MATA merenung langkah kakinya yang sibuk diatur ke sana ke
mari. Sekejap dia ke dapur, sekejap dia naik ke tingkat atas... Aku yang
sememangnya sedang stress, bertambah stress melihat kesungguhannya itu.
“Can I ask you something?” Akhirnya
kusuarakan juga rasa tidak puas di dalam hati. Langkahnya terhenti, betul-betul
di hadapanku. Seraya itu pandangan kuangkat, membalas pandangannya.
“What?” soalnya.
Aku
gigit bibir bawah sebelum menunduk. Tak tahu hendak minta bagaimana, tapi
sesungguhnya semangatku sedang rapuh kini. Dengan Alisya dan Hadeef yang masih
merah... Aku bimbang tidak mampu menjaga mereka sendiri.
“Will...” Aku masih teragak-agak.
“Yes,
I’m hearing,” tuturnya, mungkin sedang bersabar menanti bicaraku.
“Can...”
“Say
something, Lidiya. I won’t leave if you don’t want me to.” Itu bicaranya
setelah beberapa ketika aku diam, menarik dan menghembus nafasku.
“Hmmm...
So, don’t.” Itu jawapan pantas yang terpacul keluar daripada bibir tanpa
pintaku.
“Come
again?”
“Will
you stay?” ujarku, berterus terang juga akhirnya, tidak mahu bermain tarik
tali lagi.
“Bukanlah
saya nak sangat awak duduk sini, tapi... Lisya dengan Hadeef, saya tak rasa
mampu jaga mereka sendiri. Memandangkan awak izinkan saya untuk ambil mereka
sebagai anak angkat... Jadi sebab awak yang bersungguh-sungguh sangat nak
menjadi suami saya, apa kata kalau awak jaga mereka sama-sama dengan saya?”
Ayat aku pun semacam tidak betul susunannya. Aku harap sangat Habib faham,
tanpa perlu kuulang permintaanku. “Tak
takut ke saya duduk serumah dengan awak? Yalah, mana tahu saya buat
‘apa-apa’...”
“Nak
tengok saya lari, buatlah. Awak jaga Lisya dengan Hadeef sorang-sorang,”
ugutku. Belajar daripada Dalila lah ni.
“Amboi,
minta tolong bukan main lagi, aura baik dia tu. Bila marah, hati orang pun tak
tahu nak jaga.” Habib perli aku atau apa? Aku buat muka kosong, tak ambil tahu
bicaranya itu.
“Ehek,
ehek... Uwekkk! Uwekkk!” Aku menoleh ke sebelah kiri, memandang bayi di dalam baby cot. Hmmm, baru dua hari mereka
berada di dalam jagaanku. Aku masih tidak dapat membaca kemahuan mereka.
“Heee...
Ehek, ehek... Uwekkk!” Tetapi fi’il yang satu ini, aku dah faham. Salah seorang
menangis aje, mesti yang seorang lagi akan ikut menangis. Tu yang aku tak
berapa menang tangan nak uruskan dua-dua. Sejujurnya, Habib yang banyak buat
kerja urus anak-anak arwah Farah. Yalah, aku sendiri pun terlalu kekok dengan
bayi.
Aku
pandang Habib yang sedang mengendong Alisya dan Hadeef. Elok aje senyap bila
dapat rasa ada orang dukung. Rasa selamatlah agaknya tu.
Habib
melabuh duduk di sebelah aku. Terasa kasihan dan prihatin, maka aku ambil
Alisya dari tangan Habib dan kudodoikan dalam kendonganku.
“Hamraa’.”
Sepatah namaku diserunya.
“Ya?”
sahutku, tanpa memandangnya.
“Tak
terasa nak jadikan Hadeef mahram?” soal Habib. Mahram? Maksudnya? Nak suruh aku
susukan Hadeef?
Mataku
membulat, terkejut. Terus kualihkan pandanganku merenung wajahnya yang sedang
memandangku.
“Awak
nak suruh saya menyusukan budak-budak ni ke apa?” soalku menginginkan
kepastian. Habib menganggukkan kepalanya. Yakin sekali wajahnya.
“Tak
kuasalah saya... Guna pil ke, suntikan ke, tak semua orang berjaya hasilkan
susu badan, tau?” bidasku. Habib menjulingkan matanya ke atas.
“I’m not talking about taking pils or
injections. Lagipun, kalau buat cara tu, awak fikir Alisya akan jadi mahram
saya? Kalau awak susukan mereka dengan cara ni, memang Alisya dan Hadeef akan
jadi mahram awak, tapi bukan saya. Awak tak fikir ke soal mahram dan bukan
mahram ni akan menyusahkan mereka satu hari nanti?” kata Habib.
