Total Pageviews

FIRST BABY

Friday, 6 January 2017

Isu Plagiat, Copy Paste, dan yang sewaktu dengannya.

Assalamualaikum, readers.


Posting ini mengandungi cerita yang sangat-sangat menyayat hati dan menyebalkan hati. Mohon baca dengan mata hati yaa. Tak mahu ada yang mengalami ketidakstabilan emosi pula selepas membaca. 

Semalam saya buka FB, news feed penuh dengan kawan-kawan penulis punya posting tentang isu copy paste di Beetalk. Istilah plagiat digunakan jika individu yang melakukan plagiat itu mendapatkan keuntungan daripada hasil peniruan mereka itu. Tapi hat yang copy paste novel penulis Malaysia ni, tepek dekat Beetalk tu, tak tahulah apa yang hangpa dapat. Nak fofular ke apa? Kira kalau hangpa dapat keuntungan dari segi kefofularan tu, kira plagiat lah juga, dak?

Saya tak nak tulis banyak tentang isu hak cipta. Budak sekolah rendah pun kalau baca muka surat depan sekali SEMUA novel yang diterbitkan either dalam bentuk hard copy atau soft copy (e-novel/ Wattpad) boleh faham ayat 'Hak cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana bahagian daripada terbitan ini diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukar dalam bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada PIHAK PENERBIT.'

Hangpa ni spesies yang mental lagi cetek dari budak sekolah rendah ka? Ke memang sejenis manusia yang tak appreciate buku? Buku dah mahal-mahal beli tu, pandai-pandailah belek dari kulit ke kulit.

Yang aku paling tak boleh brain ni, hangpa ni memang dah takdak kerja sangat ke dalam dunia ni sampai rajin sangat TAIP SEMULA hasil kerja orang lain tu? Aku ni pun nak taip balik blurb belakang novel orang lain sebab nak tengok berapa panjang blurb dia pun pikir sepuluh kali nak buat (aku nak tengok berapa panjang blurb tu sebagai rujukan nak buat blurb aku sendiri). Leceh hang tau dak? (guna aku sebab trlalu menyampah)

Tapi tak tahulah hangpa ni spesies advance sikit kot. Guna scanner ke kan. Buat kerja senang, fofular cepat. Followers siap beribu-ribu dowh! Kalah penulis sebenar novel tu. Uish, mudah hidup gitu~

Posting ni bukan dibuat sebab nak bagi ceramah ke perosak industri tu. Posting ni dibuat sebab nak bagi maklumat kepada umum.

Empat tahun lebih dalam bidang ni, saya rasa saya layak cakap tentang ini. Apatah lagi sifu-sifu, senior-senior lain dalam bidang penulisan. Mereka LAGILAH layak.

Menjadi seorang penulis, bukan kerja mudah. Dah empat tahun dalam bidang ni, saya kadang-kadang persoalkan, kenapa saya PILIH untuk jadi penulis?

SUMPAH susah!

Kau kena berhadapan dengan laptop berjam-jam, menghadap risiko rabun. Setiap tahun power cermin mata kau naik sebab asyik hadap benda tu. Disebabkan hari-hari kau menaip, maka kau kena hadap risiko Carpal Tunnel Syndrome. Sakit wooo, gua cakap lu. Tak kira lagi punggung kebas sebab duduk lama sangat. Tak kira lagi bab bila penyakit writer's block kau datang, kau duduk depan laptop tu, tenung skrin putih tu berjam-jam, satu perkataan pun tak muncul dalam kepala kau. Tak kira lagi bab kau tulis 100 muka surat pastu kau rasa tak best, pastu kau kena rombak, tulis semula.

Belum kira bab idea yang kena cari. Idea bukannya mai sendiri. Idea kena CARI! Mula2 awal2 kau menulis memanglah idea tu mai sendiri. Tapi kalau kau dah nak tulis 20 buku lagi, kau rasa semua idea untuk 20 buku tu mai sendiri ke? Tak dak makna!

Belum tambah duit yang dah dihabiskan untuk travel sana-sini, kutip pengalaman untuk dimuatnaik dalam buku, bagi hangpa yang baca ni semua experience secara membaca bagaimana berada di negara orang. Then, buat research. Contact orang itu ini, baca blog sana sini sebab nak dapatkan MAKLUMAT untuk menulis. Tu SEMUA tu PAKAI DUIT. Kredit, data, elektrik nak hidupkan laptop, cas fon, tablet. Hang ingat semua tu free ka? Bayar pakai air liur?

Pastu hangpa nak komplen penulis-penulis yang suruh hangpa delete thread novel depa tu GILA DUIT. Weh, ofkos lah depa gila duit. Depa dah belanja banyak kot untuk menulis sesuatu yang bagus. Yang berilmiah. Yang terbaik untuk pembaca2 depa.

