Total Pageviews

FIRST BABY

Thursday 26 January 2017

Ujian Tahun ke-5

Assalamualaikum, semua, :).

Korang mesti tengah expect update ke-2 untuk cerpen Lelaki untuk Irine. Saya plan nak update tengah malam ni.

Tapi...

Sehebat mana pun perancangan manusia, perancangan Tuhan jauh lebih hebat.

Pada malam ini saya diuji teruk. Beberapa kali menitis juga air mata.

Pen drive saya, yang saya simpan SEMUA karya saya sepanjang 4 tahun saya dalam bidang penulisan, tak boleh dibuka.

And the worst part is, saya tak ada satu pun copy untuk SEMUA itu.

Serius, tak ada.

Gambar2 semasa saya ke Aceh... Saya tak simpan dekat tempat lain. Dalam pen drive tu juga, SEMUANYA. Banyak sangat benda dalam pen drive tu. Gambar kucing saya yang dah dijemput Ilahi. Huhu, :(. Sedihhh sangat.

Cuma mungkin Tuhan tak nak saya kecewa dengan terlalu teruk.

Manuskrip saya yang bakal terbit tu ada salinannya dalam emel saya.

Dan manuskrip kedua saya yang sedang saya usahakan kini, masih selamat, alhamdulillah. Macam mana boleh selamat? Kebetulan saya sedang menulis manuskrip tu pada kala saya sedar pen drive saya dah 'mati'. Jadi saya save dalam laptop terus. Tak save dalam pen drive dah sebab pen drive tu memang tak boleh buka langsung.

The situation is like this, saya punya pen drive tu nama yang saya letak ialah NASHA. Then suddenly bila saya buka part Computer tu, saya dah tak jumpa nama NASHA tu. I thought pen drive tu longgar ke apa ke, cubalah masukkan betul2. Then lepas saya buat macam tu, dia bagi notis, installing pen drive. I was like, buat apa nak install? Pen drive ni dah berzaman kot berkawan rapat dengan laptop ni.

Dia nak install tu pun macam lembab semacam. Dah dapat rasa dah ada benda yang tak kena.

So bila dia dah siap install, saya tengok dekat tempat Computer tu, still tak ada nama pendrive saya. Then gali punya gali, memanglah pen drive tu diinstall tapi nama dia dah bukan NASHA dah. Nama pen drive tu dah jadi 2267 PRAM.

Saya tak faham kenapa dan saya tak tahu apa nak buat. Dah Google macam2, tetap tak menjadi.

I am just telling you, kot2 readers2 saya ni ada yang pakar IT?

Saya tak nak format. Saya tak nak hilang semua benda dalam tu yang saya dah usahakan untuk 4 tahun.

Tak tahu sama ada pen drive tu masih boleh dihidupkan balik atau tak. Tapi saya harap sangat boleh.

Cuba tanya kedai, mungkin ialah cara yang terbaik, kan?

Jadi saya minta maaf semuaa. Cerpen Lelaki untuk Irine, saya ada sampai part 3 SAHAJA. Tapi saya tak nak update sebab saya tak nak cerpen tu tak ada penamat nanti. Saya boleh saja tulis semula. Tapi buat masa ni saya tengah siapkan manuskrip baru jadi saya tak mahu tumpuan saya terganggu. Biarkan saya siapkan manuskrip baru saya dulu, barulah saya update semula cerpen Lelaki untuk Irine. Dan mungkin jalan cerita berubah sikit ke? Sebab banyak cerita yang saya tulis dah lama dulu. Saya dah tak ingat.

Saya tak tahulah... :(

Dan mungkin blog ni akan bersawang, kot?

RUN pun akan dihentikan tak lama saja lagi.

Maka RUN ialah update terakhir dalam blog ni.

Dulu plan nak update novel baru, untuk gantikan RUN.

Tapi bila dah jadi macam ni... Novel baru yang saya maksudkan tu pun kat dalam pen drive tu jugaa. :'(

603 muka surat tuuuu~ Rasa hilang macam tu je. 3 tahun saya duk menukang, membetulkan, merepair, merombak, segala macam me. Manuskrip pertama saya yang saya tak cadang nak terbitkan.

Allahu...

Sedih sangat.

Tetap perlu kuat dan perlu percaya bahawa ada hikmahnya benda2 ni jadi.

Pengajaran: Sentiasa ada pen drive/ hard disk lain untuk salinan. Atau pun buat salinan dalam emel. Emel pada diri sendiri.

Saya minta maaf semua sebab benda ni di luar perancangan kita sebagai manusia yang kerdil.

Kecewa, memang kecewa.

Tapi bukan pada ketika ini saya harus mengalah.

Bukan pada ketika ini saya harus berhenti dan berputus asa.

Semua perkara berlaku dengan hikmah.

Semalam, sepupu saya yang kami panggil along meninggal dunia. Mohon readers semua sedekahkan al-Fatihah untuk arwah. Arwah along ialah seorang manusia yang berjiwa besar. Seorang manusia yang cukup kuat dan tabah. 26 tahun cuma hayatnya. Allah lebih menyayanginya. Al-Fatihah.

Terus kuat bersama-sama saya, ya readers.

Mohon doa kalian semoga pen drive itu masih boleh dihidupkan dan saya masih boleh dapat balik semua harta yang telah saya usahakan. Mohon doa kalian. 

Terima kasih, kesayangan semua.

Terima kasih banyak.

8 comments:

  1. Innalillahiwainnalillahirajiun. Bertabahlah hati hai Nasha.Kekecewaan hari ini moga menjadi pemangkin kepada 'mencanak' / cemerlang hari esok. Banyakkan 'sujud'. Insyaallah selepas sujud Nasha akan kembali berdiri meneruskan ....... (isi sendiri. Sya hilang istilah nak guna hahahaha.Almaklum saya bukan penulis)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Yamad, :). Saya pun tak tau nak sambung macam mana. Hahaha. Thank you so much for the support. Harap tak kecewa dengan cerpen yang tak ada sambungan tu ya, ^_^.

      Delete
  2. Biasanya boleh jadi juga kalau pc yg ada virus n tak dapat detect pendrive tu. Cuba buka di pc lain. Saya biasa jadi juga macam ni. Cuma bila dah install dan tukar nama tu, saya tak pernah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, penawar85, :). Saya dah cuba di PC lain sebenarnya dan saya dah cuba masukkan pen drive lain ke dalam PC saya. Bukan PC yang bermasalah. Memang pen drive yang bermasalah. BTW, saya dah bawa ke kedai untuk check. Kata mereka, cip dah rosak. Tak boleh buat apa2 dah. Reda, ^_^. Thank you atas cadangan ya, :).

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Hard disk saya biasa jadi mcm tu . Nama disk dh berubah dgn kotak bawah dia tu dah takda . Tapi sbb dalam tu full dan saya tak spare dkt mna2, saya try jgak . Last2 ok balik pastu cepat2 save smua document sbb mmg hard disk tu dh taleh tahan dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna yg run cmd then dia naik kotak hitam tu

      Delete
    2. Hey, anon, :). Saya ada jumpa cara ni through Google. I've tried it before hantar kedai. Tapi sayangnya tak berjaya. Thank you untuk cadangan, ^_^.

      Delete