Total Pageviews

FIRST BABY

Friday, 24 October 2014

Assalamualaikum, :).

Assalamualaikum readers.

Kaifahalukum? :). Tetiba 'skipping' Arab. Haha. Harap semua sihat. Okay, pelik pepagi buta update blog. Just to tell you guys that I've done with my examination. Waaa~ Eh2, sedar diri. Kita tak ambil PMR. Kita kan perintis. Masih ada beberapa lagi tugasan PBS yang perlu diselesaikan. Jadi jangan nak over act macam dah merdeka. Haha.

Okay, sempat tukar header. Sebab rasa header dulu macam kanak-kanak riang punya header. Hehe. Okay, so what's up with me?  What's up with my writing?

Whoa~~ Alhamdulillah, I'm fine for now. That is my answer for the first question. How 'bout the second question? Alhamdulillah, masih setia menulis. Apa yang dah ditulis? Jujur, tak banyak. Saya rasa, tak perlu cakap sebabnya, readers pun faham.

Tahun depan, tahun payah saya kira. Tahun yang bukan tahun untuk 'honeymoon' macam masa di tingkatan 1 atau 2. Auch! Terasa diri dah makin membesar. Jujur, tak suka jadi orang besar. Haha. Okay, since tahun depan tahun yang kena work hard, I guess... So, I've made up a decision.

Guess what?

Stop writing? Or not to stop writing.

Emmm... My decision is, insyaAllah, I will not stop to write. Selagi Allah bagi peluang, bagi ilham, saya teruskan. But, this blog... I don't think that I can make it. Tapi tetap, saya takkan tutup. Mungkin selama dua tahun akan datang blog ini sepi, kot?

How 'bout now? Belum masuk 2015 lagi.

Now? Okay, insyaAllah, macam saya dah pernah cakap, ada peluang, ada bahan, saya masukkan. Takkan biarkan blog ini krik krik.

Tak ada ke nak publish anything hard copy?

Publish? Well, SS tu rasa macam dah berkurun duk kat tangan pihak yang berkenaan. Hadoi... Haha. Rasa geram pun ada jugak sebenarnya. Patut tak kalau saya tarik balik? Yalah, kalau dah kata dalam tempoh yang berkenaan, ikutlah tempoh tu. Janganlah nak hancur luluhkan hati orang yang hantar proposal, kan? Lama dah menunggu. Family dengan kawan ada yang suruh saya tarik balik. Tapi saya cuba tunggu lagi. Tengokla berapa lama pihak yang berkenaan tu nak menilai. Mungkin adalah sesuatu di sebalik kelewatan ni. Cuba bersangka baik.

Well, kami yang membaca your blog ni, bukan semua remaja. Anything for us? Yang dah dewasa ni?

Okay, untuk soalan tu, saya jawab tidak. Kecewa tak? Belasahlah saya kalau nak. Tapi belasah yang manja2 aje tau? JIYKP, ingat lagi? Well, saya dah stop menulis untuk cerita tu. Saya tak bergurau. Betul, saya dah stop tulis JIYKP. Walaupun saya dah tulis dah nak dekat peleraian konflik pertama. Saya tak tahu kenapa, tapi rasa macam tak ada orang nak baca. Tapi ada yang meminta. Allahurabbi, kalau ikut tak nak kecewakan sesiapa. Sebab itu dalam hati ada ura2 nak buka balik tengok JIYKP tu. Rangka cerita masih kukuh tak berusik. Ada rasa nak buka balik, baca balik, tengok balik. Sebab apa? Sebab semasa cerita itu ditulis saya masih baru. Masih belajar. Tatabahasa dan yang sewaktu dengannya, hancus. Dialog pun tak berapa matang kot? InsyaAllah, mungkin saya akan buka, semak balik, tamatkan dan betulkan apa-apa yang perlu dirombak. Anything dalam bentuk hard copy? Whoaaa~~ Can't promise anything though. Tengah target settle-kan JIYKP. Tapi kalau dah berjaya settle, tatau la nak cuba keluar atau duduk dalam blog saja. Kita tengok keadaan.

Ada apa-apa lagi soalan lain? Anything yang buat readers tertanya2. Just ask, but not a thing about my private life is allowed. InsyaAllah, kalau saya perasan, saya balas.

Rasanya tu jela yang saya nak maklumkan. Entry baru, insyaAllah, esok. Tapi tak boleh janji pukul berapa. Kita tengok keadaan. Tapi yang pasti, esok. InsyaAllah.