Sampai hati kan hangpa kata penulis-penulis tu gila duit. Example dia ginilah ye, kau kerja potong rumput hari-hari, hadap cuaca panas, udara berhabuk, kereta lalu lalang, (ni pun belum kerja hardcore aku bagi ni). Kau bayanglaa kau buat kerja susah payah tahap macam tu, then bos kau tak bayar gaji kau. Kau tak dapat duit hasil daripada penat lelah kau. Kau tak rasa hangin ke? Kau tak rasa ke selama ni kau buat kerja bodoh, hadapi semua kesusahan tu, untuk kesenangan orang lain (which is, rumput yg panjang tk menyemakkan mata orang lain and dalam kes penulis ni, buat cerita yang best2 untuk pembacaan orang lain), kau tak dapat apa-apa pun untuk itu. Habis tu, kalau itu sajalah satu-satunya punca pendapatan kau, kau nak makan apa untuk hidup? Rumput?

Bayangkanlah, kalau apa yang hangpa buat tu, dah menutup periuk nasi seorang penulis dengan anak-anak yang seramai enam orang. Dengan menulis sajalah depa cari makan. Hang tau dak berdosa menganiayai hidup orang lain. Hang sedar dak?

Lagi satu, hang ingat penulis ni kaya ka? Harga novel mahal2 tu, penulis dapat 7% (bergantung kepada kontrak) je tau daripada harga tu. Paling2 tinggi pun 10% laa. Kalau satu novel harga RM 20, penulis dapat RM 2 saja tau. Tak kaya, beb. Tak kaya.

Pastu hangpa sesuka hati copy paste karya depa, up dekat mana2 tempat lain bagi orang lain baca. Pastu tak lakulah buku depa. Dahlah satu buku depa dapat RM 2 je. Hangpa yang buat kerja tak semenggah ni pun mak bapak bagi duit belanja gi sekolah RM5 sehari. Simpan lah seminggu RM5/hari dapat kutip RM25. Kalau hangpa simpan semua duit belanja hangpa tu, hangpa lagi kaya daripada penulis tau?

Okeylah, korang sebagai pembaca mungkin tak tahu semua kesusahan ini.

Tapi adanya posting saya hari ini, untuk memberitahu. Itu ialah benda2 klise yang penulis alami.

Jadi penulis, bukannya popular beb. Kau tengok je life dorang best sebab ada peminat semua, ada orang minta initial depa. TENGOK JE BEST. Kau tak tahu apa jerih-perih depa nak sampai tahap penulis tu. Nak hasilkan sesebuah karya bestseller.

Jadi penulis ni, lagi kena kecam, lagi kena hentam adalah. Kau tengok sajalah berapa ramai masyarakat Malaysia yang asyik nak menghentam novel tempatan. Bak kata peribahasa, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebab satu novel yang dihentam teruk kerana content tak bagus, habis novel2 lain dikait sama. Sebab seorang penulis, habis penulis2 lain dikondem sama. Walhal mereka lupa, semua manusia lain-lain. Adik beradik kembar pun ada perangai yang lain-lain, inikan pula yang tak ada ikatan darah langsung. Jadi semua novel berbeza-beza. Pembaca je yang tahu jenis yang mana nak dibaca, yang kena dengan jiwa.

Belum kira bab royalti tak bayar, manuskrip yang kena tunggu empat bulan untuk dinilai then kena tolak, novel kena kritik teruk. Menangis weh, menangis.

So kat sini, senang cakap, jadi PENULIS ni, tak senang. TAK SENANG LANGSUNG.

Jadi tak payahlah ye nak susahkan lagi hidup penulis ni.

Patutlah industri buku negara kita tak maju. Ketinggalan daripada negara Indonesia berpuluh2 tahun ke belakang. Sedih. Cukup sedih.

Salah satu sebab industri buku tak maju, sebab ada manusia2 malas membaca dan hadam ni lah. Hat muka surat depan sekali, part hak cipta tu pun susah nak baca dan hadam. Inikan pula nak suruh baca buku tebal-tebal. Mimpilah.

Saja nak cakap satu benda tambahan. Wahai pembaca2 ku yang baik hati sekalian, mohon kalian semak bahan bacaan kalian ya. Janganlah terlibat dengan bahan bacaan plagiat, cetak rompak (biasa berlaku dengan novel2 murah), copy paste ni. Kalau nak baca, teringin sangat nak baca novel tu, mohon keluarkan duit dan beli. Kalau tak mampu, pergi pinjam dekat library. Kalau nak mudah pergi dekat penulisan2u, bacalah cerita2 free dekat sana. At least, kau membaca benda yang halal. Benda yang sahih sumbernya. Janganlah sama-sama terlibat menutup periuk nasi orang dengan menggalakkan orang lain copy paste karya orang.