“Susu
formula kan ada. Susah-susah kenapa? Ya, saya tahulah hal mahram bukan mahram
tu penting, tapi kan... Kita akan stay
together selamanya ke? Penting ke Alisya tu jadi mahram awak?” kataku.
Habib kulihat sedang mengetap bibirnya.
“Lid, we will stay together forever, as long
as Allah wills it. Muktamad. Sebarang perbincangan dan memujuk rayu adalah
tidak diterima sama sekali. Dengan nama Allah, saya nak bahagiakan awak,
lillahita’alaa. Izinkan saya bahagiakan awak. Kalau awak tak izinkan pun, saya
tetap mahu. Dah terlalu lama saya beri masa kepada awak, kini giliran awak pula
untuk memberi masa kepada saya. About
Hadeef and Alisya, we will bond them as our mahram. And I hope you know what is
the only way. Or should I clear you up?”
Aku
terpana mendengar bicaranya. Mulut ternganga sedikit. Otak seakan berkarat.
Lambat semacam nak memproses bicaranya. Saat otak sudah berjaya memproses tiga
ayat terakhirnya, lagilah luas mulutku terbuka.
“Don’t you ever dream about it!” Aku berbisik
keras dan tegas. Muka aku garangkan. Alih-alih, dia sengih pandang aku.
Pinggang tiba-tiba ditarik ke hadapan memaksa aku terjerit kecil. Tubuhku sudah
rapat dengan tubuhnya. Mata seolah-olah digam kukuh untuk memandang wajahnya.
Aku tersentak sekali lagi saat dia mengenyit mata dan bibirnya melarik senyum
nakal. Mak! Nak gugur jantung sebab terkejut. Alisya dah hilang dari kendongan.
Ditarik Habib dengan selambanya sebentar tadi kemudian diletakkan di atas sofa,
bersebelahan dengan Hadeef.
“Lidiya Hamraa’, I’ll make you fall in love
with me again...” Dia berbisik di telingaku. Geli perut, jangan cakaplah!
Aku dah lama tak bermesra dengan lelaki sebegini rupa. Oh, Tuhan! Geli kali
ini, terlalu menggelikan!
“Each
night you’ll dream about me...” Jari-jemarinya tangan kanannya terasa
menyentuh bahu kiriku, diikuti bahu kananku.
“You’ll
miss me like crazy when I’m not around...” Suaranya masih berbisik menyapa
pendengaranku sambil jari-jemarinya bergerak di bawah daguku. Dan aku seperti
patung kaku. Terpukau dengan sesuatu yang tidak pasti apa.
“You’ll
miss the way I flirt you...” Leher terasa sejuk selepas sehelai kain terasa
ditarik menjauhi kulit dan kepala terasa berangin. Sanggul di belakang kepala
sudah hilang entah ke mana.
“You’ll
miss the way I treat you...” Aku sekadar memerhatikan wajahnya yang sedang
leka memandangku. Atau aku yang sedang leka memandangnya? Entah, apa yang aku
pasti, aku seronok melihatnya sebegini.
Rambutku terasa disentuh, diambil sedikit,
ditarik lembut ke hidungnya. Seperti yang pernah dia lakukan dulu.
“You’ll
miss the way I love you...” Pipi terasa diusap lembut oleh jemari yang
sejuk. Jemari itu beralih ke telinga dan turun ke leher. Tingkahnya terasa
lembut dan menyenangkan. Yang ini, dia tidak pernah buat. Aku aje yang nakal,
pernah berimaginasi sebegini dulu. Nauzubillahiminzaalik! Astaghfirullah!
Teruknya perangai aku!
“You’ll
seriously...” Jari jemari sejuknya naik menyentuh pucuk hidungku. Mata
kupejamkan sebelum dapat kurasakan dahinya bertemu dengan dahiku serta pucuk
hidungnya bertamu pada pucuk hidungku.
“You’ll
miss the way I...” Nafas yang dihelanya kedengaran kian memberat. Dan secara
tidak langsung, rentak nafasnya itu juga mempengaruhi rentak nafasku.
“Kiss
you...” Bibir terasa dipagut lembut dan tak tahu kenapa, dalam tak suka,
dalam tak keruan, dalam nak memarahi, aku sebenarnya sangat menyenangi
kelembutannya. Dan benarlah, aku terpukau lagi dan lagi oleh sesuatu yang tidak
kupasti apa.