Walaupun rasa macam readers sepi aje, blog ni krik krik aje, tapi saya tahu ada yang membaca. Haha. Mungkin sebab ayat saya skema, kot? Hehe. Haey, sampai sini ajela yang saya boleh kongsi setakat ni. Oh... Lupa. Salam Maal Hijrah, readers. Ahlan wasahlan 1436 Hijriah, :). Tingkatkan ilmu, tingkatkan iman, tingkatkan amal, kurangkan kontroversi. Jaga pandangan, jaga pendengaran, jaga tangan dan kaki, jaga mulut, jaga hati, jaga iman. Heee, :). A reminder for myself too, :).

Okey, selamat malam pagi, semua. Tidur, siapa yang tak tidur lagi tu. Hehe. Assalamualaikum, :).     

Monday, 22 September 2014

Ehem, :)...

Assalamualaikum, readers, :).

Sihat, semua? Alhamdulillah, untuk yang sihat. Untuk yang sakit juga alhamdulillah, :). Sakit itu kan penghapus dosa. Syafakallah, :). Semoga cepat sembuh.

Alhamdulillah, ada jugak peluang nak jenguk-jenguk blog. Hehe, muncul balik setelah sekian lama menyepi. Entry terakhir masa bulan enam kalau tak silap. Rasanya, dah banyak kali saya minta maaf, kan? Tapi kalau dah buat salah, memang kena minta maaf, kan? Kali ini, saya nak minta maaf lagi. Saya bukannya sengaja nak biarkan blog ni bersawang dan berdebu.

Saya merupakan seorang pelajar yang masih belajar. Mohon readers mengerti dan memahami tuntutan saya sebagai seorang pelajar. Kurang tiga minggu lagi, saya akan menghadapi peperiksaan. Doakan saya, semua, :). May Allah bless us, :D.

Rentetan itu, saya nak maklumkan bahawa blog ini akan terus menyepi buat sementara waktu. Tapi blog ini takkan ditutup. Masih terbuka seperti biasa tetapi akan sepi tanpa tuannya. InsyaAllah, kalau selepas peperiksaan nanti saya tak sibuk dengan tuntutan sekolah, kalau selepas peperiksaan nanti saya tak sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang anak, blog akan berjalan seperti biasa. Dengan entry pada setiap hujung minggu. Saya tak janji, tak pernah janji. Cuma saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk pastikan blog ini tak sepi.

Untuk makluman readers, saya masih menulis tetapi dikurangkan sedikit. Dalam seminggu, saya akan pastikan saya tetap menulis walau hanya satu muka surat. Jadi kalau-kalau skill menulis saya tertumpul sikit tu, harap maklum. Hehe...

Sebelum saya mengakhiri watikah saya ini, saya nak ucapkan jutaan terima kasih untuk mereka yang rajin-rajin jenguk blog saya untuk tengok entry terkini. Saya tahu betapa hancur remuknya hati readers bila tengok tak ada entry baharu, kan? Sebab saya pun salah seorang pembaca. Jadi saya faham perasaan itu. Saya minta maaf sangat-sangat... Mohon pengertian semua, :).

Oh, ya! Mengenai Saudara Selamanya... Proposal dah lama dah hantar. Masa bulan enam lagi. Tapi belum dapat maklum balas lagi. Saya ada contact publisher. Mereka kata, masih dalam penilaian dan maklum balas akan diberikan dalam masa terdekat. Doakanlah yang terbaik, :). InsyaAllah, ada rezeki, adalah... Kalau dapat maklum balas nanti, insyaAllah, saya akan maklumkan kepada readers. Kalau berita baik, baiklah. Kalau buruk, kecewa tu memang ada, tapi tak bermakna hanya kerana satu proposal saya nak berhenti menulis, kan? Lagipun, itu cubaan pertama saya dalam dunia penulisan. InsyaAllah, saya akan terus baiki diri dan cara penulisan untuk hasilkan sesuatu yang lebih baik dan semakin baik serta dapat memanfaatkan para pembaca.

Akhirul kalam, terima kasih sekali lagi kepada readers yang setia menjenguk blog ini. Bolehlah readers semua berehat dahulu. Peperiksaan saya bermula pada 13 Oktober nanti. Sepanjang satu minggu tu. Jadi, bergantunglah bila readers nak jenguk kembali blog ni. Saya tak kisah. Sebab itu hak readers.

Doakan yang terbaik buat saya, :). Buat kita semua juga. May Allah bless us, :). Ameen, insyaAllah!

