Walaupun
Ihsan pernah menyakiti aku dulu, adil ke untuk Ihsan jika aku mengungkit
mengenai siapa dia semasa namanya Zachary dulu? Semasa dia kafir dulu? Adil ke
untuk dia?
Tak,
aku tahu tak adil jika aku ungkit siapa dia ketika dia kafir dahulu. Aku tahu,
apabila dia memilih Islam, maka dia memilih untuk menjadi lebih baik. Aku yakin
Allah tahu Ihsan mampu.
Dan
mungkin, aku perlu tolak tepi soal dendam. Ya, dendam lama itu. Dendam yang aku
kata kalau aku jumpa dia, aku akan kerat lapan belas badan dia.
Aku
mungkin perlu pandang ke depan, sebab aku tahu, dalam hati aku ada sayang.
Sebab aku tahu, Aryan terlalu sayangkan Ihsan.
Benarlah
kata Wardina. Bukan hak aku untuk hukum dia apabila Islam sendiri telah
menyempurnakan dia. Aku perlu yakin. Yakin akan ketentuan Allah. Dan yakin akan
Arifihsan.
Hari
ni birthday your hubby. Don’t forget that! Naufal suruh pesan semalam lagi
sebenarnya. Tapi terlupa. So sorry!
TAK tahu apa perasaan aku sekarang ni. Mata terus pandang jam
pada dinding bilik. Pukul 10 malam kut! Kedai mana yang buka masa-masa ni?
Teruk
punya adik! Boleh pula dia lupa nak bagitahu aku tentang ni semalam? Aduhai...
Aku tak pernah pun ambil tahu fasal hari lahir Ihsan. Dan aku tak tahu pun hari
lahir Ihsan begitu dekat dengan hari lahir Aryan. Agak-agaknya, boleh tak kalau
hari lahir Ihsan aku sambut sekali dengan hari lahir Aryan esok?
Tapi...
Rasa tak seronok pula kalau aku tak bagi apa-apa kepada Ihsan. Apa yang aku nak
bagi ya?
Hai,
kau dah terima dia ke, Nuha?
Terima?
Tak. Sayang? Ya. Tapi dia tak tahu dan aku harap dia takkan tahu.
Aku
terus membuka laci meja dan mengeluarkan satu plastik kertas warna. Aku ada
masa kurang dua jam saja lagi sebelum tarikh berubah. Harap-haraplah sempat
siap.
11.45
MALAM.
Aku mengemaskan ikatan riben berwarna merah
jambu terang dan ungu lembut itu sebelum aku bangkit daripada dudukku. Kaki
melangkah ke arah meja solek dan gincu berwarna merah terang aku capai dan aku
oleskan pada bibir sepekat yang boleh.
Usai,
kaki terus melangkah mendapatkan meja kembali dan aku melekapkan bibirku pada
halaman depan buku skrap itu.
Perfect!
Tak sangka cubaan kali pertama aku untuk
hasilkan bentuk bibir yang cantik terus menjadi. Cayalah, Nuha!
Sehelai
kertas berwarna biru lembut aku capai dan pen berdakwat hitam aku gunakan untuk
menulis sesuatu di atas kertas itu.
Happy
birthday, Arifihsan! I just knew at 10 pm just now that today is your birthday
and I have nothing to buy as a present for you. So I thought of doing this.
Hope you’ll like it. (I know that this is quite childish but this is all I can
think to do)
Oh
ya! The birthday wish. Arifihsan Green bin Abdullah, hope that you had a really
great day today and forever. I wish that you will have a thousand reasons to
smile each day. And yaaa, may Allah bless you forever.
This
thing that I’ve always wanted to tell you.
I
forgive you. Let’s be friend, maybe?
Hah? Apa yang aku mengarut ni?
Cepat-cepat
aku potong ayat ‘Let’s be friend, maybe?’ itu. Tak puas hati, aku capai liquid
paper di atas meja dan aku menindih tulisan tadi dengan cecair putih itu.
Terus sahaja aku bawa ke mulut dan aku tiup supaya cepat kering. Setelah
kering, aku meletakkan gam pada sebahagian kecil halaman belakang helaian
kertas itu dan aku gamkan pada buku skrap di atas meja. Sempat lagi mata
menjeling jam pada dinding. 11.53.