AKU makan hati melihat apa yang
terpapar pada skrin. Aku telan liur lagi dan lagi. Ini kes yang amat-amat
terlalu amat sangat berat. Nampak tak betapa beratnya kes aku tu? Keluhan aku
lepaskan buat kesekian kalinya.
Sejak
peristiwa aku ‘terpukau’ tu, maka dengan senang hatinya aku lari ke rumah abang
di London. Apa yang bagusnya, Habib tak cari aku kerana dia memberi izin untuk
aku ke London. Heh, beri izin lepas aku dah jejak London-lah.
Tapi hal
tu, aku tak kisah sangat. Yalah, Habib pun setiap hari Skype, tanya khabar. Aku pun layan, sebab nak tengok muka Alisya
dengan Hadeef yang makin tembam. Dan Habib juga tak pernah serik nak minta maaf
sebab dah ‘memukau’ aku. Dia tetap tak percayakan yang aku dah maafkan dia,
selagi aku tak balik Malaysia semula. Huh? Aku tak kisah. Bukan aku yang kena
bayar kredit dia pun untuk dia meminta maaf daripada aku.
Rambut
aku simpul-simpul dengan hujung jari. Bibir bawah aku gigit berulang-ulang
kali. Mulut asyik berdecit dan mengeluh. Dan akhirnya, aku mengusutkan rambut
sebelum merebahkan tubuh di atas tilam.
“Tak
boleh ni...”
“Apa
pulak? Bukan berdosa pun! Halal apa!”
“Ish,
kalau buat tu lagilah berdosa!”
Aku
membebel sendiri di atas katil. Sekejap aku mengiring ke kiri, sekejap aku
mengiring ke kanan.
“Ya
Allah! Apa yang patut aku buat ni?!” Aku menjerit sekuat hati. Mujur abang dah
pergi pejabat. Kalau tak, tak sampai seminit, dia dah robohkan pintu bilik aku.
“Deya?”
Suara kakak iparku kedengaran dari luar.
“I’m fine!” sahutku. Namun setelah
menjawab, terus sahaja aku bangkit dari pembaringanku.
“Kak
Pina!!!” Aku menjerit sekali lagi. Maka, terus sahaja pintu bilik yang tidak
berkunci diterjah dari luar.
“Kenapa
ni?” Kak Pina nampak cemas. Aku tarik sengih tak berdosa.
“Tipu
akak eh?” Kak Pina tak puas hati dengan aku. Aku tarik sengih makin lebar.
“Kak
Pina, nak minta something boleh tak?”
ujarku. Kak Pina angkat kening memandangku.
“Apa?”
tanyanya. Aku turun dari katil, berjalan terkedek-kedek ke arahnya dan terus
sahaja membisikkan keinginanku.
“What?! Nak buat apa?!” Kak Pina tampak
berangin setelah mendengar permintaanku. Lah, salah ke aku minta? Sekali lagi,
aku berbisik kepada Kak Pina.
“Abang
tak boleh tahu lah ni?” soal Kak Pina menginginkan kepastian. Aku tersenyum
manja dan mengangguk-angguk tanda mengeyakan.
“Kalau
kantoi?”
“Cakaplah
akak yang punya. Bukan tak biasa... Dah tiga...”
“Amboi,
mulut! Banyaklah! Hish, bila nak?”
“Kalau
boleh hari ni... Please?” Aku buat
muka secomel yang boleh.
“Tengoklah.
Kalau tidak, esok.” Aku dah tayang muka gembira dan puas hati.
“Tapi
ingat tau, jangan bagitahu abang. Nanti habis dia menyelongkar semua benda. Pinky promise?” Aku hulur jari
kelingking kepada Kak Pina. Kak Pina pandang aku semacam sebelum dia menyahut
huluran jari aku. Moga-moga, Kak Pina dapatlah apa yang aku minta tu.
SAH!
Memang
tak boleh disangkal lagi. Maka dengan segala hormatnya, aku ditendang keluar
dari rumah abang. Dia paksa aku balik Malaysia hanya semata-mata kerana benda
Allah yang dia terjumpa. Kak Pina pun tak pandai nak tutup kesalahan aku. Habis
terbongkar segala jenayah yang aku komplot dengan Kak Pina.
Huh! Tak
ada hati perut punya abang.
Mujur
juga kali ini abang, Kak Pina dengan anak-anak mereka ikut sama. Kalau tak,
lagilah aku berduka cita.
“Habib
tahu tak?”
Aku buat
muka kosong sambil sedut air kelapa.
“Buatlah,
buat. Abang ambil air kelapa tu baru tahu.”
“Hish!
