Total Pageviews

FIRST BABY

Saturday, 31 December 2016

Selamat Tahun Baru!

Assalamualaikum, :).

Saya update blog ni semata-mata nak wish Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca, ^_^. Semoga tahun yang baharu ini akan mengubah kita menjadi insan yang lebih baik, :).

Hari ni hari Sabtu. Hari yang sepatutnya korang habiskan masa korang untuk tatap RUN. Tapi sayaanggg, hari ni tak ada update untuk RUN.

Sebabnyaaa...

Saya tak tepek teaser lagi dekat FB. Huhu. Ingatkan nak tepek semalam, after attending my driving class. Then suddenly dapat berita yang atuk saudara saya meninggal dunia. So rushing balik kampung. Laptop tinggal dekat rumah coz I know kalau bawak pun memang takkan buka since dah berkumpul ramai-ramai satu family besar. Maka tergendalalah niat nak menepek teaser dekat FB tu.

So malam ni saya tepek teaser dekat FB. Next Saturday barulah ada update baru untuk RUN Bab 5. Mohon semua bertabah.

Oleh kerana berita sedih nan satu itu dan saya tak nak kita bersedih pada ambang tahun baru,

Maka saya pun bersetuju dengan kata hati saya untuk update next part untuk cerpen HIDAYAH DIA. Yeay!

Jadi, tunggu update daripada saya, :).

Again, selamat tahun baru, ^_^!

Thursday, 29 December 2016

Cerpen- Hidayah Dia (Part 5)

Pesan penulis: Assalamualaikum, :). Late night update again! Been really busy, writing, driving classes, baking and stuffs. I am starting this update from the ending of the previous part so that it'll be easier for you guys to recall things. So, enjoy reading, ^_^.



            Tak semena-mena, lengan kiriku ditarik. Langkah terpaksa aku hentikan.

            Look at me.

            Aku berpaling juga. Akur. Air mata aku seka sebersih-bersihnya. Lengan yang masih berada dalam genggamannya kupandang.

            Look at me.” Sekali lagi, dia mengulangi bicaranya. Pandangan aku alihkan kepada wajahnya. Tapi dia tak katakan apa-apa. Aku tak tahu apa yang dia nak buat. Tapi tangan kirinya bergerak menyentuh rambutnya dan dia menarik rambutnya ke tepi dan menyisirkan rambut itu rapi. Nyata, berbeza betul rupanya apabila gaya rambutnya diubah.

            Kemudian tangannya itu beralih memegang kaca matanya sebelum kaca mata itu dia tarik dan pegang. Aku tersentak. Bertambah terkejut apabila sepasang matanya menikam tepat anak mataku. Barangkali refleks spontan, terus sahaja aku menyentap lenganku daripada genggamannya.

            “Z... Zach.”

            Dan aku tak tahu aku waras atau tak apabila tiba-tiba Ihsan tu aku samakan dengan Zach. Astaghfirullahalazim... Aku berundur beberapa tapak ke belakang. Tapi memanglah tu Zach, kan? Lalu terus aku berpaling dan berjalan tanpa menoleh lagi. Ihsan itu... Zach?


            MAKNANYA suara mereka yang sama itu bukan suatu kebetulan? Dan selama ini Ihsan sengaja memakai cermin mata tanpa kuasa ini untuk menghalang warna matanya dilihat jelas? Ya, baru aku perasan dua hari lepas. Ihsan memiliki iris mata berwarna kelabu. Sama seperti Zach. Benarlah Ihsan itu Zach?

            Kaca mata dalam peganganku ini aku letakkan kembali di atas meja. Sejak dia dah buka cermin mata dia tempoh hari, tak pernah dah dia pakai semula selepas itu. Semua orang sibuk bertanya dan dia jawab dia dah tak perlukan cermin mata tu lagi.

            Yalah, memanglah dia tak perlukan cermin mata ni lagi sebab semuanya dah terbongkar sekarang ni. Sebab dia dah dedahkan identiti dia kepada aku.

            Dua hari yang dah berlalu ini, tak sepatah pun aku bercakap dengan dia. Bilik pun asing-asing. Yalah, dia pun faham agaknya. Pandailah dia pergi cari John, tidur satu bilik dengan John.

            Bunyi tombol pintu yang dipulas benar-benar menyentakkan aku. Cermin mata di atas meja tanpa sengaja telah aku tolak. Astaghfirullahalazim! Pecah!