P/S: Saya akan titipkan JBC 4 untuk readers. Semoga terubat sedikit rindu. Hahaha. Macamlah ada orang merindu! Anyway, terima kasih untuk readers yang bagi komen baik melalui blog juga melalui emel. Hehe. Senyum sorang-sorang tengok komen-komen. Alhamdulillah, buat penambah semangat! Terima kasih sekali lagi, readers! Tunggu JBC 4 dalam entry seterusnya, :). Coming soon, :). 

Saturday, 2 November 2013

Selepas Sebulan

Assalamualaikum, semua!

Selepas sebulan, baru dapat bersua di sini. Alhamdulillah, dah tak tertekan sangat sekarang ni sebab exam pun dah habis. PBS pun dah hampir siap. Tinggal tunggu keputusan sahaja. Setakat ini, baru dapat keputusan bagi 6 mata pelajaran. Perlu ke saya share kat sini? Haha. Tak kot?

Walau apa-apa pun, saya bersyukur sangat sebab saya masih boleh menulis. Ayah ada pesan sebelum exam, "Kalau Matematik dapat C lagi, jangan menulis dah." Hehe, sebab tu berhenti menulis selama sebulan. Fokus Matematik punya pasal. Alhamdulillah, exam kali ni, Matematik saya B. Bila beritahu ayah, nasib baik muka dia neutral. Tak ada aura nak marah. Huh!

Ayah saya, kalau keputusan peperiksaan kami adik beradik A atau B, dia tak cakap apa-apa. Tapi kalau C tu, yang tulah yang dia nak belek kertas soalan dan jawapan. Hehe. 

Setakat ini, saya berpuas hati, sebab bagi saya, untuk setiap subjek, ada peningkatan markah berbanding peperiksaan pertengahan tahun dahulu. Alhamdulillah. Masih ada debaran dalam menanti keputusan bagi subjek lain.

Untuk pengetahuan semua, saya ni anak-anak PBS. Batch 'eksperimen'. Haha, itulah gelaran kami. Saya masih tak tahu bagaimana batch 1999 akan diuji pada tahun hadapan. Cikgu kata, bila ditanya kepada pihak bertanggungjawab, jawapan mereka, "Tunggu..."

Hurm, yalah... Macam mana agaknya ye kami nak buat persediaan awal kalau kami sendiri tak tahu bagaimana kami akan diuji. Cikgu ada kata, mungkin apabila kami naik form 4, PBS akan ikut kami. Jawapan kami satu kelas, "Cikgu... tak nak sekolah dah lah macam ni." Haha! Nampak tak kesan PBS ke atas kami? Sampai tak nak sekolah.

Sekarang ni pun, walaupun dah habis exam, kami tak dapat nak rehat. Sesetengah guru subjek mula memberi kerja rumah untuk diselesaikan dalam masa cuti supaya dapat digunakan pada tahun hadapan. Ada juga guru yang dah mula mengajar topik untuk Tingkatan 3. Haha, advance. Nak cepat punya pasal. Kata cikgu, takut tak sempat nak habiskan pelajaran, PBS, lepas tu nak fokus exam lagi tahun depan. Haaa, saya dengar pun dah rasa macam, memang tak sempat dan dengar je pun dah mula cakap, "Penatnya nak hadap semua benda ni."

Mungkin tahun depan, PBS akan dihabiskan dalam masa 4 bulan awal. Kelas tambahan pun ada. Nak habiskan topik bagi setiap matapelajaran lagi. Nak fokus exam, ditambah PBS lagi. BTW, anak-anak PBS ni, bukan ambil 7, 8, atau 9 subjek sahaja. Kalau macam saya, saya ambil 12 subjek. 8 subjek asas, Bahasa Arab, Pendidikan Sivik, ICTL, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Jadi, kena study betul-betul untuk semua subjek. PSV, ICTL, PJK, semua pun kena dapat A. -_-'

Kejam tak? Muahaha. Kalau macam ni, kita tidur dalam kelas ajela. Tak payah balik rumah. Penat2x. Pihak yg bertanggungjawab, sila beri keputusan muktamad sekarang, bagaimana kami akan diuji nanti. Hehe. At least, kalau dah ada satu keputusan yang tepat, bolehlah jugak kami buat persediaan, buat latih tubi untuk jenis soalan yg akan keluar nanti. Macam pelajar2x PMR lah, mereka nak PMR, buat latih tubi soalan PMR tahun-tahun lepas. Tapi kami? Apa pun tak tahu. Terpinga-pinga lagi ni. Tak tahu lagi tahun depan nak buat apa. Tak ada planning lagi. Adoi...   