Membebel mengalahkan perempuan. Tengok Kak Pina, relaks aje. Orang stress
karang, baru tahu!” Nampak tak aku punya manja dan merajuk yang semacam tu?
Okey, aku masih terasa sebab abang tendang aku balik Malaysia. Jangan jejak
kaki ke London selagi belum cukup dua belas bulan Lid duduk di Malaysia. Itu
arahan mandatori abang.
“Mengugut
memang juara. Report dekat Habib
nanti, barulah dia nak merayu,” perli abang. Aku cebik bibir. Tak kuasa nak
layan abang.
“Macam
mana boleh jadi?” soal abang. Aku jegil mata pandang abang. Apalah bagus punya
soalan?
“Dah dia
nak jadi, jadilah! Nak buat macam mana? Dah tertulis saat itu, minit itu, jam
itu, hari itu, bulan itu, tahun itu, dia nak jadi, maka dia jadilah. Takkanlah
Lid nak kena cerita satu persatu detail
macam mana dia boleh terjadi,” bebelku lantas menyedut lagi air kelapa di
tangan. Yalah, kan... Logik akal sikit... Takkanlah perlu aku cerita bagaimana
perkara itu boleh terjadi. Macamlah abang tak ada pengalaman!
“Masalahnya,
Lid tu bukan ke hati kental sangat? Macam mana boleh terbabas?!” Abang macam
dah terdesak sangat nak tahu. Aku tarik muncung dua depa.
“Dah Lid
ni pun manusia jugak. Dah tertulis Lid terbabas pada ketika itu, nak buat macam
mana? Kalau dah nak terbabas, mana sempat nak masuk balik jalan yang lurus,”
jawabku.
“Hish!
Menjawab! Kenan karang baru tahu!” Abang memberi amaran. Aku jeling hujung mata
pandang abang dengan rasa tak puas hati dalam jiwa. Menyesal aku tak bakar
benda Allah tu.
PIJAK saja lantai rumah, aku terdengar
suara perempuan yang sedang tertawa. Macam manja saja tawa dia tu. Huh? Habib
dah ada isteri lain ke? Tak semena-mena aku tersedak di pintu masuk rumah itu.
Kalau
aku tahu macam ni, baik tak payah balik. Stress sungguh!
Memikirkan
tubuh yang masih lesu dengan jet lag,
maka aku naik sahaja ke atas dan masuk ke dalam bilikku bagi membersihkan diri
dan berehat.
Tubuh
dah selamat di atas katil. Mata kupejam, dengan fikiran dan jiwa yang
kacau-bilau. Kalau Habib ada perempuan lain pun... Hati terasa hangat semacam.
Apa salahnya... Bibir dah bergetar. Dah itu yang aku nak dulu... Mata dah
panas. Jadi bila sekarang dia dah ada calon, aku kena redha... Dan air sungai
pun mengalir deras disertai esak tangis dan sedu sedan.
KEPALA hendak diangkat, tetapi terasa
berat. Tekak hendak dibersihkan, tetapi terasa perit. Tubuh hendak duduk,
tetapi pinggang terasa kaku. Bergerak sedikit, sakitnya melampau.
Telefon
kuletak di atas meja kerja tadi. Habib tidak tahu aku sudah pulang. Hendak
menjerit, suaraku tiada. Tuhan! Kasihanilah aku.
Mata
beralih memerhati jam pada dinding. Empat. Mataku membulat saat menyedari
bahawa bilik yang kuhuni itu sedang menerima cahaya dari luar. Ini bukan pagi,
tetapi petang. Bukankah aku tidur pada pukul lima petang sebelum ini? Apakah
sudah seharian aku tidak menyedarkan diri?
Barangkali
ya, memandangkan tubuhku sendiri keras dan kaku.
Doaku
seakan terjawab saat pintu bilik terdengar dibuka dari luar. Sekejapan, wajah
abang dah terhidang depan mata. Ni yang aku tak berkenan ni. Kenapa mesti
abang?
“Lid,
apa yang Lid buat ni?!” Tanpa salam dan kata alu-aluan, terus sahaja dia
menyergah aku. Terkejut aku dibuatnya.
“Buat
apa?” Aku menahan perit saat menutur bicara itu. Suaraku kedengaran seperti
berbisik ketika berbicara.
“Habib
tak tahu yang Lid balik. So, what do you
think you have done?” Abang dah berjalan ke meja kerjaku, mendapatkan
telefonku.
“Fon pun
Lid matikan. Ingat abang tak risau, ke?!” Abang meninggikan suara lagi. Ni yang
aku tak tahan ni. Mata dah panas dan berair semacam.
“Mana
nak tahu fon mati... Lid tidur,” jawabku. Air mata dah meleleh.