Mesin
pencetak yang masih hidup aku matikan dan skrin komputer riba aku turunkan.
Buku skrap di tangan terus kubawa bersama-sama untuk diserahkan kepada birthday
guy hari ini.
Aku
terus ke bilik Aryan sebab aku tahu dia mesti ada dengan Aryan.
Buka
sahaja pintu bilik Aryan, aku terus memakukan pandangan ke arah katil. Namun
katil itu hanya dihuni Aryan yang sedang nyenyak. Aduhai, dia dekat bawah ke?
Harap-haraplah sempat sebelum tarikh berubah! Lalu terus sahaja aku berjalan
laju ke tingkat bawah.
Entah
kenapa aku akan rasa terkilan sangat kalau lambat bagi hadiah ni kepada dia. Dada
terasa sempit. Mata dah rasa panas semacam. Ya Allah, kenapa aku sensitif
sangat ni?
Sampai
sahaja di dapur, aku tengok ruang dapur itu kosong. Ruang tamu pun tak ada
manusia. Habis tu? Mana Ihsan?
Mata
sempat lagi menjeling jam pada dinding ruang tamu. 11.58. Tapi jarum jam saat
tu dah nak sampai ke angka dua belas pun.
Tak
semena-mena air mata dah jatuh setitis semasa aku sedang berkejar ke tingkat
atas. Aku pergi semula ke bilik Aryan. Buka sahaja pintu, aku dengar suara
Ihsan baca surah al-Fatihah dan aku nampak dia sedang menunaikan solat.
Sedihnya
aku... Mata mengerling ke arah jam di atas meja lampu tidur di sisi katil
Aryan. Dah pukul 12.01 dah pun. Dan aku tak tahu apa masalah emosi aku, tapi
aku rasa nak sangat menangis bersungguh-sungguh.
Maka,
berkat emosi yang tak terkawal itu, automatik tubuh melorot jatuh dan aku
menunduk memandang lantai sambil menangis macam orang putus asa. Kedua-dua
belah kaki aku rapatkan pada tubuh dan kemudian aku peluk. Hanya aku dan Allah
saja yang tahu betapa bersungguh-sungguhnya aku menangis pada ketika ini.
Sedihnya
aku... Ihsan baik sangat. Dan aku tak pernah nak ambil tahu fasal dia.
Buruknyalah perangai aku ni... Tang manalah yang Ihsan nampak aku ni sempurna
sangat? Ya Allah, entah apa-apanya aku ni. Nak bagi hadiah hari lahir dia pun
tak sempat. Sedihnya aku.
Bila
mata tiba-tiba terpandang Ihsan yang sedang solat, lagilah kuat aku menangis.
Esakan aku tak mampu untuk aku tahan daripada terkeluar walaupun mulut sudah
aku tekup. Memang macam menangis masa kecil-kecil dulu. Siap tersedu-sedu sebab
tak cukup oksigen.
“Astaghfirullahalazim...”
Aku
angkat muka sedikit apabila mendengar suara itu. Nampak Ihsan tengah bangun
daripada tikar sejadah dan melipat sejadah itu sebelum berjalan menghampiriku.
Aku kacau Ihsan solat ke? Maka, air mata terus menderu-deru keluar.
“I
did... didn’t... me... mean... to... to disturb... you. I’m... m sor... ry”
Teruk betul sedu aku pada ketika ini. Langsung aku tak angkat muka pandang
Ihsan yang aku tahu dah berada di hadapan aku.
“I
didn’t say that you’re disturbing me. Why are you crying this hard at the
middle of the night?” Lembut sahaja nada bicaranya yang kini sudah berada
di sisiku, barangkali turut bersandar pada dinding sepertiku. Aku terus
menggelengkan kepalaku, menjawab soalannya tadi. Takkan aku nak jawab bahawa
aku menangis sebab dia terlalu baik?
“Okay,
it’s okay. Easy. Calm down, Nuha.”
Makin
dia suruh aku bertenang, lagilah aku rasa tak boleh bertenang. Aku takkan boleh
bertenang selagi aku nampak kebaikan dia.
“Nuha...”
Tegas bicara itu dalam lembut. Maknanya dia suruh aku berhenti menangislah.
Macam masa aku suruh Aryan berhenti menangis. Dan selalunya aku akan peluk
Aryan untuk tenangkan dia. Tapi Ihsan tak buat macam tu sebab aku tahu dia tak
nak aku marah.