            Hatiku berbelah bahagi. Antara cermin mata ataupun pintu bilik yang sedang terbuka. Baru lima belas minit tadi John dan Ihsan keluar. Takkan dah balik? Aku terus bergerak ke almari dan memboloskan diri ke dalam almari pakaian itu.

            Melalui lubang kecil di antara pintu almari itu, aku dapat melihat susuk tubuh Ihsan yang sedang berjalan mendekati meja tadi. Dia mengambil dompet di atas meja dan dompet itu dia buka dan dia memerhatikan sesuatu sebelum dompet itu ditutup kembali dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

            Dia kelihatan seperti ingin beredar dari situ tetapi tiba-tiba dia duduk melutut. Aduh! Barangkali dia sudah nampak akan cermin mata yang pecah itu. Aku menggigit bibir akibat rasa bersalah. Mujur juga cermin itu tidak berkuasa. Maknanya dia tak perlukan sangat cermin mata tu.

            Ihsan mengangkat pandangannya dan dia memandang sekeliling bilik ini. Dia ni ada firasat detektif ke apa? Dan tiba-tiba tubuhku mengeras apabila matanya terhenti pada almari ini. Seakan-akan dia tahu bahawa aku berada di dalam almari ini. Begitu tajam matanya memerhati ke arah ini menyebabkan aku kecut perut.

            Dia kemudiannya menunduk semula dan cermin mata yang pecah itu dia kutip. Serpihan-serpihan kaca yang terdapat di atas lantai itu juga turut dia kutip. Selepas itu, dia berlalu menuju ke pintu bilik. Tak pasti sama ada dia dah keluar ke belum, sebab pandangan dari dalam almari ini agak terhad. Maka apabila aku mendengar bunyi pintu bilik yang sudah ditutup, aku terus melangkah keluar dari dalam almari ini. Fuh! Panasnya!

            So you’re the culprit?” Bulat mata aku mendengar suara itu. Astaghfirullah! Aku tak nak berpaling. Tak nak pandang pun muka dia.

            Terkocoh-kocoh aku berlari dengan kepala yang menunduk menuju ke arah pintu bilik dan terus sahaja aku mendapatkan bilik aku di tingkat atas. Menyesalnya aku buat kerja bodoh tadi. Aku sumpah, lepas ni aku taubat tak nak buka tudung dah selagi ada orang bukan mahram dalam rumah ni. Dan ya, aku anggap Ihsan orang asing yang tak layak nak tengok aurat aku.


            AKU dah buat keputusan untuk tetap pulang ke UK tapi aku tak bagitahu Ihsan pun. Cuma aku ajak John pulang bersama-sama aku. Tapi John menolak sebab dia ada urusan yang perlu diselesaikan berkaitan dengan Wardina. Jadi aku tidak kisah. Pulang berdua dengan Aryan pun aku tak kisah.

            Tapi masalahnya, Aryan tu... Nak ke dia pulang tanpa Ihsan? Aryan tu pun sejak Ihsan dah jadi penghuni tetap rumah ini, aku pun dia pandang sebelah mata. Tu pun nak tak nak saja. Solat dengan Ihsan, belajar mengaji dengan Ihsan, pergi masjid dengan Ihsan, makan dengan Ihsan, mandi dengan Ihsan, main dengan Ihsan, tidur pun dengan Ihsan. Apa saja yang dengan aku? Bila dia sakit dan nak mengadu, barulah nak cari aku. Ibu, tolong garu. Ibu, pedih mata. Ibu, I had a cut because of the rose torn!

            Waktu tu pandailah dia cari aku.

            Kadang-kadang, aku sakit hati dengan Ihsan. Ah! Bukan kadang-kadang! Memang aku sentiasa bengang dengan dia. Sebab semua perkara yang membahagiakan aku dia nak rampas. Tengok sajalah sekarang ni, ahli keluarga aku bukan main rapat lagi dengan dia. Kalaulah suatu hari nanti mereka tahu siapa Ihsan, akan sayang lagikah mereka kepada Ihsan?

            Tapi aku tak sampai hati. Tak sampai hati nak rampas kebahagiaan Aryan. Bagi aku, tak kisahlah kebahagiaan aku berkurang pun, yang penting Aryan gembira. Ya, yang penting Aryan tahu bagaimana rasanya mempunyai seorang ayah. Dan ayah itu ialah ayahnya yang sebenar-benarnya.