Andai kata ada yang membaca entry ni, mesti bila korang baca je pun korang dah rasa penat. Tapi kalau yg tak rasa penat tu, tak tahulah. Okey, itu sajalah yang saya nak kongsi. Nanti saya update lagi satu entry. JBC Bab 2. Terima kasih, :).

Saturday, 28 September 2013

Review Novel: Alamak! Lagi-lagi Dia -Mazni Aznita-


Assalamualaikum! Hari ni saya nak review novel. Jemput baca, semua. 

Sinopsis:

The Loser gelaran yang tidak pernah dimahunya. Namun kerana sekeping surat dia menjadi mangsa buli di sekolah. Trauma dengan seorang insan bernama Idham Hariz di zaman persekolahannya, membuatkan Syafika tidak pernah punya teman lelaki, walau asyik blind date dengan lelaki-lelaki berbeza. Nadim Ammar, si Pianist yang selamba, keras kepala tetapi punya prinsip tersendiri tentang cinta. Bertunang dengan Emilia, anak Tan Sri Jabbar bukan atas kerelaan hati.

Kes silap masuk khemah di tempat memancing mempertemukan si Loser dan si Pianist ini. Syafika dengan perangai A, Nadim dengan perangai B. Syafika gadis kerek bagi Nadim. Nadim lelaki poyo menurut tafsiran Syafika. Tapi antara pro dan kontra, anehnya mereka sering bertemu. Dan seperti kisah-kisah cinta yang lain, bertemu itu maknanya berjodoh. Berjodoh itu maksudnya cinta.

Syafika masih tidak yakin. Bila soal cinta berada di pasak hati, dia seperti gadis bingung. Tapi si Pianist itu sudah mencuri hatinya. Namun bila cinta mula bersemi, Idham muncul kembali, mahu mencuri hati Syafika yang dahulu dibuli dan dikeji. Siapa yang akan Syafika pilih? Lelaki di masa lalu atau masa kininya? Lalu siapa yang harus dicuri cintanya? Cinta si Pianist yang cool atau cinta si kaki buli yang tampan?

Nadim, berhenti layan saya macam saya ni anak kecil boleh tak? Saya ni lebih tua daripada awak - Syafika

Datang bulan ke? Asyik nak marah aje. Awak sedar tak kita kerap sangat bertemu. Dalam seluas-luas alam ni, saya asyik nampak awak. Awak pun kerap bertembung dengan saya. Macam perfect match from heaven, kan? - Nadim

Pandangan sesedap rasa:

Nadim Ammar, The Pianist yang cool gila. Tak habis belajar atas suatu sebab. Kalau nak tahu, memang kena baca buku ni. Lelaki yang mempunyai sikap sabar, free spirit, berani luahkan perasaan, pandai main piano. Waaa, amazed dengan dia yang tetap bersabar dengan ayah dia dan berani meluahkan perasaan kepada perempuan yang dia suka. Tapi sabar-sabar pun ada hadnya juga. Habis pejabat ayahnya dikerjakan. Kiranya, hasil kerja dia tu cantiklah.

Syafika atau Cika, The Loser, apa nak describe ya? Cika ada syarikat sendiri. Tak nak mengaku tentang perasaannya. Tapi akhirnya mengaku juga. Anak yang patuh. Tetapi kepatuhannya ada had. Alergi dengan betik. Pelik tapi benar.

Idham Hariz, tak habis-habis dengan cintanya. Takkan tak sedar yang itu cuma rasa bersalah?

Oh, suka dengan watak Nenek Puteh. Haa, a mysterious woman.  Banyak lagi watak lain. Tapi rasanya lebih baik teroka sendiri.

Siapa tu Zakri? Naomi pula siapa? Siapa pula Doktor Marina? Apa tujuan Tan Sri Jabbar sebenarnya? Kenapa Tuan Aaziz suka menentukan hidup Nadim? Jeng, jeng, jeng. Nak tahu, kena baca.

Sebenarnya, bila mula-mula baca rasa macam tak best, tapi bila dah melangkau ke bab-bab yang seterusnya, terus melekat. Kiranya, macam tengok drama lah. Scene mereka semua terlayar dalam ruangan mata. Tak ada satu pun yang terlepas. Sebab tak pernah pergi Jepun, atau negara lain, maka bayangan scene tu sesuka hati.

Okey, I did it. Baca novel tu dalam masa 12 jam. Rasanya, pergaduhan Nadim dan Cika yang paling seronok. Nak-nak lagi kalau Nadim ugut, "You love me, don't you Cika?" Okey, itu aje kot nak kongsi. Berapa markah yang saya bagi? 4 daripada 5 bintang. Apa-apa pun, pembaca kena pandai ambil perkara yang positif dan kena pandai buang perkara yang negatif. Tapis-tapislah ya? Yang baik jadikan ikutan, yang buruk jadikan sempadan.

