
berkekalan dan tiada bahagia kerana makhluk akan binasa. Mencintai Allah itu
adalah yang terbaik. Cinta terhadap Allah itu pasti akan berkekalan kerana
Allah itu Maha Kekal. Tapi cinta yang dibina kerana Allah, InsyaAllah akan
mendapat keredaanNya. InsyaAllah, cinta yang dibina keranaNya pasti akan ada
bahagia. Syira, cinta ini ingin abang kongsikan bersama-sama Syira. Tak guna
jika terus disimpan. Abang cintakan Syira,” luah Nazhirin. Musyirah tersenyum
bersama-sama air mata gembira yang menitis. Air mata itu diseka Nazhirin.
“Syira
juga cintakan abang dan cinta yang kita bina kerana Allah,” tutur Musyirah.
Nazhirin mengucup dahi Musyirah. Musyirah memejamkan matanya, bersyukur dengan
nikmat Ilahi. Bersyukur dengan anugerah cinta yang diterima. Doanya, moga cinta
mereka akan terus berkekalan. Moga Miss Troublemaker dan Mr Perfect
mampu untuk kecapi bahagia yang diredai Allah.
MUSYIRAH
menghembuskan nafasnya buat kesekian kalinya. Jam dinding dan kalendar
dipandang bersilih ganti. Wajahnya ditekup dengan kedua-dua belah tangannya.
Dia jatuh terduduk di atas sofa. Kedengaran esakan kecil daripadanya.
‘Apa
salah aku, ya Allah?’ Seringkali, soalan itu yang terbit dalam benaknya. Sembab
sudah matanya akibat terlalu banyak menangis.
“Syira,”
panggil Aizat, perlahan. Musyirah melepaskan tekupan tangannya pada wajahnya.
Wajah Aizat dipandang.
“Kenapa
dia buat Syira macam ni? Mana dia abang? Syira ada buat salah dengan dia ke?”
soal Musyirah bertalu-talu. Aizat menggeleng. Dia sendiri pun sudah mati akal.
Sudah hampir dua minggu Musyirah berkeadaan begitu setelah Nazhirin tidak
pulang ke rumah.
“Dia
tak bagitahu Syira pun ke mana dia nak pergi, bila dia nak balik. Handphone
pun dia tinggalkan,” luah Musyirah. Dua minggu tanpa khabar mengenai suaminya,
hatinya menjadi kosong. Dunianya hanyalah di atas tikar sejadah dan juga
termenung.
“Syira,
makan ubat dulu supaya cepat sembuh. Syira kan tak sihat,” ujar Aizat. Pantas
Musyirah menggeleng.
“Abang
nak Syira makan ubat? Nak Syira sembuh? Sedangkan, Syira tak tahu keadaan suami
Syira
macam mana. Sihatkah dia atau sakitkah dia? Makankah dia? Tidurkah dia?
Ubat dengan Syira memang tak sepadan. Hanya suami Syira yang mampu buat Syira
berbaik dengan ubat. Kalau dia tak ada, memang tidak mustahil, tetapi sukar
untuk Syira makan,” kata Musyirah. Merah wajahnya.
“Syira
nak abang buat apa?” soal Aizat. Musyirah diam. Lama dia berfikir.
“Doakan
supaya suami Syira balik,” tutur Musyirah. Wajahnya diraup. Nafasnya ditarik
dan dilepaskan kembali.
“Temankan
Syira ke pasar raya,” ujar Musyirah.
“Syira
nak buat apa? Syira kan tak sihat. Kalau ada barang nak beli, biar abang yang
belikan,” tegah Aizat. Musyirah menggeleng.
“Temankan
Syira!” tegas Musyirah. Langkahnya diatur ke biliknya bagi menukar pakaiannya.
Aizat melepaskan keluhan. Musyirah sudah berubah. Tertekan sungguh wajah
adiknya itu.
Pesanan penulis: Assalamualaikum, :). Harap semua sihat. Okay, ini part 3. Harap-harap okeylah ya? Memang saya tak mampu untuk puaskan cita rasa semua orang. Tapi saya cuba sedaya upaya untuk hasilkan sebuah karya yang baik. Silalah tinggalkan komen korang ya? ^_^. InsyaAllah, malam ni, dalam pukul 10 hingga 11 saya masukkan part 4 ya? Part yang terakhir. Kalau ada yang masih sudi menanti, tunggu dan bacalah. Jangan lupa ya malam ni, :). InsyaAllah, kalau tiada aral, see you! Terima kasih, semua! Jazakumullahukhairan. Barakallahufiikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)