            Dah seminggu pun berlalu sejak Ihsan ubah rupa dia kepada Zachary. Adakah aku masih dalam mood silent apabila dengan dia? Ya, aku masih tidak mahu bercakap dengannya. Dan dia pun nampak macam tak kisah. Maknanya kami okeylah.

            “Awak nak balik UK?”

            Astaghfirullahalazim! Cepat-cepat aku berpaling memandang ke belakang. Ihsan rupanya.

            Aku diam. Tak menjawab soalannya.

            “Saya teman awak balik. Lagipun memang kebetulan saya nak balik UK juga.”

            “Awak boleh berhenti cakap Melayu tak?” Aku geram. Telinga ni dah penat dengar dia berbahasa Melayu. Bagaimana dia boleh begitu cekap berbahasa Melayu begini? Sedangkan dia bukannya orang Malaysia pun!

            “Kenapa? Tak suka?”

            “Berapa lama awak belajar bahasa Melayu?”

            “Sejak kecil.” Huh? Biar betul?

            My mum... Dia dibesarkan di Malaysia. So she knows Malay very well. Our second language dekat rumah,” sambungnya. Aku mengangguk faham. Patutlah tak ada pelat langsung. Terasa bersalah pula kerana memarahinya tadi.

            Your parents, are they staying in UK?

            No. They’ve passed away since I was fifteen. Dekat UK tu cuma ada nenek saya, abang saya dan adik perempuan saya.”

             I’m sorry.

           Dan masing-masing diam. Aku tak nampak di mana dia berada. Tak tahu berapa jauh jarak kami. Yang pasti dia di belakang aku.

            “Saya pelik. Kenapa awak khianati perkenalan kita?” Aku terhenti di situ. Aku terlalu malu dan hatiku terlalu sakit untuk membuka cerita lama.

            “Kenapa awak sanggup buat saya macam tu? Kenapa awak khianati saya sedangkan awak tahu saya seorang Islam? Apa yang awak nampak pada saya sedangkan saya begitu menjaga diri saya? Dan saya paling tak boleh terima apabila awak hilang selepas apa yang awak dah buat kepada saya. Graduation day pun awak tak datang. Begitu bersungguh-sungguhnya awak nak lari daripada kesalahan yang awak buat. Awak tak tahu bagaimana keadaan saya di sana. Bagaimana terseksanya saya untuk buat piihan yang tepat. Bagaimana saya berperang dengan jiwa saya untuk menerima Aryan. Awak tak tahu semua tu...”

            Telingaku menangkap keluhan berat yang keluar daripada bibirnya. Beberapa ketika dia diam.

             I’m sorry for what I’ve done to you. Really, really sorry. Bukan salah awak pun, Nuha. Salah saya. Semuanya salah saya.” Dia diam.

            “Tapi kenapa saya, Ihsan? Dalam banyak-banyak perempuan lain? Dan kenapa selepas tu, awak macam tak pernah wujud depan mata saya?”

            Because I’m so jealous of you.

            What?!” Berkerut-kerut dahi aku sebab cuba nak faham apa kaitan cemburu dengan apa yang dia dah buat dekat aku. 

            Yes, I’m so jealous of you. You have that laugh, that smile, that expression... These things that I had never have. You have been so calm all the time. That’s what make me really jealous of you. I’ve been trying to know you, to know what is exactly makes you who you are, that calm person that I’ve always saw. But you kept trying to avoid me. Each time.Nama pun sampai Dina yang kena beritahu. You’re very arrogant that time...

            “Habis tu? Takkan sebab tu awak tak puas hati dengan saya? Takkan hanya semata-mata sebab tu awak buat saya macam tu?”

            “Tak, saya cuma berniat untuk mengajar awak saja. Ajar untuk tak sombong dengan orang lain. But things get worser then when your hair slipped out of your scarf...” Terus aku jadi sensitif dah nak dengar lepas tu. Dan nasib baik Ihsan tak cakap apa-apa dah.

            And then you left.

            Not after a month. I’ve been spying on you. I knew that you’re pregnant.

            And then you just left?

            Because I felt guilty and I’ve finally found out about things that calm you down. You can still stay strong and happy in front of others even after what I’ve done because of your faith. So then I flew to Malaysia. Met Naufal and he helped me met Allah. Three months learning and observing, and then only I decided to embrace Islam.

            Aku diam. Berfikir mengenai jalan ceritanya.

            I know about you and Aryan through my brother. He’s helping me to take care of you.