Aku
kesat air mata dengan tudung. Tak tahu dah macam apa rupa aku sekarang. Aku
cuba untuk berhenti menangis, tapi susah sangat. Walaupun air mata dah kukesat
hingga bersih, tetap ada lagi air mata yang keluar. Sedu masih tetap aktif,
tanpa ada tanda-tanda hendak berkurang.
Akhirnya
aku menyandarkan kepala pada lengan Ihsan dan wajah kututup dengan tudung sebab
aku tak nak Ihsan nampak muka aku yang aku dapat rasakan tak ada rupa aku.
Tanpa aku sangka, Ihsan merangkul bahuku dan menarik aku rapat kepada tubuhnya.
Aku selesa begini. Sungguh. Tangisku semakin berkurang dan akhirnya hanya sedu
yang bersisa bersama esakan tanpa air mata.
Tudung
aku turunkan daripada wajah dan permaidani yang mengalas lantai bilik Aryanitu
menjadi mangsa renunganku.
“You
cry like Aryan did. Like a four years old child.” Aku tak boleh halang
bibir aku daripada tersenyum apabila mendengar bicara itu.
“I’m...
m sorry...” Sedu masih lagi bersisa. Oh, baru aku rasa malu nak pandang
muka Ihsan!
“Why
are you crying that hard?” Ihsan mengalihkan tangannya daripada bahuku
seraya aku menegakkan kepalaku. Aku menggelengkan kepalaku, tak mahu beritahu
alasanku.
“And
why are you still awake at this hour?” Soalan itu aku biarkan sepi tanpa
jawapan. Aku mahu seduku berhenti dahulu.
Sebaik
sahaja sedu telah berhenti, aku mengangkat pandanganku dan memandangnya. Kaki
yang kupeluk rapat pada tubuh sebentar tadi, aku turunkan dan sila kupasang.
“Belated
happy birthday...”tuturku perlahan. Tapi aku tengok muka Ihsan macam tengah
tahan gelak.
“I’m
sorry, Nuha. But...” Dan tiba-tiba dia mengangkat tangan kanannya dan
tangan itu dia gerakkan menghampiri wajahku. Aku terkejut apabila jemarinya
menyentuh bahagian hujung bibirku. Terus sahaja aku menarik kepalaku ke
belakang.
“Why?”
Cepat-cepat tangan memegang bibir sendiri. Ada apa-apa ke pada bibir aku? Aku
tengok Ihsan memang bersungguh-sungguh tahan gelak dia. Beria-ia dia cuba
sembunyikan senyum dia.
“Ihsan,
why?” Aku betul-betul tak puas hati sekarang ni. Jari aku yang menyentuh
bibir tadi memang tak ada apa-apa kesan pun.
“Come
here. You got that...” Maka aku pasrah sahaja membiarkan dia menenyeh
sesuatu pada bahagian bibirku. Aku rasa semua jari dia dah guna. Dan apabila
dah selesai, dia angkat telapak tangan kanan dia dan regangkan jari-jari dia
sebelum tunjuk kepada aku. Merah! Ya Allah! Baru aku ingat fasal gincu yang aku
tak sempat lap semula tadi. Malunya! Mesti dah comot gila tadi. Patutlah Ihsan
gelak.
“What
did you do with this at this hour, Nuha?” Dia menggoyang-goyangkan tangannya
dengan gelak kecil yang meletus daripada bibirnya. Aku rasa muka aku dah macam
pakai blusher sekarang ni.
Buku
skrap yang berada di atas riba sedari tadi akhirnya aku ambil dan aku hulurkan
kepadanya.
“Belated
happy birthday. Sepatutnya saya sempat wish tanpa belated
tadi kalau first attempt saya untuk jumpa awak dekat sini tadi tak
gagal. I didn’t find you in here. I thought you were downstairs but you’re
not there until I realized that I forgot to find you in the toilet,”
tuturku.
“And
that’s why you are crying?” soal Ihsan sambil menyambut huluranku.
“Mana
ada!” Mungkin refleks spontan, secara tidak sengaja aku terpukul lengannya.
Aduh... Kau fikir Ihsan ni abang kau ke, Nuha? Tapi mujurlah Ihsan gelak
sahaja.