“Dah
berapa lama Lid tidur?”
“Hari ni
berapa hari bulan?”
“2
Julai.”
“23
jam.”
“What?! And you’re still on your bed?!”
Abang menyinga lagi. Aku ketap bibir.
“Lid tak
boleh bangun. I woke up just now and
realized that I can’t lift up my body,” jelasku. Abang menghela nafas
perlahan.
“Sayang!”
Abang memanggil isterinya, Kak Pina. Sekelip mata, Kak Pina dah masuk ke dalam
bilik.
“She said that she’ve been sleeping for
twenty three hours and she can’t lift her body up, now,” tutur abang kepada
Kak Pina. Berkerut dahi Kak Pina memandangku. Lama dia begitu.
“Silly! Pergi menangis tu buat apa?
Stress sangatlah tu sampai pitam!” Kak Pina pula yang membebel dekat aku. Huh!
Mesti mata aku sembap. Sejak zaman universiti lagi Kak Pina kenal aku, manalah
aku ni boleh tipu dia. Lainlah abang.
“Mana orang nak tahu...” desisku. Haih... Manalah Habib ni... Mesti dia tengah seronok dengan isteri baru dia kan? Ni yang aku rasa nak tumbuk aje perut sendiri!
“Abang
tolong dudukkan dia.” Kak Pina meminta pertolongan abang. Abang datang kepada
aku dan membantuku untuk bangun. Kedua-dua belah tanganku dicapai sebelum
ditarik perlahan-lahan.
“Auwww!”
Aku mula mengaduh sakit. Sungguh, terlalu sakit pinggangku kini.
“Sakit
mana?” Kak Pina bertanya.
“Pinggang.”
“Sakit
sangat?”
“Terlalu.”
“Slowly, bangun.” Kak Pina mengarah.
Abang meneruskan kerja yang tergendala. Menarik aku lagi.
“Sakitlah,
abang!!!” Aku menjerit dengan tekak yang perit. Lagilah banyak air mata yang
keluar.
“Tahanlah.
Apasal lembik sangat ni?” Abang macam marah aku. Aku pejamkan mata, sesungguh
hati dan akhirnya abang melepaskan tangan kiriku dan meninggikan bantal di
belakangku, sebagai tempat untuk aku bersandar sebelum dia melepaskan tangan
kananku.
“Habib
pergi Kuantan lepas Asar semalam, malam ni baru dia balik. Kalau bukan sebab
Habib call abang tanya kenapa Lid tak
angkat fon, abang takkan tahu yang Habib tak tahu Lid dah balik Malaysia. Risau
abang tahu? Nasib baik Ayyas pandai, suruh abang cari dekat rumah dulu,” kata
abang. Kak Pina sibuk memeriksa aku. Yalah, aku sedia maklum yang Kak Pina ni
doktor, ada klinik keluarga di London.
“Abang,
dahlah... Her blood pressure is not
stable... Dia pitam sekali lagi, nanti...” Kak Pina berdesis perlahan.
“Nak
suruh jaga diri sendiri pun tak pandai!” Abang membebel lagi. Aku tarik muncung
satu depa.
“Dah nak
jadi, nak buat macam mana? Manalah Lid tahu yang Lid stress sangat...”
“Hah,
yang menangis sampai mata jadi macam panda tu kenapa? Apa yang menekan sangat
tu?” soal Kak Pina.
“Tak
payah tahulah! Semua pun tak sayang Lid kan, Habib tak sayang Hamraa’, abang
tak sayang Lid, Kak Pina pun tak sayang Deya... Dari tadi asyik nak membebel,
nak marah orang!” Aku dah mula melalut. Bukannya aku tak tahu, mereka marah
sebab risaukan aku.
“Datang
dah, angin monsun dia tu. Cuba bertenang, Lid. Abang risaukan adik abang ni,
tahu tak? Abang mana yang tak risau kalau dia tak tahu dekat mana adik dia
berada. Selamatkah adik dia...” Abang seakan-akan hendak memujuk.
“Aunty... Kalau ayah tak sayang, Ayyas
sayang...” Entah bila Ayyas dah berada di dalam bilik aku. Dia panjat katil,
dan datang kepadaku, sebelum memeluk tubuhku. Lama, sehingga aku rasa syahdu
yang teramat.
“I love you too, Ayyas.” Sahlah, aku tak
berapa nak betul. Sekejap marah orang, sekejap sayang orang... Ish! Apa kena
dengan aku ni sebenarnya?