            What do you mean?

            Dr Dave.

            Huh?

            He’s my brother.

            MasyaAllah! Terkejutnya aku.

            But he never told me that you’re married. So I thought that you’re still single and I’m preparing myself for us. But then we met earlier than what I’ve planned and quite suprised knowing that you’re married. I asked my brother about this but he said that he don’t know about that. I thought that you just lied to me until the day at the airport, I met John. Whether I want it or not, I have to accept that you’ve already married. So that’s why I kept myself away from you. Because I know it’s a sin for loving a married woman.

            Dia berhenti di situ.

            Is it Naufal who told you everything? That I’m actually not married yet and John is not actually my husband?

            Yup. Because he knew my previous name was Zachary. He asks me whether I had anything to do with you but I didn’t tell him about what had happened until a week passed while you were in your coma. I told your family about us, about my feelings. Everything. I know, they are frustrated over that story. Including Naufal himself. About an hour later, atuk called me to see him. He asks me to marry you if I wanted to. So I did.

            But you would not expect me to accept you after what you have done in the past, right? This relationship will never work if not because of Aryan.

            Forgive me. Forgive me for what I’ve done before, Nuha. It’s hard living with guilty feelings over the person that you love.

            Not now.” Dan aku terus bangkit daripada dudukku seraya berjalan meninggalkannya. Kardigan labuh pada tubuh aku kemaskan. Kedua-dua belah tangan memeluk tubuh. Hati aku sakit. Sakit sangat. Perlahan-lahan aku melepaskan tangisku. Kepala aku tundukkan dan tangan kananku naik menekup mulut bagi menahan esakan daripada terkeluar. Ihsan, kalaulah... Kalaulah awak bukan Zachary.


            MASUK sahaja ke dalam ruang tamu rumah, pandanganku dihidangkan dengan suatu keadaan yang aku tak pernah nampak seumur hidup aku. Tapi automatik bibirku mengukir senyuman. Ya Allah, comelnya...

            Penat sikit aku hari ni sebab terpaksa bekerja sampai malam. Kalau tak, Doktor Dave atau aku boleh panggil dia abang ipar aku, yang selalu kerja waktu malam. Tapi disebabkan dia bercuti hari ni untuk ke luar negara, maka aku perlu ambil alih tempatnya. Tapi tak kisahlah, selama ni berhari-hari aku cuti dan dia ambil alih tempat aku, dia tak pernah mengadu pun.

            Kaki terus melangkah ke bilik di tingkat atas bagi membersihkan diri. Usai menunaikan solat, aku turun kembali ke bawah dengan dua helai comforter.

            Sofa yang telah dibuka menjadi katil di ruang tamu itu aku dekati, kemudian aku melabuhkan duduk pada ruang kosong yang ada. Patung dinasour lembut berwarna ungu atau lebih dikenali dengan nama Barney yang berada di sisi kepala Ihsan aku alihkan. Barney itu merupakan kegemaran Aryan sejak dia kecil lagi, hadiah daripada Wardina.

            Sehelai comforter pada tangan aku gunakan untuk menyelimuti Ihsan dan Aryan yang sedang lena. Nampak yang Aryan sangat manja dengan Ihsan apabila Aryan tidur meniarap di atas tubuh Ihsan begitu dengan tangan kanan Ihsan memeluk tubuh Aryan.

            Tubuh terus aku rebahkan di sebelah mereka. Dah sebulan pun kami di UK dan aku tak kisah kalau tidur satu katil dengan Ihsan sebab di mana ada Ihsan, di situ ada Aryan. Aku pandang wajah Aryan dan kemudian wajah Ihsan.

            “Kalaulah awak bukan Zachary...” Saya yakin yang kita takkan ambil masa yang lama pun untuk semua orang bahagia.

            Salah tak kalau aku cakap aku sayangkan Ihsan? Ya, aku sayangkan Ihsan. Sejak kami putus hubungan dulu, sebenarnya aku rasa apa yang Aryan rasa. Aku tak boleh lari daripada memikirkan dia. Tapi hakikatnya sekarang, apabila aku tahu dia ialah Zachary, susah untuk aku terima bahawa aku sedang menyayangi orang yang pernah suramkan hidup aku dulu.