Kalau rasa nak baca... Eh, silap! Mesti baca buku ni. Jadi, carilah buku ALAMAK! LAGI-LAGI DIA, karya MAZNI AZNITA, penerbitan BUKU PRIMA di kedai-kedai buku berhampiran. Sekian, terima kasih. Jazakumullahukhairan, barakallahufiikum, :).    

Saturday, 14 September 2013

Cerpen- Cinta Miss Troublemaker -Part 4, Final-



        “SYIRA nak beli apa?” soal Aizat. Musyirah masih merenung dinding kaca lutsinar di sisinya. Pandangannya kosong bagai tiada perasaan. 

            “Syira penat tunggu dia. Syira nak jalan-jalan dekat sini,” jawab Musyirah. Namun, pandangannya masih belum berkalih. Aizat mencapai pergelangan tangan kanan adiknya. Khuatir adiknya akan rebah memandangkan Musyirah kerap pitam sejak suaminya tiada. Jelas tekanan yang dihadapi adiknya itu.

            “Jom,” ajak Aizat. Musyirah membuka langkahnya, menuruti langkah Aizat. Baru beberapa langkah berjalan, dia terhenti. Aizat terpaksa melakukan perkara yang sama.

            “Abang...” panggil Musyirah. Jari telunjuknya tangan kirinya menyentuh dinding kaca lutsinar itu. Matanya dikecilkan dan dibesarkan buat beberapa kali.

            “Dia ke tu?” soal Musyirah. Aizat merapati adiknya. Arah yang ditunjukkan oleh adiknya itu dipandang.

            “Tu suami Syira kan? Syira yakin tu dia kan abang?” soal Musyirah bersama-sama senyuman di bibir. Aizat mengangguk, mengiakan pertanyaan adiknya.

            “Jom Syira,” ujar Aizat. Laju kakinya melangkah menuju ke kedai pakaian itu. Musyirah turut melangkah dengan laju meski keadaannya sedia lemah.

            “Nazhirin Syahran bin Mukhtar!” Lantang suara Aizat memanggil nama Nazhirin. Panggilan itu menarik perhatian seiisi kedai menjual pakaian itu. Nazhirin yang sedang membelek sepasang baju kurung segera berpaling.

            Can I talk to you  for a few minutes?” soal Aizat. Nazhirin mengangguk. Langkah diatur mengikuti langkah Aizat. Pandangannya terpaku pada wajah Musyirah yang cukup kosong. Wajah itu cukup pucat.

            “Ingat siapa dia?” soal Aizat. Nazhirin memandang Aizat.

            “Aku abang dia, Aizat,” jelas Aizat. Nazhirin mengangguk. Mana mungkin wajah yang cukup dirinduinya itu dia lupakan. Namun dia tidak menyangka yang dia akan menemui Musyirah dalam keadaan sebegini. Dia tidak sangka yang pemergiannya selama dua minggu itu meninggalkan kesan yang amat dalam bukan sahaja pada dirinya, malah turut pada Musyirah.   

            “Lihatlah apa yang kau dah buat pada Syira,” tutur Aizat. Musyirah menghantarkan pandangan yang kosong meski dia sedar akan keberadaan suaminya itu.

            “Aku peliklah dengan kau ni. Apa yang ada dalam fikiran kau sebenarnya? Apa tujuan kau tinggalkan Syira?” soal Aizat.

            “Abang Aizat... Syira tak larat. Cukuplah Syira dah jumpa dia. Syira dah tau bagaimana sihatnya dia,” tutur Musyirah. Dia hampir rebah. Pantas Aizat memaut lengan adiknya, menghalang Musyirah daripada terjelepok. Nazhirin bergerak merapati Musyirah. Aizat sekadar memandang tanpa ada niat untuk menghalang Nazhirin daripada mendekati adiknya.

            “Bukannya saya sengaja buat Syira macam tu. Saya ada sebab saya sendiri,” kata Nazhirin sebelum mencempung tubuh Musyirah yang sudah tidak menyedarkan dirinya.

            “Hei, kalau betul kau ada sebab kau sendiri, aku nak kau nyatakan sebab tu sekarang!” tegas Aizat. Langkah Nazhirin dihalangnya.

            “Selama dua minggu ni, saya berada di Perak. Ada kerja yang perlu diselesaikan,” jawab Nazhirin. Langkahnya diatur kembali.