Aku
perhati Ihsan yang sedang membaca tulisan aku pada helaian biru yang kutampal
tadi. Haish... malu aku kalau dia nampak kesan liquid paper tu. Tapi dia
tak banyak cakap, terus sahaja dia selak buku skrap itu. Harap-harap dia
sukalah sebab aku nampak dia asyik senyum saja bila tengok isi kandungan buku
skrap tu.
“That
picture when I was pregnant, Dina yang ambil masa saya mengandung lapan
bulan. The only one gambar mengandung yang saya ada. The only one
gambar yang saya boleh tunjuk dekat Aryan and tell him that he is the one
inside my womb.” Tiba-tiba aku bercerita sambil mata pandang gambar yang
aku tampal pada buku skrap itu. Gambar itu pun, Dina ambil secara curi-curi
semasa aku sedang tenggelam dengan bunga yang bersepah-sepah masa musim bunga.
“Ni
masa Aryan baru lahir. He’s still red. Mata dia buka sikit-sikit aje.When
I looked into his eyes, I just felt that he knew that I’m his mother and I
cried because I’m so scared that I can’t be a good mother to him.”
“Nuha...”
Tiba-tiba Ihsan bersuara. Aku pandang Ihsan yang sedang pandang aku. Baru aku
perasan, kedudukan kami amat dekat.
“Siapa
azankan Aryan?” Aku senyum dan pandangan aku tundukkan kembali memandang buku
skrap pada tangan Ihsan.
“Adik
Dina, Hizam. Dia first year engineering masa tu.”
“Hizam...
Dia ada datang kan masa Husna nikah?” Aku angguk. Kemudian Ihsan meneruskan
lagi pemerhatiannya pada buku skrap itu.
“This
picture of his eyes... I took six days after his birth to really accept him. Tu
pun lepas Dina ugut untuk bagi nama pada Aryan dan ambil Aryan daripada saya. Hari
ketujuh, baru saya sedar, Aryan have your eyes on him. That grey coloured
eyes.”
“That
I tried to hide from you.”
“Using
that fake spectacle?”
“That
you broke.” Aku ketawa. Ihsan pun sama.
“Can
I ask you something?”
“Apa?”
“Why
did it take you quite long to accept Aryan?”
“Because
of you. Saya banyak sangat berfikir masa tu. Mengenai agama Aryan,
soalan-soalan yang akan dia tanya mengenai ayahnya apabila dia dah besar,
persepsi keluarga saya... Banyak sangat perkara yang perlu saya pertimbangkan
sebelum saya buat keputusan untuk terima Aryan. Dina dan Hizam banyak sangat
tolong saya. Banyak sangat ingatkan saya pada Allah. Ingatkan saya bahawa Aryan
tak ada dosa walau secalit pun. Dan mereka ingatkan saya bahawa seorang anak
itu tidak pernah menjadi kafir, melainkan ibu bapanya yang mahukan dia menjadi
kafir. Saya hidup dengan pegangan itu. Saya membesarkan Aryan dengan ajaran
Islam kerana saya mahukan dia menjadi seorang Muslim yang kenal akan Tuhan-Nya
dan sentiasa taat akan Tuhan-Nya.”
“Nuha.”
Aku
pandang Ihsan.
“Thank
you for doing the right thing,” ucap Ihsan.
Aku
tundukkan kembali pandangan aku.
“Tengok
gambar ni, muka Aryan masa first time makan. Saya bagi dia avocado
puree. Dia suka tau. And this one, Aryan ada satu habit. Kalau
dia penat sangat main dalam satu hari tu, dia cenderung untuk tidur masa tengah
makan. And then dia akan menangis sebab saya rasa dia keliru antara
makan dengan tidur, mana satu yang dia patut buat.” Aku dengar Ihsan ketawa.
“Here,
Hizam yang ambil gambar ni. Masa ni Aryan baru dapat kaki. Penat tau saya nak
kejar dia kalau dah bawa jalan-jalan tu.”
“Keluar
dengan Hizam aje ke?”
“Taklah,
John dengan Dina pun ada.”
“Ni?”
Jari Ihsan menunjukkan pada salah satu gambar Aryan yang sedang menangis.
“This
one, Aryan tertidur masa tengah duduk. Dia bersandar pada dinding sambil
tengok TV dengan tangan kanan dia ni, support badan dia. So then dia
tertidur. Berpusing-pusing jugalah kepala dia sampai at one point, bila
dia tegakkan kepala dia, kepala dia terhantuk pada dinding. Itu yang meraung
tu.”