Ada beza copy paste dengan 'dapat-ilham-daripada'. Ada beza. Copy paste ni, walaupun kau sekadar tukar nama watak dengan latar tempat, latar masa, benda tetap copy paste. Jalan cerita sebiji2 sama. Agak2la. Orang tu penat2 menulis, hangpa sesuka hati cilok KARYA (bukan idea) depa. 'Dapat-ilham-daripada' ni, kau baca buku, kau tengok drama, then kau rasa ada something yang bagus (a few point/ilmu/scene tertentu) then kau guna point/ilmu/scene tu untuk menulis cerita dengan GAYA kau, dengan DIALOG dan NARATIF kau sendiri. Dengan jalan cerita kau. Beza tu, sayang. BEZA.

Apa yang dah berlaku ni, benda yang kami nampak. Benda yang boleh diakses RAMAI orang.

Apa yang sedang berlaku di belakang kami, kami tak tahu. Mungkin ada grup Telegram, grup Whatsapp untuk buat benda2 haram ni. Siapa tahu, kan?

Apa-apa pun geng, kau nak buat apa-apa sekalipun dalam dunia ni, benda pertama yang kau kena fikir, tanggungjawab apa yang kau kena pikul dekat akhirat sana. Semua manusia dipertanggungjawab atas perbuatannya di dunia. Walau sebesar zarah pun dikira. Kau bayanglah, kalau penulis-penulis ni tak maafkan kau. Pandai-pandailah cari depa dekat sana nanti. Selagi dosa kau dengan manusia tergantung, selagi tu Tuhan tak ampunkan kau. Pandai-pandailah ya.

Dan pembaca2 yang baik hati, kalau korang tahu ada kegiatan haram macam ni sedang berlaku melibatkan penulis kesayangan korang, roger2 lah. Sama-sama kita bangunkan industri buku. Industri buku takkan maju kalau tak ada pembaca. Pembaca ialah orang yang penting sebenarnya. 

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sekian.

Tamat bebelan panjang lebar.   

Cerpen- Hidayah Dia (Part 7)

Pesan penulis: Assalamualaikum, :). Hari ni tak ada apa-apa pesanan. Jemput baca, ^_^. 1 part to go. Maaf atas segala kekurangan.




            ENTAH sudah berapa lama aku merenung skrin telefon bimbitku ini. Mesej ini kuterima daripada Wardina.

            Sweetest family photo I’ve ever seen. I hope you’ll take time staring at him like what he did to both of you. He loves you. Really. (Sorry sebab lambat hantar gambar ni. Dah seminggu pun birthday Aryan berlalu)

            Paparan pada skrin telefon bimbitku kini menunjukkan gambar Aryan yang sedang mengucup pipiku dan kami menjadi perhatian mata Ihsan.Gambar ini diambil ketika sambutan hari lahir Aryan minggu lepas. Aku tak pernah sedar pun bahawa Ihsan yang sedang ralit berborak tu sebenarnya sedang memandang ke arah aku dan Aryan.

            What are you looking at?

            Suara itu kedengaran benar-benar dekat dengan telingaku lantas pantas tanganku bergerak menerbalikkan telefonku supaya skrinnya menghadap ke bawah.

            “Hmmm?” Aku buat-buat macam tak dengar akan apa yang ditanya Ihsan sebentar tadi.

            “Apa benda yang buatkan awak khusyuk sangat tenung telefon tu?” Ihsan memandang telefon yang berada di atas ribaku.

            “Kenapa nak tahu?”

            “Manalah tahu tengah tenung muka saya...” Ya Allah, perasan juga dia ni!

            “Dah, dah. Cepat, gate dah buka pun.” Aku terus memegang telefon bimbit di atas riba dan bangun daripada dudukku. Mata merenung Ihsan yang tak ada tanda-tanda untuk bangun daripada duduknya.

            I don’t feel like going to Malaysia without you guys...” Ihsan memejamkan matanya dan kemudian wajahnya diraup dengan kedua-dua belah tangannya. Kasihan pula aku melihat wajahnya pada ketika ini. Namun Ihsan bangkit juga dalam keengganannya.

            “Ihsan...” Aku mendongak dan memandangnya.

            “Kalaulah saya tak kerja, saya akan ikut awak tau?Tapi saya tak sampai hati untuk tinggalkan Dr Dave macam tu saja walaupun dia suruh saya ikut awak.”’

            Never mind. Dua minggu saja pun.” Ihsan mengukir senyum. Dua minggu saja? Dia ingat sekejap ke dua minggu tu? Aku mengalihkan pandanganku ke bawah.

           “Emmm, take care. Nanti dah sampai sana, call saya.” Itu pesanku buatnya.
 
            “Nuha.”