            Pernah, pernah aku terfikir untuk melarikan diri daripada dia. Tapi, aku tak sanggup. Tak sanggup nak berpisah dengan dia walaupun aku tahu dia pernah khianati aku dulu sebab Aryan dah terlalu rapat dengan dia. Dan aku tak tahu betul ke tak apa yang aku rasa ni, tapi aku rasa Ihsan mampu untuk besarkan Aryan dengan baik.

            Entahlah, kadang-kadang aku pun keliru dengan fikiran dan hati aku...


            Aku terima dia. Aku tak kisah siapa dia pada masa silam dia. Yang penting sekarang, dia merupakan seorang hamba yang taat kepada Tuhannya. Kau tahu kan yang hidayah itu hak mutlak Allah? Dan kau sedar kan betapa John, grandpa dan Zachary tu bertuah sangat-sangat sebab Allah pilih mereka. Dan kau sedar tak betapa bertuahnya kita apabila Allah pilih kita untuk bersama-sama mereka? Aku percaya pada kasih sayang Allah. Aku percaya Allah pilih mereka dan kita bukan atas sebab yang sia-sia. And I trust Syamil. Kau sepatutnya lebih tahu yang sebaik sahaja mereka masuk Islam, mereka sesuci bayi yang baru lahir. Jadi bukan hak aku untuk pertikai apa yang dia dah buat dulu, sewaktu dia tidak tahu. Bukan hak aku.“Say to those who have disbelieved [that] if they cease, what has previously occurred will be forgiven for them. But if they return [to hostility] - then the precedent of the former [rebellious] peoples has already taken place.” (Surah al-Anfal, 8:38)

DINA.


            Manusia yang aku tak tahulah baik dia tahap apa. Waktu senang dia ada, waktu susah dia ada. Kadang-kadang aku fikir, she’s just too perfect to be my friend.

            Dia dengan aku, bagai langit dengan bumi. Senang cakap, dialah yang sentiasa tenang, yang sentiasa ceria, yang aku tak pernah nampak pun bermasalah. Selalunya akulah yang bermasalah dan dialah yang banyak ingatkan aku kepada Allah.

            Pernahlah juga aku nampak Dina bermasalah, tapi dia selalu tahu untuk cari Allah. Bukannya macam aku. Selalu nak kena diingatkan. Dan aku tahu, apa yang aku dah baca dari skrin telefon tadi, merupakan salah satu peringatan Dina buat aku.

            Nak suruh aku berbaik dengan Ihsanlah tu.

            Tapi dalam diam, aku akui, ada benarnya kata-kata Dina.

            Walaupun Ihsan pernah menyakiti aku dulu, adil ke untuk Ihsan jika aku mengungkit mengenai siapa dia semasa namanya Zachary dulu? Semasa dia kafir dulu? Adil ke untuk dia?

            Tak, aku tahu tak adil jika aku ungkit siapa dia ketika dia kafir dahulu. Aku tahu, apabila dia memilih Islam, maka dia memilih untuk menjadi lebih baik. Aku yakin Allah tahu Ihsan mampu.

            Dan mungkin, aku perlu tolak tepi soal dendam. Ya, dendam lama itu. Dendam yang aku kata kalau aku jumpa dia, aku akan kerat lapan belas badan dia.

            Aku mungkin perlu pandang ke depan, sebab aku tahu, dalam hati aku ada sayang. Sebab aku tahu, Aryan terlalu sayangkan Ihsan.

            Benarlah kata Wardina. Bukan hak aku untuk hukum dia apabila Islam sendiri telah menyempurnakan dia. Aku perlu yakin. Yakin akan ketentuan Allah. Dan yakin akan Arifihsan.

Thursday, 22 December 2016

Cerpen- Hidayah Dia (Part 4)

Nota penulis: Assalamualaikum semua, :). Just to let you know, cerpen kali ni saya tak update mengikut part. Usually kan saya update from part 1 until part 4 or 5, but this time saya update mengikut pages. One part consist of 8-15 pages je tau. So nanti jangan pelik if ada banyak part. Sebab saya tak nak buat 1 part terlalu panjang. Boring nak baca kalau panjang2. So yaaa, this is part 4. Selamat membaca.




            NO, Uncle John! You lied to me. You said ibu will wake up today.

            Itu suara Aryan. Ya, Aryan. Aryan yang sedang menangis. Dan entah kenapa, aku terasa seperti baru terjaga daripada tidur yang sangat panjang. Terasa seperti akulah punca kekecewaan dan kesedihan Aryan. Tapi aku tak mampu. Tak mampu langsung untuk bergerak dan menarik Aryan ke dalam pelukanku. Mengucup dan menenangkannya seperti selalu.