            “Kerja apa sampaikan tak contact isteri selama dua minggu tu? At least, kau bagi tahulah dia kau ke mana,” kata Aizat. Kecewa sungguh akan sikap adik iparnya itu. Nazhirin tidak menjawab. Baginya, kesihatan isterinya adalah lebih penting.


            MUSYIRAH merenung dinding di dalam biliknya dengan pandangan yang kosong. Fikirannya juga kosong. Entah mengapa, kata-kata suaminya langsung tidak hinggap di fikirannya. Baginya, alasan suaminya meninggalkan dirinya adalah tidak mampu diterimanya. Penjelasan itu tidak cukup kukuh. Kini, hatinya mula mempersoalkan, teguhkah cinta suaminya buat dirinya?

            “Kakak...” Suara lembut Munirah menerjah gegendang telinganya. Musyirah menghela perlahan nafasnya.

            “Nak apa Ira?” soal Musyirah. Munirah mengambil tempat di sebelah kakaknya.

            “Abang Naz...” Musyirah memandang adiknya itu dengan pandangan yang tajam.

            “Apa? Dia nak apa lagi?! Dahlah, kakak dah cukup terseksa dah kena tinggal dengan dia. Susah sangat ke dia nak bagitahu akak yang dia ada kelas di sana? Bagi tahu sajalah!” bentak Musyirah, geram. Munirah mengetap bibirnya.

            “Kakak, cuba kakak bagitahu Ira, boleh ke seorang isteri buat perangai macam ni dekat suami dia? Tak boleh kan? Kak, semarah mana pun seorang isteri terhadap suaminya, kakak tetap kena ingat yang kakak seorang isteri dan abang tu suami. Kakak tahu kan berdosa bila kakak abaikan suami kakak. Lagipun, abang tak bagitahu kakak sebab dia tak nak kakak risaukan keselamatan dia. Dia kenal sangat siapa kakak. Ira pun kenal perangai kakak yang kalut tak kira masa tu,” kata Munirah. Serabut fikirannya melihat keadaan rumah tangga kakak dan abang iparnya itu. Jadi, tekadnya kini dia harus memperbaiki keadaan daripada menjadi semakin teruk.

            “Ira tau, kakak ada sembunyikan sesuatu daripada abang kan? Kakak fikir Ira tak dengar ke apa yang kakak cakap dekat doktor tadi?” Munirah menduga kakaknya. Entah sampai bilalah kakaknya itu ingin menyimpan rahsia.

            “Perlu ke dia tahu?” soal Musyirah. Munirah tersenyum.

            “Kakak, ni...” Tangan kanannya mendarat di atas perut Musyirah. Musyirah sekadar memandang.

            “Anak siapa?” soal Munirah.

            Musyirah mengetap bibirnya sebelum menjawab, “Anak kakaklah.”

            “Ya, kakak memang ibunya. Tapi ayahnya? Abang Naz kan? Kakak buatlah apa-apa pun, tetap tak akan mengubah kenyataan bahawa anak ni ialah anak kakak dengan Abang Naz. Kakak kena bagitahu dia,” ujar Munirah, lembut. Musyirah melepaskan keluhan perlahan.

            “Kakak takut... takut dia tinggalkan kakak lagi. Kakak terlampau sayangkan dia. Cuba Ira bayangkan, andai Ira dah sayangkan seseorang itu ibarat nyawa Ira sendiri, bila dia pergi tinggalkan Ira, maknanya nyawa Ira turut dibawa bersama-sama dia. Sakit sangat rasanya, Ira. Kakak tak nak terima alasan dia sebab kakak takut perkara ni terjadi lagi,” luah Musyirah. Air matanya mengalir lesu.

            “Abang janji, perkara macam ni tak akan terjadi lagi. Abang janji, abang tak akan tinggalkan Syira tanpa sebab, tanpa diberitahu. Abang janji, abang akan jaga dan didik Syira dan bakal anak-anak kita dengan sebaik-baiknya. Abang janji, abang akan pelihara cinta kita dan membimbing rumah tangga kita sehingga ke jannah,” tutur Nazhirin yang sudah berdiri di muka pintu. Munirah sudah pun keluar sebaik sahaja Nazhirin menuturkan ayat pertamanya tadi. Kini hanya tinggal Musyirah dan Nazhirin di dalam bilik itu.