           Pandangan aku angkat kembali membalas pandangannya.

            “Hmmm?”

            Will you miss me?” Riak wajah Ihsan sukar untuk aku tafsirkan. Tetapi aku ada jawapan untuk persoalannya. 

            Badly, Ihsan. Badly.

            “Tak tahu.” Aku angkat bahu. Agak-agak jadi tak aku berlakon ni?

            Ihsan mengukirkan senyumannya.

           I know you will. Just take care of yourself and Aryan, okay?” Aku mengangguk.
 
            I love you. Both of you,” sambung Ihsan lagi.

           “Dah, better awak gerak sekarang.” Tangan kanan Ihsan kucapai sejurus selepas aku menutur bicara itu. Belakang tangannya itu kukucup. Memang aku sengaja hendak lari dari topik hati dan perasaan begini.

           Nice starting.” Ihsan senyum pandang aku selepas tangannya aku lepaskan.

           “Baik awak pergi cepat. Kalau tak nak, biar saya yang pergi dulu.”

            Okay, you go first.” Nampaknya Ihsan bersetuju dengan cadangan aku sebentar tadi. Oleh kerana tak tahan berada dalam keadaan yang menggugat hati dan perasaan sebegini, maka aku ambil keputusan untuk pulang dahulu.

            Langkah terus kuatur menuju ke luar lapangan terbang ini. Sikit pun aku tidak menoleh ke belakang. Sebab aku tak mahu jika tiba-tiba aku menjadi emosional.

            Hati sebenarnya sejak tadi lagi terasa gusar semacam. Takkanlah tak sampai lima minit berjauhan kau dah rindu, Nuha? Sedarlah sikit.

            Semakin jauh aku melangkah, semakin hatiku terasa tidak selesa. Lambat-lambat aku memusingkan kembali tubuhku.Mata cepat sahaja mengesan susuk tubuh Ihsan yang sedang berjalan semakin jauh meninggalkanku.

            Kaki melangkah. Pada mulanya agak perlahan kerana aku masih ragu-ragu. Namun semakin lama semakin laju sehinggakan aku tidak sedar bahawa aku sedang berlari di dalam lapangan terbang itu.

            Tubuh Ihsan terus kuterpa dengan pelukan erat dari arah belakang. Langkah kakinya terus terhenti.

            I forgot to tell you something...

            “Nuha?” Nada suara Ihsan kedengaran seperti dia sedang terkejut. Tanganku yang sedang merangkul pinggangnya, disentuhnya.

            I will miss you, Ihsan. Badly.” Pelukan pada tubuh Ihsan aku eratkan lagi. Mata dah terasa panas. Kenapalah lama sangat aku seksa diri aku? Seksa Ihsan?

            Sorry?” Suara Ihsan lebih kepada nada ingin menyakat pada ketika ini. Tawaku terlepas. Air mata sudah jatuh dari tubir mataku.

            I will miss you, Ihsan. Really, really miss you.I can’t hate you the same way I hate Zachary. I’ve tried but I can’t deny these feelings that had always been in here  for you, since the first day I saw you. I’ve been missing you the same way Aryan miss you when you were avoiding me. I can’t even answer the question why can’t I stop thinking and worrying about you, Ihsan. I hate Zachary, but I love you, Ihsan. I love who you are when you have your faith with you. I love you so much, Ihsan.

            Pelukanku pada tubuhnya, dia leraikan. Kemudian, dia berpaling menghadap aku. Aku mendongak memandangnya apabila tangan kanannya menyentuh pipiku lalu mengesat pipiku yang basah. Bibir yang tadinya aku kebam erat perlahan-lahan menarik senyum kecil membalas senyumnya.

            I hate it to tell you that I’ve been torturing us since the first time I saw you from my room, through the window,” tuturku perlahan. Tanpa berkata apa-apa, Ihsan terus menarik aku ke dalam pelukannya dan aku dengar betapa dalamnya nafas yang dia hela.

            Thank you, Nuha. Thank you so much.” Suaranya kedengaran berat sekali. Seakan-akan dia sedang menanggung sebak. Pelukannya aku balas dengan harapan agar air matanya tidak jatuh.

            Lama kami begitu. Aku dapat mendengar rentak pernafasannya yang semakin normal, tanda dia semakin tenang.

            You should go now, Ihsan,” bisikku perlahan.

            I will miss you and Aryan.” Pelukan dia leraikan setelah menutur bicara itu.

            So do us. Go, now.

            Take care.” Hujung hidungku dicuit Ihsan. Aku tersenyum.

            You too.” Ihsan menarik bagasinya dan berlalu pergi. Aku sekadar menghantar dengan pandangan mata. Tuhan, aku pasti merinduinya.

           
            Hai awak!