            I’m sorry Aryan. I’m not sure too. Just like you. But I promise you, she will wake up. As for now, we should go back first. Ibu will be mad if she know that you broke your sleeping time.

            Itu suara John. Dan aku sangat berharap agar John mampu menenangkan Aryan. John, tolonglah. Tenangkanlah kekasih saya.

            No, Uncle John. I don’t want. I want to stay here with ibu. I want to sleep beside her.

            Tangisan mengesaknya begitu menekan jiwaku. Sakitnya hati aku mendengar kesedihannya. Ya Allah, tenangkanlah jiwa kekasihku itu. Sungguh, aku amat menyayanginya.

            “Aryan...”

            Suara itu.

            Daddy...

            Daddy? Siapa yang Aryan panggil daddy?

            Come.

            Ibu is still sleeping. I miss her. Really, really miss her. She will not leave me, right? She will stay with me, right?

            Yes, she will stay because to stay is the only choice she have. She’s so strong. The strongest woman I’ve ever known after my very own mom. She’ll be stronger if you’re strong too.” Lembutnya suara itu memujuk. Suara mereka... Suara mereka mungkin sama. Tetapi suara lelaki ini jauh lebih lembut dan menenangkan.

            If she leaves me, who will take care of me, daddy? She’s the only one I have. She’s the only one who love me.

            I will. I’m your daddy, remember? No matter what happens, I will take care of you like how she did.

            But, you’re not even ibu’s husband. You’re not really my daddy. I don’t even know who my daddy is.” Perlahan sekali bicara itu ditutur Aryan. Ya Allah, sedihnya aku dengar.

            What if I said that I am ibu’s husband?

            I would be the happiest person alive then.

            So, I am. I am ibu’s husband. And no matter what the condition is, I will always take a good care of you. I love you as much as ibu loves you.And I promise you, that things will never change. Ibu will wake up. And she will hug you like she always did.

            I love you, daddy.” Itu suara kecil Aryan. Sama nadanya ketika dia menyatakan bahawa dia menyayangiku.

            I love you, ibu. Good night.” Ucapan itu untukku. Tetapi aku tidak mampu membalas, tidak mampu meraihnya bahkan tidak mampu memeluknya. Sedihnya aku kerana membiarkan Aryan bersedih.

            Thanks for taking care of Aryan for these few days, Syamil.

            No biggie, Ihsan. He’s my son too.” Suara John. Jadi, benarlah, suara yang bernada lembut tadi milik Ihsan. Suara yang begitu persis dengan suara Zachary. Namun suara Ihsan jauh lebih lembut nada bicaranya.

            Is it true about what you told Aryan just now?” John tanya soalan kepada Ihsan. Aku tak pasti soalan itu merujuk kepada pernyataan yang mana.

            Which one?

            About you being Nuha’s husband.

            Atuk decides everything, Syamil. She’s her wali mujbir.

            Great for you then. Take a good care of her and Aryan too. They are my everything. Part of me.

            I will.

            Dan segala-galanya sunyi dan sepi selepas itu. Wali mujbir... Aku dah terlambatlah maknanya. Ya Allah, memang beginikah aturan yang Kau tetapkan untukku? Jika benar, aku perlu redha. Ya, perlu redha.


            AKU perlu bangkit. Rasanya sudah terlalu lama aku begini. Aku perlu kembali menenangkan Aryanku. Aku terlalu merindui kekasihku itu. Ya Allah, bantulah aku.

            Alunan ayat-ayat al-Quran tiba-tiba menyentuh gegendang telingaku. Suara John. MasyaAllah. Dia dah pandai mengaji. Menenangkan sungguh. Alunan ayat-ayat suci al-Quran itu seakan-akan berjaya menyuntik semangat luar biasa dalam jiwaku.

            Sedaya upaya aku cuba menggerakkan tubuhku. Dan ternyata usahaku berhasil apabila jariku berjaya kugerakkan. Rasa macam dah keras tangan ni. Entah berapa lama entah aku tak bergerak.

            “Nuha?” Aku dengar John memberi respons. Barangkali dia nampak pergerakanku.

            Perlahan-lahan mata kubuka. Silau pada awalnya. Lama-kelamaan mataku mula biasa dengan keadaan sekeliling.

            You’re awake?” Itu soalan pertama John.

