Total Pageviews

Sunday, 30 November 2014

SENYAP!

Assalamualaikum, :D.

Lain macam betul tajuk. Haha. Harap readers sihat, :).

By the way, blog ni senyap sunyi sepi aje belakangan ni, kan? Hehe.

Cik writer buat apa tu?
Cik writer pergi mana tu?

Heee, saya tak jalan-jalan pun. Ada aje di rumah.

Laa, kenapa tak update blog?

Sibuk. Hahaha.

Sibuk apanya... Cuti sekolah dah.

Sibuklaaa. JIYKP sudah ditamatkan. Tapi, saya tetap perlu rombak bab2 tertentu. Bila baca balik, amatlah tak semenggah ya cara saya menulis dua tahun dulu. Haha. Ada lagi 200 lebih muka surat menanti nak dirombak. Sampai tergadai tidur saya.-_-

Maka, fahamlah readers kenapa blog ini krik krik yang amat. Saya tahu, tak ada pembaca yang akan suka penulisnya sekejap on, sekejap off. Rasa nak tendang cukup-cukup aje, kan? Dahlah kita nak tahu sambungan cerita yang penulis tu tulis. Penulis tu pulak buat hal tak nak update blog dia.

Saya minta maaf. Habis sahaja sesi rombak merombak, insyaAllah, blog ni akan bernyawa semula.

JIYKP mungkin akan diubah tajuknya. Sebab saya rasa nak ubah.

Jalan cerita sama tak?

Jalan cerita masih sama. Cuma ada beberapa perkara yang saya ubah. Contohnya macam ni la, watak tu jumpa dengan watak ni. Sebelum dirombak, cara mereka berjumpa, cara A. Selepas dirombak, cara mereka berjumpa saya ubah kepada cara B. Haaa, harap2 fahamlah ya.

Untuk pengetahuan readers, saya dah tarik balik proposal SS. Dan... Saya takkan hantar ke mana-mana syarikat penerbitan dalam tempoh dua tahun ni. Saya akan perapkan SS. Tak tahu sampai bila. Tapi kalau ada DUA PULUH permintaan DARI HARI INI SEHINGGA 29 MEI 2015 untuk saya masukkan SS dalam blog, SAYA AKAN MASUKKAN. Sebab itu novel remaja, maka saya tahu, tak akan ramai yang meminta. Haha. Tapi kalau betul, cukup DUA PULUH PERMINTAAN dalam tempoh yang saya tetapkan itu, maka saya akan tunaikan kata-kata saya. Sungguh ni.

Sampai sini aje watikah saya untuk kali ini. Hari ni tak ada entry. Maaf sangat-sangat. Sebab saya punya fokus just utk JIYKP. JIYKP siap, saya akan masukkan dalam blog atau mungkin dalam ILHAM KARANGKRAF, dengan tajuk yang baru. InsyaAllah. Harap maklum.

Thanks 4 reading. May Allah bless us. Assalamualaikum, :).

No comments:

Post a Comment