“And
you sibuk ambil gambar dia?”
“Ada
video sekali okey?” Aku ketawa nakal. Dia juga ikut ketawa dengan kepala
yang digeleng-geleng. Buku skrap itu terus kami selami bersama-sama. Ada kala
aku yang sukarela bercerita mengenai gambar-gambar di dalam itu dan ada ketika
dia yang bertanya.
Habis
sahaja menjelajah buku itu, aku duduk tegak kembali dengan tujuan menjauhkan
muka aku dengan Ihsan. Buku skrap telah ditutup Ihsan dan dia kembali memandang
muka hadapan buku skrap itu. Kertas berwarna biru lembut yang aku gamkan pada muka
hadapan itu menjadi perhatian Ihsan.
Sejurus
itu dia pandang sekeliling bilik Aryan dan kemudian dia bangun daripada
duduknya.
“Nak
pergi mana?” Entah apa-apanya aku punya soalan. Biarlah dia nak pergi mana pun.
“Sekejap.”
Selepas itu Ihsan terus berlalu ke tingkat bawah. Entah kenapa aku masih duduk
dekat sini. Dah bagi tu, baliklah bilik semula. Kenapalah dengan kau ni Nuha.
Aku
terus bangun daripada dudukku dan mendapatkan Aryan yang sedang lena. Dahi
Aryan kukucup sayang. Dah hampir seminggu aku tak dapat habiskan masa dengan
Aryan sangat sebab kena gantikan tempat abang ipar aku yang tiba-tiba demam
lepas balik dari luar negara hari tu. Tapi mujurlah Ihsan ada untuk jaga Aryan.
Dia kerja dari rumah walaupun dia ada syarikat keluarga dekat Edinburgh.
Lagipun dia sendiri cakap pada aku yang dia tak masuk campur banyak sangat
dengan hal syarikat di sini sebab adik dia yang uruskan. Dia pula uruskan
syarikat di Malaysia. Baguslah kalau macam tu, maknanya tak ada apa-apalah yang
mengikat Ihsan di Aberdeen ni kecuali aku.
Tapi
aku pelik juga, dia punya ijazah perubatan tu dia campak ke mana? Ataupun dia
ada ijazah business juga? Tapi kalau dia nak kerja dekat syarikat di
Malaysia tu pun, tak perlu ijazah perniagaan pun dia boleh kerja. Dah nama pun
syarikat keluarga dia.
Eh,
kenapa dengan otak aku ni? Asyik nak masuk fasal Ihsan aje.
Aku
terus bangkit daripada dudukku lantas langkah kuatur menuju ke bilikku. Baru
sahaja nak tutup pintu bilik, suara Ihsan menghalang tingkahku.
“Nuha,
sekejap, sekejap.”
“Ya?”
Aku buka semula pintu yang hendak aku tutup tadi. Ihsan pandang aku. Aku
pandang Ihsan. Adalah juga dalam dua minit dia tak cakap apa-apa.
“Nak
cakap tak? Kalau tak saya tutup.” Akhirnya aku yang bersuara bila tersedar yang
aku dah tertenung muka dia.
“So
sweet of you, Nuha.”
“Hmmm?”
Aku tak faham. Tiba-tiba puji aku ni kenapa?
“I
will remember this birthday for the rest of my life.”
“Even
without a birthday cake?” soalku. Ihsan senyum dan angguk.
“This
scrap book is not childish. I love it so much. And the most precious thing is
your forgive. Thank you so much, Nuha.”
“Baguslah
kalau awak suka.”
“About
that friendship thing... I agree.”Mata aku automatik membulat apabila
mendengar bicara Ihsan itu. Wajah terasa panas.
“Saya
kikis.” Muka dia cool saja masa tengah cakap tu.
“Ihsan!”
Ihsan melepaskan tawanya.
“Dah,
go to bed.”
“Awak
ingat saya ni Aryan ke?” Ihsan mengangguk.
“Sebiji.
Menangis pun macam Aryan.” Aku menarik senyum sebelum pintu bilik aku rapatkan
perlahan-lahan dan aku kunci. Tuhan, aku tak ada rasa pedih pun apabila
berbicara dengannya...