            “Dah kalau saya buka mata ni, apa lagi?” Itu jawapan aku. Sengaja nak tengok muka kelam John. Tak tahu kenapa, tapi aku rindu nak tengok muka John macam tu. Bila setiap kali aku membebel dalam bahasa melayu, mesti dia kelam lepas tu pandang aku macam nak bunuh.

            Whatever you are babbling about, I am really grateful to see you finally awake.

            And I am grateful seeing your blur expression.

            John senyum. Aku pun sama.

            “Dah berapa lama saya tidur?” Aku buat lagi.

            Three weeks.” Eh? John faham apa yang aku tanya?

            “Saya belajar sikit.” Itu jawapan John bila aku pandang dia dengan muka tak percaya. Serius aku rasa nak tergelak sangat sekarang ni. Nasib baik aku mampu tahan.

            Many things happen while you’re in your coma.” John pandang aku serius.

            Such as?” Aku tak nak tahu macam mana aku boleh koma. Yang aku nak tahu cuma apa yang berlaku ketika aku koma. 

            Doctor Dave and his wife came about three days ago.” Baiknya Doktor Dave. Sanggup datang jauh-jauh cari aku.

            Where did they stay?

            Your ibu’s house, of course.” Aku angguk, faham. Maknanya, ibu benar-benar memanfaatkan saiz rumah itu dengan baik.

            And then?

            Dina...

            She likes you.” Terus aku potong bicara John. Aku nampak John macam nak tak nak saja senyum.

            No, it’s just... I think yaaa... We’re quite good in making a team. Especially in taking care of Aryan.

            See, I’ve said that you’re both perfect for each other. It’s just you who need to make a move. A girl like Dina won’t start that.

            Okay, another topic please.

            Okay. What’s next?

            I don’t think that I am the right person to tell you this...

            What? About I am a wife now? I am Ihsan’s wife, am I right?” John pandang aku. Muka dia nampak terkejut. Dan aku terus tawar hati nak berborak dengan John. Nampak sangatlah apa yang aku dengar dulu bukan mimpi. Aku terus mengiring membelakangi John.

            Nuha, atuk decides everything.

            Stop talking, John. Leave me alone.” Dan sepanjang malam itu, hanya doktor dan jururawat yang aku benarkan untuk masuk. Bukan senang mengajar diri untuk redha sebenarnya.


            SETELAH dua hari aku sedar, barulah doktor bagi aku keluar dari wad. Sepanjang dua hari tu, langsung aku tak bagi sesiapapun lawat aku. Walaupun ibu aku sendiri. Kejam, kan? Ya, aku tahu kejam.

            Hari ini pun, aku pulang dijemput Ihsan. Dan sepatah pun kami tak bercakap. Dia diam dan aku pun diam. Maknanya kami okeylah agaknya.

            Sampai sahaja di rumah, aku terus naik ke bilik tanpa menegur manusia-manusia yang ada di dalam rumah itu. Biarlah mereka nak fikir apa-apa pun fasal aku. Fokusku hanya satu. Ingin berjumpa dengan Aryan.

            Sebaik sahaja pintu bilik aku buka, Aryan kulihat sedang berlari mendapatkanku. Terus sahaja aku melutut dan memeluknya erat. Erat sekali. Ya Allah, rindunya aku dengan Aryan.

            Welcome home, ibu,” bisik Aryan perlahan. Aku dah mula menangis. Terasa apa yang terbuku dekat dada buat sekian lama ni, perlahan-lahan terbebas.

            How much do you miss me?” soalku kepada Aryan. Ubun-ubunnya kukucup. Aku tahu bahawa Aryan telah dijaga dengan baik kerana rambutnya berbau wangi.

            Uncountable.

            And I miss you more than that.

            I’m happy that you’re finally awake.

            And I’m happy that I can finally hug you.” Aku terus menangis. Menangis bukan sahaja sebab rindukan Aryan, tetapi juga sebab aku terlalu sedih. Sedih sebab aku dah terlambat untuk halang Ihsan daripada menikahi aku

            You don’t need to cry that much while you have many other reasons to be happy, Nuha.” Aku tak tahu sejak bila dia ada di sini. Pandangan kuangkat seketika memandangnya. Kemudian pelukan pada tubuh Aryan aku leraikan. Kedua-dua belah tanganku naik menyentuh pipinya.

            Aryan, can you leave us for a while?” pintaku. Aryan tersenyum dan mengangguk.

            I’ll be downstairs.

            Be careful, Aryan.