            BIBIRKU mengulum senyum melihat mesej yang kuhantar melalui Whatsapp. Sekejap sahaja, sudah dibaca oleh orang di sana. 

            Awak nampak handsome sangat hari ni! Awak rindu saya tak? Saya rindu awak sangat-sangat!

            Dan tak perlu tunggu lama, tanda tick berwarna biru muncul.

            Budak niii...

            Aku tersengih membaca balasan mesejnya.

            Disebabkan saya tengah rindu awak sangat-sangat ni, jom kita date? Dapat makan Magnum best jugak ni.

            Aku menghantar lagi mesej kepadanya. Pandangan kuangkat daripada skrin lantas aku memandang gerak-geri manusia berbaju T biru lembut dan berkardigan lengan panjang biru gelap yang duduk sejauh dua puluh meter daripadaku. Dapat kulihat bibirnya mengulum senyum dan kemudian dia mengubah posisi duduknya daripada bersandar kepada menegak dan kedua-dua belah tangannya yang sedang memegang telefon diletakkan di atas meja di hadapannya. Matanya masih khusyuk menatap telefon.

            Aku memandang kembali telefonku apabila bunyi burung bersiul kedengaran.

            Magnum apa sejuk-sejuk kat sana tu?

            Tak cair langsung ke dengan ucapan rindu aku? Haish, tak boleh jadi ni.

            Skrin kusentuh bagi merakam suaraku.

            “Awak, saya rindu awak ni. Rindu sangat-sangat. Tak nak ke date dengan saya?”

            Rakaman itu terus kuhantar.

            Pandangan kualih lagi ke arah manusia itu. Dia ketawa. Ahhh, rindunya aku nak dengar gelak dia!

            Dah, pergi buat kerja tu. Suruh Dave potong gaji baru tahu.

            Ada hati nak pengaruh abang dia? Pengaruh aku kepada Doktor Dave tu lagi kuatlah. Kuat sikitlah.

            Yalah, awak.... Betul tak nak Magnum ni? Tak menyesal?

            Aku memberikan balasan lagi.

            Budak ni kannn...

            Aku ketawa membaca balasannya lantas telefon kusimpan ke dalam beg tanganku dan aku bangun daripada dudukku. Manusia berkardigan biru gelap itu terus kudekati dari arah belakangnya. Kalau ini bukan Malaysia, dah lama aku peluk dia dari belakang.

            Jadi, disebabkan aku di Malaysia, maka tanganku bergerak merampas telefonnya dari belakang disusuli dengan bicara, “Tak sangka awak tak sudi nak date dengan saya... Harap muka saja handsome, tapi awak sombong!”    

            Dia berpaling ke belakang dan aku tidak tahu bagaimana harus aku tafsir air mukanya sekarang. Dia terus bangkit berdiri dan tangan kanannya terus bergerak merangkul pinggangku dan terus sahaja dia menarik aku pergi dari situ. Mataku tidak dapat lepas daripada memandang senyum pada bibirnya yang cantik.

            “Nakal!” Perkataan pertama yang tercetus keluar daripada bibirnya setelah hampir tiga minit masing-masing senyap. Bicara itu disertai dengan pandangannya yang singgah pada wajahku. Aku tak dapat nak tafsir jenis pandangannya yang ini.

            Aku menarik sengih, “Kata tadi tak nak date? Kalau dah cakap, mana boleh tarik balik. Saya saja datang tegur awak tadi, nak cakap goodbye.

            Tangan kirinya naik menarik lembut hidungku, “Rezeki bila dah sampai depan mata, tak elok tolak tau, anak-anak?”

            Aku ketawa.

            “Habis tu sekarang ni macam mana?”

            “Disebabkan tawaran date awak dah tutup, saya pulak nak ajak awak date sebab rindu awak pada saya tak setanding rindu saya pada awak yang dah bertahun-tahun saya pendam ni. Awak sudi tak date dengan saya?”

            “Orang tua niii, ingatkan keras hati sangat. Nak Magnum.” Ihsan ketawa setelah mendengar permintaanku itu.

            This one is more than Magnum.

            “Apa?”

            “Tengoklah nanti. Nak date tak ni?” Laju aku mengangguk.

            So, follow me. And by the way, thank you sebab awak rindu saya sangat-sangat dan datang ke Malaysia untuk mengubat rindu saya.”    

            “Yalah, hati orang tua ni kena pandai jaga,” tuturku. Dia sekadar tersenyum.

            “Aryan mana?”

            “Dengan abang. Abang tu rindu sangat dengan dia. Aryan pun okey saja bila kena tinggal dengan abang. Sebab tu boleh keluar macam ni. Kalau tak, Nuha ingat nak bawa Aryan sekali. Tak best tau kalau pergi mana-mana tak bawa anak.”