            “Kata orang, orang yang menuturkan janji sangat mudah untuk melupakan janji-janjinya. Tapi orang yang menerima janji akan pegang janji-janji itu sampai bila-bila. Syira tak nak abang berjanji. Syira takut janji-janji itu akan dilupakan dan tidak ditunaikan. Syira tak nak abang berjanji sebab bila abang dah berjanji, janji tu akan Syira pegang buat selama-lamanya. Syira takut, andai janji itu tak ditepati, hati Syira yang akan terluka,” kata Musyirah. Nazhirin mula merapati isterinya.

            “Janji-janji abang itu bukan sekadar janji biasa. Janji-janji itu disertakan dengan azam. Azam yang abang sematkan di dalam hati dan janji-janji itu, InsyaAllah, akan abang laksanakan. Bukan Syira seorang sahaja yang terseksa bila kita berpisah. Abang turut terseksa. Kalau tidak disebabkan handphone abang tertinggal, sudah pasti hari-hari abang akan hubungi Syira. Abang minta maaf. Silap abang juga,” bicara Nazhirin. Musyirah memandang wajah suaminya.

            “Kenapa tak pinjam handphone orang lain?” soal Musyirah. Nazhirin mengangkat keningnya sebelum mengambil tempat di sebelah Musyirah.

            “Cuba Syira cakap dekat abang, tutor mana yang hari-hari pinjam handphone pelajar-pelajar dia?” soal Nazhirin. Musyirah mengetuk perlahan jari telunjuk tangan kanannya pada dagunya.

            “Tak mustahil ada tau. Ataupun abang boleh jadi orang yang pertama. Boleh cipta rekod kan, kan? Macamlah tutor lain tak ada handphone kan?” Ada sinis pada nada suara Musyirah.

            “Syira, tutor lain semua perempuan. Lelaki pun seorang aje. Tu pun ala-ala perempuan tau? Syira tak kisah ke kalau hari-hari abang jumpa tutor perempuan untuk minta handphone? Tak kisah? Tak cemburu ke? Yang tutor lelaki tu, abang sendiri tak sanggup nak jumpa. Dia punya pandangan pun dah lain macam,” kata Nazhirin. Musyirah merenung tajam wajah Nazhirin disebelah kanannya buat seketika. Suaminya itu turut bersandar pada kepala katil sebagaimana dirinya.

            “Bagusnya orang yang organize program ni kan? Kalau Syira jumpa, Syira cekik-cekik dia. Nasib baik abang tak minta handphone dekat tutor perempuan tu. Kalau abang buat, Syira mogok dengan abang sampai bila-bila,” ujar Musyirah. Jelas kemarahannya itu apabila kata-katanya disertai dengan aksi. Nazhirin yang melihat reaksi isterinya itu sudah tersenyum sendiri. Musyirah yang inilah yang dirinduinya. Musyirah yang ceria orangnya.

            “Jadi sekarang ni Syira tak bolehlah mogok dengan abang kan? Sebab abang tak jumpa seorang pun tutor perempuan untuk minta handphone,” kata Nazhirin. Kerutan pada dahi Musyirah terus hilang. Dia menoleh ke kanan, menatap wajah suaminya yang setia menanti jawapannya. Musyirah akui, dia dapat melihat betapa menggunungnya rasa bersalah suaminya terhadap dirinya. Betapa tulusnya setiap ucapan meminta maaf yang keluar daripada bibir merah itu. Tetapi dia yang sengaja mengeraskan hatinya, khuatir Nazhirin akan meninggalkannya lagi.

            Tangan kanan Nazhirin dicapai dan dibawa ke bibirnya. Dicium tangan itu dengan penuh hormat. Lantas tangan itu dibawa ke pipinya. Dia masih menunduk.

            “Memang tak sepatutnya Syira buat perangai. Memang tak sepatutnya Syira sakitkan hati abang walhal abang sudah beribu-ribu kali meminta maaf. Memang tak sepatutnya Syira marahkan abang walhal abang dah menyatakan hal yang sebenar. Syira cuma takut perkara ni akan berulang dan Syira tak nak perkara ni berulang. Maafkan Syira atas sikap Syira selama ni,” tutur Musyirah. Tangan Nazhirin dicium sebelum dilepaskan. Musyirah menyandarkan kepalanya pada dada suaminya.

            Nazhirin tersenyum. Kepala Musyirah diusap perlahan dengan tangan kanannya.

            “Sentiasa ada kemaafan buat Syira dalam hati abang dan abang harap, Syira turut memaafkan abang atas kesilapan abang. Abang akan pastikan dengan sedaya upaya abang, perkara tu takkan berulang lagi,” ujar Nazhirin. Musyirah tersenyum puas.