“Aunty, ibu cakap aunty mana boleh stress... Nanti kesian dekat adik. Adik kan kecil
lagi...” Ayyas dah berpesan. Aku tarik senyum. Comel betul Ayyas ni. Macam muka
Kak Pina.
“Aunty tak stress lah. Aunty cuma tak kuasa nak melayan ayah
Ayyas tu. Ayyas ni risaukan aunty ke
adik?” soalku. Ayyas tarik sengih.
“Dua-dualah.
Ayyas sayang dua-dua...”
“Tamaknya...
Tak boleh, Ayyas kena pilih salah satu.”
Ayyas
kerut dahi. Lama dia berfikir.
“Okeylah,
Ayyas pilih aunty. Sebab kalau pilih aunty, dapat adik sekali. Sebab adik
dekat dalam aunty. Kalau pilih adik,
nanti adik kena keluar, tak dapat aunty
sekali,” kata Ayyas. Keningku terangkat. Pandai pulak Ayyas ni dalam bab
memilih.
“Amboi,
bijaknya dia!” Aku cucuk pinggang Ayyas berkali-kali sebelum menggeletek dia
yang akhirnya terbaring kegelian di atas katil. Alhamdulillah, kurang sikit
stress aku melihat keletah Ayyas.
KAK PINA memang sangat baik orangnya.
Dia yang membantu aku setakat ini, bagi menguruskan diri aku. Dan setakat dua
jam berlalu sejak aku sedar tadi, aku masih tidak mahu menjamah apa-apa.
“Lid!
Boleh tak jangan buat perangai? Kalau dah tak nak sangat makan apa yang ada
dekat sini, cuba bagitahu abang, apa yang Lid nak makan?” Abang dah mula
membebel lagi. Aku pekakkan telinga. Kalaulah aku tak kena perli lepas aku
bagitahu apa yang aku nak makan, memang dah lama aku bagitahu. Tapi disebabkan
aku tahu bahawa abang akan memerli aku selepas aku menyuarakan permintaan ini,
maka aku diamkan saja.
“Lid tak
nak makan. Tak lapar, tau tak?” Aku menekan di hujung ayat. Ya, aku tipu.
Semalam pun aku sempat minum air kelapa aje. Memang tipulah aku tak lapar.
“Sekejap
lagi Habib balik, Lid jawab dengan Habib pulak. Abang dah penat asyik mengulang
benda sama lebih dua puluh kali,” kata abang, berputus asa juga akhirnya.
Tak lama
lepas tu, kata-kata abang seakan-akan benar apabila aku terdengar bunyi kereta
masuk ke dalam pekarangan rumah. Aku dah mula memuncung. Entah kenapa, gelak
tawa perempuan semalam masih terngiang-ngiang di hujung telinga. Ish! Kau kena
terima, Lid! Walau apa pun hakikatnya nanti.
“Assalamualaikum.”
Aku dah
bergerak mengiring membelakangkan pintu bilik. Mujur juga sakit pada pinggang
sedikit berkurang. Itu pun masih terasa seksa walaupun sekadar hendak mengubah
posisi daripada menelentang kepada mengiring.
“Waalaikumussalam.”
Jawapan serentak daripada Kak Pina dan abang.
“Sampai
juga Habib... Abang dah puas dah pujuk dia makan, tapi dia tak nak. Wish you
could do something. Kami turun bawah dulu. Kalau ada apa-apa, panggil.”
Abang bersuara. Mendengar pamitan itu, lagilah aku keraskan badan. Tak kuasa
nak menghadap Habib buat masa ini. Dia yang menyebabkan aku sakit sebegini.
Tak lama
selepas itu, aku dengar bunyi pintu bilik tertutup. Maknanya, abang dengan Kak
Pina dah meninggalkan aku dan Habib berdua di dalam bilik ini.
Tak
semena-mena, Habib dah berdiri di hadapanku, mengisi ruang pandanganku.
Menyedari kehadirannya, terus sahaja aku ingin bergerak lagi, hendak beralih
daripada memandangnya.
“Auuwww!
Sakitnya!!!” Sakit, sakit yang teramat sampaikan aku tak jadi nak ubah posisi
pembaringan aku.
“How
could this happen?” Habib dah melabuh duduk di ruang kosong pada sisi kiri
aku.
“Dah nak
jadi, jadilah.” Aku malas nak jawab panjang-panjang.
“And
why didn’t you tell me yang I kurung you dalam rumah ni?”
Habib marah. Marah sangatlah tu. Tak pernah-pernah lagi dia guna I-you
apabila bercakap dengan aku.
“Manalah
nak tahu you nak pergi Kuantan.” Aku pun rasa macam nak marah, bila dia
macam marah aku.