            You have that mommy-like sound now.” Ihsan ketawa perlahan selepas menutur bicara itu. Aku mengerling memandangnya sekilas.

            Of course-lah. Takkanlah daddy-like sound pula...”


            “HMMM?”

            “Hmmm...”

            “Betul-betullah.”

            “Siapa yang main-main?”

            “Masalahnya kan benda ni untuk budak-budak.”

            Tanpa berkata apa-apa pun, dia terus menarik aku dan mendudukkan aku di atas buaian tersebut. Tak sempat aku nak bangun atau berbuat apa-apa, aku mula melayang ke udara. Mulut mulalah nak menjerit sebab aku rasa dah lebih sepuluh tahun aku tak naik benda Allah ini.

            “Ihsan! Ihsan!”

            Ihsan boleh selamba mentertawakan aku. Ya Allah. Aku dah separuh nyawa kena tolak dengan dia laju-laju macam ni, dia boleh buat selamba saja? Aduhh, boleh terkeluar balik segala Magnum yang aku makan tadi.

            “Dahlah, awak. Malulah saya orang tengok. Please...

            “Kalah takut budak-budak bila naik buai...”

            “Saya dah lebih sepuluh tahun tak naik buaian ni, tau? Mana tak rasa nak tercabut jantung? Awak nampak tak uncle tu pandang saya macam nak penggal kepala saya?”

            “Langkah mayat saya dulu tau, nak penggal kepala awak.”

            “Ewww, romantiknya! Cepat-cepat, hentikan semua ni. Kalau awak tak hentikan buaian ni, saya lompat,” ugutku.

            “Berani ke?” Oh, tak percaya. Nanti aku lompat, dia yang menangis. Maka, dalam rasa gementar yang melangit, aku bersedia untuk melompat apabila tiba masa yang sesuai. Dah tiga kali agaknya aku terlepas sebab aku takut salah mendarat.

            Akhirnya setelah empat kali terlepas, barulah aku melompat. Aku tak tahu waras atau tak tindakan aku ni. Tapi dapatlah jugak merasa macam mana rasanya bergolek atas rumput tu.

            Aiyooo! Adik, adik okey kaaa?” Aku dapat mendengar suara seorang pak cik melaung dari jauh. Automatik selepas itu aku terus bangun dan duduk daripada kedudukan memalukan aku. Hei, aku rasa semua orang tengah pandang aku. Salah Ihsanlah ni.

            Aku pandang ke sebelah kanan. Nampak uncle yang merenung aku macam nak penggal kepala aku tadi sudah semakin dekat kepada aku. Dialah yang melaung kepada aku tadi.

            “Adik, adik okey kaaa?” soal uncle berbangsa India dan berkulit cerah seperti Melayu itu. Aku dapat tahu dia berbangsa India, sudah tentulah kerana pelat bicaranya.

            “Saya saja nak practice jumping skill saya, uncle.” Tak semena-mena aku terdengar tawa kecil terletus dari sisi kiri aku dan aku kenal sangat-sangat tawa itu milik siapa.

            “Aiyoyo. Sikit lagi golek, masuk itu tasik. Susah saya nanti.”

            “Tak apa, uncle. Tak masuk tasik lagi ni. Uncle jangan risau. Saya okey.” Okeylah sangat. Badan sebenarnya rasa pedih-pedih macam baru lepas bergolek atas jalan tar.

            “Jaga diri baik-baik, adik. Nanti masuk hospital susah.”

            “Ya, uncle. Thank you, uncle.” Aku mengukir senyum kepada pak cik itu.

            Mr Green.” Dan aku pelik yang teramat apabila melihat dia memandang Ihsan di sebelah kiri aku dan tunduk sedikit sebelum menyapa Ihsan. Dahlah panggil Ihsan, Mr Green. 

            Tiba-tiba belakang tubuhku dan bahuku sudah ditutupi kardigan biru gelap. Ni aku menyampah ni. Bila aku nak merajuk saja, mesti tak menjadi sebab ada saja perkara baik yang dia buat.

            My wife, Uncle Raja.” Air muka pak cik itu berubah seratus peratus.

            Your wife? Oh, Mr Green buli isteri sendiri. Aiyooo, kesian sama dialah, Mr Green.”

            “Tak apa, dia memang suka lompat-lompat macam tu.” Banyaklah Ihsan punya suka!

            “Okeylah, Mr Green. Saya sambung kerja saya.”

            “Okey, Uncle Raja.” Pak Cik Raja terus berlalu. Oh, barulah aku tahu bahawa Pak Cik Raja itu bekerja di sini. 

            Best tak bergolek?”

            Best sangat-sangat. Nak try?

            “Dah, bangun.” Aku bangun juga akhirnya. Dia tarik aku dan kami membuka langkah berjalan bersama-sama. Aku sempat membelek siku tangan kanan yang terasa pedih semacam. Patutlah, baju aku dah terkoyak pun dekat bahagian siku.