            “Ya, Syira maafkan abang. Syira akan pastikan lepas ni Syira akan bincang baik-baik dengan abang kalau ada salah faham. Penatlah Syira nak buat mogok ni. Seksa perasaan Syira aje. Abang, Syira rindukan abang sangat, sangat, sangat, sangat, dan sangat. Tiga sangat daripada Syira, dua lagi, daripada anak kita. I love you, abang,” ucap Musyirah dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibirnya. Tangan kiri suaminya dicapai dan diletakkan di perutnya.

            “Alhamdulillah. Anak kita, empat minggu,” kata Musyirah. Nazhirin turut memanjatkan rasa syukur. Ubun-ubun isterinya dicium kasih.

            “Alhamdulillah, kandungan ni sihat. Nasib baik tak terjejas waktu Syira demam panas dulu,” jelas Musyirah.

            “Bila Syira tahu Syira pregnant?” soal Nazhirin. Musyirah menayangkan sengihnya.

            “Syira dah tahu lama dah, sebelum abang pergi Perak lagi. Tapi waktu tu Syira agak-agak aje, tak check dekat doktor pun. Syira dapat agak pun sebab tak period walaupun dah sampai masanya. Masa Syira demam panas dengan kerap pitam, abang dengan Ira yang jaga. Diaorang hantar Syira pergi klinik. Alang-alang, Syira check ajelah terus. Mungkin sebab Syira tahu Syira pregnant dan Syira nak abang ada dengan Syira, Syira menangis terlebih dos. Syira rasa Syira menangis pun sebab mengada aje lebih walaupun Syira sayang abang sangat, sangat, sangat, sangat, dan sangat. Again, I love you, abang,” ucap Musyirah. Manja sungguh Musyirah dengan suaminya itu.

            Sayang, I’m so sorry for not being there beside you while you really needs me. I love you too, Syira. Abang sayang Syira dan anak kita,” tutur Nazhirin.

            “Isk! Abang ni... Syira maafkan abang lagi. Abang kena pastikan yang abang akan ada dengan Syira untuk lapan bulan dari sekarang. Tak boleh pergi jadi tutor. Lepas Syira habis pantang nanti baru boleh. Lagi satu, I love you more,” kata Musyirah. Dia tersenyum manja.

            “Terima kasih sayang, bagi ucapan I love you banyak-banyak dekat abang hari ni. Ya, abang tak akan tinggalkan Syira untuk jadi tutor. I love you most,” balas Nazhirin. Musyirah tersenyum.

            “Sama-sama, abang. Syira harap, cinta kita akan sentiasa diredhai Allah dan Syira nak abang pimpin Syira dan bakal anak-anak kita ke jannah,” tutur Musyirah. Nazhirin mengangguk.

            “InsyaAllah, sayang. Abang tak boleh lakukannya bersendirian. Abang nak Syira ada bersama-sama abang. Bantu abang agar kita semua menjadi lebih baik,” bicara Nazhirin. Musyirah mengangguk. Mulai hari ini, dia akan pastikan pengalaman itu benar-benar mengajarnya. Dia akan memperbaiki dirinya agar dapat menjadi isteri yang baik dan solehah buat suaminya. Dia akan pastikan cinta Miss Troublemaker sepertinya bukanlah cinta yang biasa-biasa, tetapi ada keunikannya yang tersendiri. Moga bahagia terus menjadi milik mereka.

Pesanan penaja: Assalamualaikum, :). Okey, seperti yang dikatakan part 4, final. Yeah, finally! Ada rasa nak belasah saya tak sebab update cerita ni ikut part? Haha. Mungkin korang akan geram dengan watak Nazhirin sebab tinggalkan wife dia macam tu je. Dan mungkin korang akan geram dengan watak Musyirah sebab senang sangat maafkan suami dia. Mesti korang akan cakap, macamlah tak ada public phone dekat situ. Kalau korang, mesti korang mogok seminggu baru nak maafkan, kan? Haha. So, this is it. Musyirah masih sedar yang dia seorang isteri dan redanya terletak pada suaminya. Memang tak bolehlah kan seorang isteri tu mogok dekat suami dia lama-lama. Nazhirin sedar akan status dia sebagai seorang suami yang mesti melindungi isteri. Dia tak henti-henti minta maaf. Korang nampak yang dia berjaya menjadi seorang suami yang baik, kan? Haha. Ulas cerita sendiri. Okey, nak jugak saya baca apa pendapat korang. Geram ke, rasa nak belasah Nazhirin ke. Atau nak membebel kat Musyirah ke. Anything. Komenlah ya? Hehe. Terima kasih. Jazakumullahukhairan. Barakallahufiikum.