            Okay.” Aryan terus berlalu meninggalkan aku dan Ihsan.

            Aku mengesat air mata yang membasahi pipiku dan kemudian aku bangun daripada dudukku. Seketika aku memandangnya dan selepas itu aku berjalan menjauhinya. Selagi aku boleh berada jauh daripadanya, maka itulah yang akan aku lakukan.

            I have been trying to talk to you that day but you just ignore me.” Itu ayat pertama aku.

            That was what I supposed to do. I don’t think that we have a topic to talk about.

           I have one. You should not marry me. I tried to tell you about this on that day. But you just ignore me.” Aku menyelak langsir bilik. Tak pandang Ihsan langsung. Sebab hanya aku dan Allah saja yang tahu betapa hebatnya aku tengah menangis sekarang ni. 

            I don’t even want to hear that.” Nada bicaranya kedengaran tegas kali ini.

            But you should not marry me even if atuk decides everything. You’re too good for me. Why did you choose to marry me? I even have a child.

            Stop talking about this. I have my own reason for marrying you.

            You know nothing about me, Ihsan. How could you do this?” Ya, sampainya hati Ihsan berbuat begini. Aku malu. Terlalu malu untuk mengakui seribu satu kelemahan aku terhadap Ihsan yang terlalu baik.

            I knew everything about you. You should not quest anymore. Just shut up.” Sakitnya hati aku apabila mendengar arahan dia tu. Dia tak kenal siapa aku dan dia boleh kata dia tahu semuanya tentang aku? Lepas tu suruh aku diam? Aku takkan diam selagi aku tak faham.

            Aku berpaling memandangnya dan kemudian menunduk seketika mengesat air mataku.

            “Saya tak sesuci yang awak fikir, Ihsan.” Aku pandang Ihsan yang juga sedang memandangku. Dia jauh di sana dan aku di sini. Itu had yang aku tetapkan.

            “Itu bukan alasan.” Tenang saja dia menjawab sedangkan dia tak tahu apa-apa.

            “Awak tak faham, Ihsan! Awak tak faham kenapa saya bersungguh-sungguh menolak peminangan awak dulu dan awak takkan faham kenapa saya beria-ia tidak mahu mewujudkan apa-apa hubungan dengan mana-mana lelaki.”

            “Benda ni tak penting pun untuk dibincangkan. The thing is now I am your husband and you are my wife.

            “Awak tahu kan kenapa atuk boleh tetapkan segala-galanya tanpa persetujuan saya? Awak tahu kan?” Aku menyoal dia. Aku harap Ihsan faham apa tujuan aku bertanya soalan ini.

            Just slim it, Nuha! I don’t want to talk about this anymore.” Ihsan bertegas. Tajam pandangannya merenung aku.

            So, I assume that you’ve known everything. Atuk can decide everything because I had never married before this.” Dan aku terus berjalan laju ingin meninggalkan bilik ini. Lebatnya air mata yang jatuh, tak payah cakaplah. Siapa saja yang gembira apabila terpaksa membuka aib sendiri?
 
            Tak semena-mena, lengan kiriku ditarik. Langkah terpaksa aku hentikan.

            Look at me.

            Aku berpaling juga. Akur. Air mata aku seka sebersih-bersihnya. Lengan yang masih berada dalam genggamannya kupandang.

            Look at me.” Sekali lagi, dia mengulangi bicaranya. Pandangan aku alihkan kepada wajahnya. Tapi dia tak katakan apa-apa. Aku tak tahu apa yang dia nak buat. Tapi tangan kirinya bergerak menyentuh rambutnya dan dia menarik rambutnya ke tepi dan menyisirkan rambut itu rapi. Nyata, berbeza betul rupanya apabila gaya rambutnya diubah.

            Kemudian tangannya itu beralih memegang kaca matanya sebelum kaca mata itu dia tarik dan pegang. Aku tersentak. Bertambah terkejut apabila sepasang matanya menikam tepat anak mataku. Barangkali refleks spontan, terus sahaja aku menyentap lenganku daripada genggamannya.

            “Z... Zach.”

            Dan aku tak tahu aku waras atau tak apabila tiba-tiba Ihsan tu aku samakan dengan Zach. Astaghfirullahalazim... Aku berundur beberapa tapak ke belakang. Tapi memanglah tu Zach, kan? Lalu terus aku berpaling dan berjalan tanpa menoleh lagi. Ihsan itu... Zach?