“And
why did you ever think to not to tell me that you’re back?”
“Perlu
ke?”
“For
God’s sake, Lidiya Hamraa’! I’m your husband!” Mak! Terkejut perut aku!
Terus perut terasa kejang semacam. Kalau apa-apa jadi, ni salah Habib. Nak
marah pun, kawallah sikit suara tu. Tak pernah lagi suara dia meninggi setinggi
ini.
Muka aku
dah berubah kelat. Pertama, sebab tahan rasa perut yang kejang. Kedua, sebab
aku tak suka lihat muka dia yang merah bila marah.
“Buatlah...
Buat muka macam tu. Ni pun nasib baik I pergi Kuantan satu malam aje and
nasib baik I tried to reach you tapi tak dapat. Cuba kalau tiga malam, I
tak call you, dan you tak boleh bangun from your bed for the
whole four days! Fikirlah! Fikir what will happen to you!”
“Dahlah,
tak payahlah marah lagi. Now that everything is okay, tak ada benda lagi
nak dirisaukan,” tuturku perlahan.
“I’m
saying this for your own good sake Hamraa’. I don’t want things like this to
happen again. Think before you act. Don’t bring troubles to others. And don’t
you ever bring trouble to yourself.” Cara dia cakap tu, macam nak marah
aku... Macam prihatin dengan keadaan aku... Entahlah, aku tak faham apa yang
dia nak sebenarnya.
“Awak tu
pun, takkan tak perasan saya balik? Saya tahulah awak seronok layan tetamu tu
kan sampai saya balik pun tak sedar, sampai kasut saya terpampang jelas lagi
nyata dekat depan pintu rumah tu pun awak tak sedar. Yalah kan, khusyuk sangat
perhatikan muka tetamu tu sampai lupa nak tengok kawasan sekeliling sebelum
tinggalkan rumah,” perliku. Terus kukeluarkan rasa tak puas di dalam hati.
Tangan bergerak mengusap-ngusap perut, berharap kejang tadi akan berkurangan.
“Abang
terkejar-kejar semalam. Rania pun sampai dah tengah hari, ambil masa nak tunggu
dia kemas-kemas barang dia. Lepas tu dia sibuk nak ikut ke Kuantan atas alasan
dia boleh jagakan Hadeef dengan Lisya. So memang tak sempat sangat nak
perhati kawasan sekeliling,” kata Habib. Dah surutlah tu, marah dia...
“Oh, Rania?”
desisku.
“Ya,
Rania. My sister. Kenapa?”
Bulat
mataku mendengarnya.
“Sister?
Since when?”
“Since
my mum lahirkan dia sebagai adik abang. Why? Tulah, menyombong
sangat dengan abang sampai segala adik beradik abang pun tak kenal,” kata
Habib. Aku menjulingkan mataku ke atas. Menyampah.
“I
thought Harith aje adik awak?”
“He’s
the adopted one. I have another adopted younger brother, adopted younger
sister, a blood related elder brother, and two blood related elder sisters.
Does that clear you up?” Aku terkesima. Ramainya!
“Kenapa
ramai sangat? Kenapa saya tak pernah jumpa mereka?” Kejang di perut sudah
terasa berkurangan. Syukur.
Habib
jongket bahu.
“Dah
Allah aturkan ramai macam tu. Hamraa’ tak pernah jumpa mereka sebab hanya
Harith dengan abang aje yang ada dekat Malaysia. Dua-dua adik angkat abang tu
pun, mungkin dua bulan lagi baru mereka balik lepas mereka grad. Along
dengan kakak-kakak abang semua duduk dekat luar negara,” jelas Habib. Oh,
alkisahnya... Barulah aku tahu bahawa adik beradik Habib seramai lapan orang
semuanya.
“Patutlah
awak tak keberatan nak ambil anak angkat,” tuturku perlahan. Habib mengangguk.
“Yaaa...
Tapi disebabkan abang belajar daripada pengalaman jugak, abang nak mereka
disusukan supaya hal mahram dan bukan mahram takkan menjadi isu nanti,” kata
Habib.
“Yalah,
tahulah...”
Keadaan
sunyi seketika.
“So
now that you’re back, guess that you’ve forgave me, ain’t you?”
Aku
mengangkat wajah memandangnya.
“Saya
tak kata macam tu pun, kan saya dah maafkan. Awak tu aje yang tak percaya. Saya balik Malaysia ni pun sebab abang tu halau saya, tak bagi saya duduk dengan dia
lagi,” kataku.