            “Ihsan...” Aku berhenti melangkah dan aku buat muka sedih sambil tunjuk siku aku pada dia. Adalah juga luka sebesar duit sepuluh sen. Tak fasal-fasal berparut siku aku nanti.

            Ihsan juga ikut berhenti dan memandang luka aku sebelum tangan kanannya naik menyentuh luka itu. Rumput dan pasir yang melekat di situ dia bersihkan dengan tangannya.

            Aku tahu banyak mata yang memandang kami. Yalah, logik tak bila berhenti tengah-tengah jalan macam tu lepas tu sibuk nak pegang-pegang. Ni Malaysia, kot! Tapi aku tak kisah pun, mata orang biarlah dia orang nak pandang pun. Yang penting aku tak buat dosa. Dan bukannya orang lain boleh nampak pun siku aku yang terdedah sikit ni dan bukannya orang lain nak sangat pun tengok siku aku yang dah buruk ni. 

            “Lain kali jangan nak berani sangat buat macam tu. Masuk tasik tu saya tak tolong tau?” Ihsan tarik senyum. Aku mencebik.

            “Tak ada lain kali dah, eh? Serik dah, serik.” Kami menyambung kembali langkah kami setelah selesai urusan dia dengan luka aku.

            “Awak takut apa sebenarnya naik buai tu?”

            “Bukan takut, eh? Dia macam lebih kepada nervous sebab dah lama tak naik buai.”

            Ihsan memaut bahuku dengan tangan kirinya.

            “Marah ke?”

            “Ingat nak mogok tadi. Boleh pula awak gelakkan saya masa saya tengah cakap dengan uncle tu. Jahat tau?” Ihsan ketawa.

            That excuse sounds cute lah.”

            “Yalah tu.” Aku tarik kardigan milik Ihsan pada tubuhku itu agar menutup bahagian hadapan tubuhku. Kotor juga baju aku rupanya.

            Aku memandang Ihsan di sebelah lantas tersenyum walaupun dia tak pandang aku, “Thank you for this cardigan. Lepas dapat kardigan ni terus tak jadi nak mogok dah.”

            Ihsan senyum tanpa memandang aku.


            AKU tak pernah jangka pun yang benda macam ni akan terjadi. Tapi tak adalah aku tak pernah fikir yang benda macam ni akan jadi. Tapi masa aku fikir tu tak adalah aku anggap benda ni akan betul-betul jadi. Hish, entah apa-apanyalah ayat aku ni.

            Tipulah kalau aku cakap aku tak sakit hati. Jujur, aku menyampah sangat bila hari-hari benda dengan tujuan yang sama masuk ke dalam telefonku. Si psiko ni pun satu. Tak ada kerja agaknya nak buat aku menyampah dengan dia. Profile picture pun letak gambar tengkorak. Padan sangatlah dengan perangai.

            Tapi walau apa-apapun usaha yang si psiko ni dah buat, aku masih hidup macam biasa. Maknanya, usaha si psiko itu tak menjejaskan kehidupan aku lagi buat masa ni, hanya hati aku sajalah yang dah berjaya si psiko tu usik.

            Disebabkan frust yang aku dah tahan selama seminggu ni, maka aku merajinkan diri untuk bangun daripada dudukku dan mendapatkan abang ipar aku di bilik rawatan sebelah.

            Can I talk to you, before you leave?” Aku tarik muka simpati kepada Dr Dave yang sedang khusyuk dengan komputer di atas mejanya.

            Come in.

            Aku terus masuk dan duduk di kerusi yang tersedia, bertentangan dengan Dr Dave. Tak menunggu lama, telefon aku letakkan di atas meja dan aku tolak ke hadapan Dr Dave. Wajah aku topangkan dengan kedua-dua belah tangan di atas meja Dr Dave. Disebabkan dia dah lama jadi abang ipar aku, selamba sahajalah aku dengan dia.

            Do you know this woman?” soalku. Wajah aku, memang dapat aku rasakan betul-betul tak bermaya kini. Memanglah aku pernah nampak muka perempuan tu dulu, tapi aku tak kenal siapa perempuan tu.

            Dr Dave mengambil telefonku dan kemudian dia memerhatikan skrin telefonku itu.

            Nuha, this is my brother back then. When he was in the university. It was a long time ago.

            I know. I’m not questioning Ihsan. We dah married for two and a half years kot. I am just wondering who the psycho is.

            She’s Samantha Long. She was close to Ihsan in the college, but just as a friend. As far as I knew, Ihsan had a few girlfriends when he was a kid, when he was in high school but Ihsan had no one special in his life when he was in the university except you.

            Okeylah, cerita ni aku dah tahu. Ihsan sendiri dah bagitahu kat aku. Tapi aku tak berapa boleh nak hadam macam mana perhubungan kawan antara Samantha dengan Zachary aka Arifihsanni membolehkan mereka rapat macam kekasih. Tiba-tiba pula aku menyampah dengan suami sendiri lepas dah tengok gambar-gambar tadi. Teruk betul kau ni Nuha. Tadi kata tak nak pertikai fasal Ihsan.

            Why is she sending me this pictures?

            I don’t know. But she is not supposed to know about you since you guys got married in Malaysia. How did she get your number?

            Urgh. I feel like vomiting now.” Kepala terus aku daratkan di atas meja. Memang ketara tanda-tanda stress aku sekarang ni.

            Have you told Ihsan about this?

            No. He’s in Malaysia with Aryan.

            So when will you tell him? Or do you want me to tell him?

            No, I’ll tell him myself, maybe later, when he is back.

            Okay. Just don’t think about this too much, okay?” Dr Dave menolak kembali telefon milikku kepadaku.

            I’ll try not to. Thanks, big brother.” Telefon kuambil semula dan aku terus bangkit daripada dudukku.

            Anytime, Nuha.

            Setelah itu aku terus berlalu keluar dari klinik sementelah waktu bekerja pun dah tamat. Hati dahlah tengah sakit. Kalau ada Aryan bolehlah terubat sikit walaupun Aryan sekarang ni dah pandai buat geng dengan daddy dia.

            Sebelum memulakan pemanduan untuk pulang ke rumah, sempat aku periksa lagi telefon aku. Mesej baru daripada si psiko. Aku rasa dia ni mesti bersusah payah selongkar gambar-gambar lama dia dengan Ihsan sebab nak sakitkan hati aku kan? Gila betul. Entah apa-apa perangai.

            Aku nak tengok apa lagi permainan si psiko ni.

            Mata memerhatikan gambar screenshot daripada laman instagram milik samanthagreen yang dia hantar kepadaku. Samantha Green lah sangat! Geli tekak aku. Samantha Long tu, Long saja la.

            Mata aku terbeliak sekejap bila nampak gambar si psiko dan Ihsan sedang layan Aryan bermain di taman. Taman aku dengan Ihsan pula tu! Dapat aku lihat post instagram itu tertulis, “Met my loved ones today in Malaysia. We spent a lot of quality time together, all this day. Thank you, sweetheart for this date. You are amazing as always. And our son is cute, just like me.

            Lepas sahaja aku baca caption tu aku tak tahulah aku nak menangis ke nak menjerit ke nak terkebil-kebil ke. Tapi rasa macam aku pun dah nak jadi gila macam perempuan tu. Aku yang lahirkan Aryan, suka hati dia yang busuk tu saja cakap tu anak dia! Dahlah samakan muka Aryan dengan dia. Perempuan ni meroyan ke apa? Kemaruk sangat nak anak?

            Aku paling tak boleh tahan apabila aku dapat baca segala komen yang orang lain beri. Dahlah dapat likes sampai tujuh ribu guna gambar suami dan anak aku. Lepas tu orang lain pun cakap tahniah sebab kahwin dengan Zach, tahniah sebab ada anak, teruja sebab anak aku tu comel. Dan dengan bangganya dia komen, thank you, look who’s the mum.

            Blergh! Memanglah anak aku tu comel. Dah nama pun anak aku. Aku sepak juga perempuan ni kalau aku jumpa dia. Menyampahnya aku!

            Masa hati tengah marah nilah tiba-tiba telefon keluarkan lagu Open Your Eyes nyanyian Maher Zain. Insaf sekejap aku. Perlahan-lahan aku menutur istighfar. Panggilan daripada Dina yang masuk itu aku abaikan. Bukannya apa, aku takut termengadu dekat Dina saja. Dahlah Dina tengah sarat mengandung anak pertama dia. Tak fasal-fasal dia terberanak dengar masalah aku nanti.

            Selepas nada dering itu tamat, baru sahaja aku mula bertenang, keluar lagi suara Maher Zain. Kali ni lagu For The Rest of My Life. Dan kali ini, tak sampai sebaris pun Maher Zain menyanyi, aku terus tolak panggilan tersebut. Sungguh, inilah pertama kali selama dua tahun lebih aku dah kahwin, aku tak bagi peluang Maher Zain menyanyi lagu tu.

            Nombor telefon Dr Dave aku dail. Tak tunggu lama, panggilan terus bersambung.

            I need three days leave. Please.

            Okay. But...

            Aku terus matikan talian tanpa memberi peluang untuk dia bercakap. Selepas itu, telefon terus sahaja aku matikan. Sebab aku yakin suami aku akan call selagi tak dapat bercakap dengan aku.