“Baguslah
kalau macam tu. Means that Hamraa’ tak boleh ugut abang nak lari London
lagi lepas ni,” kata Habib. Aku cebik bibir.
“Sukalah?”
soalku. Habib tarik senyum sebelum mengangguk perlahan.
“So
what did really happen to you sampai pitam dan tak boleh bangun macam ni?
Nak kata penat naik flight menipu sangat. Sakit sangat ke pinggang tu?”
soal Habib.
“Sakit.
Sakit dia macam kalau kita bergerak, dia ada risiko nak patah. Walhal, tak
adalah nak patah pun, tapi sakit dia macam tulah... Oh, awak tak tahulah ni apa
sebabnya saya beria sakit pitam macam ni? Kalau tak tahu, tak apalah... Tak
payah tahu lagi bagus,” kataku. Kenapalah tak abang aje yang berterus-terang?
Aku terlalu malu dengan jenayah yang telah aku lakukan dengan Kak Pina.
“Hamraa’...”
Habib bersuara amaran. Pipiku terus menjadi mangsanya.
“Aduh...
Sakitlah...” Bibir dah memuncung semacam. Pipi yang pijar kuusap-usap lembut.
“Padanlah,
sakit tu. Kita ni risaukan dia sampai sanggup batalkan meeting sebab nak
balik awal, dia boleh pulak buat tak tahu. Cuba bagitahu sakit apa? Ni yang
sampai tak nak makan segala, kenapa? Dah pergi London, bila balik Malaysia
semula, tak boleh telan makanan Malaysia ke apa?” soal Habib.
“Awak ni
macam abanglah. Membebel aje kerja. Sakit saya ni sebab awak tau? Jangan
tambahkan lagi sakit saya ni dengan bebelan awak. Cuba kalau awak masakkan saya
spagetti kan... Bolehlah jugak saya makan. Sihatlah sikit saya ni,” kataku.
Habib menjegilkan matanya.
“Sebab
abang pulak?”
Aku
angguk. Tiba-tiba, dia sengih nakal.
“Rindu,
eh?”
Membulat
mataku mendengarnya.
“Tak
kuasa!” bidasku. Tak mainlah rindu-rindu ni.
“Habis
tu? Takkan balik Malaysia sebab kena halau aje? Entah-entah kena halau tu
alasan sampingan aje. Yang sebenarnya Hamraa’ rindu abang, kan?” tebaknya lagi.
“Rindu
Lisya dengan Hadeef lagi baiklah... Oh, ya...” Aku berura-ura ingin menyuarakan
bicara hati. Sebelum itu, aku cuba untuk bangkit duduk.
“Tolong
saya duduk?” pintaku. Habib membantu. Ya, aku lebih suka cara Habib yang lebih
lembut. Tak macam abang. Abang kan ada darah yang sama dengan darah aku. Darah
kekasaran. Tengoklah aku dulu, tak ke kasar?
“Ni,
saya nak cakap about susukan Lisya dengan Hadeef...” kataku. Tubuh sudah
tersandar selesa pada bantal. Mata merenung wajah Habib. Habib mengangkat
kening, menanti bicaraku.
“Saya
setuju. InsyaAllah, lebih kurang lapan bulan akan datang, kita boleh
langsungkan. For now, kita latih mereka dulu,” tuturku. Habib kerut
dahi.
“Okey,
abang setuju... Tapi... Kenapa...” Dia diam sebentar, seperti sedang berfikir.
Tak
semena-mena, tubuhku dah selamat ditarik ke dalam pelukan.
“MasyaAllah!
Isn’t it a miracle?” Dia berbisik lembut di telingaku. Aku akhirnya
tersenyum akur. Perlahan-lahan, aku membalas pelukannya.
“Alhamdulillah,
it is,” bisikku kembali.
“Thanks
for completing me. Uhibbukifillah. Anything as a reward?”
Aku
tarik sengih jahat.
“Thanks
for guiding me, thanks for realizing me about us. Love you too, lillahitaala.
Fettucini carbonara would be.” Aku dengar dia gelak perlahan. Dan aku ikut
gelak sama. Bahagia. Ya, bahagia.
Fettucini carbonara yang aku dan dia masak
sama-sama untuk Dalila pada hari Dalila luka. Aku tahu, tidak perlu aku tanya
kepada dia, “Siapa aku pada kamu?”. Kerana aku sendiri tahu jawapannya melalui
setiap tingkah, bicara, dan lirik matanya. Apa yang perlu selalu aku persoalkan
ialah, “Siapa dia pada aku?”, supaya aku selalu bisa ingat bahawa dia ialah
suamiku yang perlu aku hormati dan pelihara maruahnya.