Nota kepala: Assalamualaikum semua, :). Last part is up!
“SEBAB
tulah, Hazzar! Sebab tu akak layan dia macam tu! Sebab tulah akak layan dia
hendak tak hendak saja! Sampai mati pun akak tak boleh buang rasa bersalah
dalam jiwa akak ni terhadap dia! Kau ingat senang ke akak nak tuntut fasakh
daripada mahkamah? Kau ingat akak saja-saja, suka-suka, naik turun mahkamah
untuk pastikan yang akak betul-betul dah tak ada hubungan dengan bekas suami
akak tu? Kau tahu tak Hazzar, akak lebih rela hilang suami yang tak ada
pertalian darah dengan akak daripada hilang adik sepupu yang sekarang ni dah
jadi adik ipar akak sendiri! Akak sayang dia, kau tahu? Akak sayang Iva macam
adik sendiri. Sebab sayang itulah akak sanggup buang suami akak dari hidup
akak.”
Tersentap
jantungku mendengar suara Kak Hayfa.
Ya
Allah, apa yang sudah berlaku? Mengapa namaku disebut agaknya?
“Sejak
tahun pertama akak berkahwin akak dah tahu tentang dia, Hazzar. Sejak tahun
pertama. Sebab tu akak tak fikir panjang untuk bercerai dengan dia. Sebab tu
akak sanggup keluarkan duit, sanggup bersusah-payah untuk bercerai dengan dia.
Akak lebih sanggup tengok dia mati daripada tengok Iva yang menjadi mangsa.”
Perlahan-lahan
aku menapak masuk ke dalam rumah yang tidak bertutup pintunya. Ah, kalaulah aku
ke rumah Maysa dulu tadi, sudah tentu aku tidak berpeluang untuk mendengar
semua ini. Memang aku ada beritahu kepada Hazzar bahawa aku akan singgah di
rumah Maysa lebih kurang satu jam sebelum ke rumah arwah pak long yang dihuni
oleh Kak Hayfa. Tetapi oleh kerana Maysa kini berada di Pahang, di rumah ibu
bapanya, aku batalkan rancangan pertama aku tadi dan terus sahaja aku ke rumah
arwah pak long.
“Ummi...
Kenapa mak long tu?” tanya Huzair.
“Syhhh...”
Aku meminta Huzair senyap.
“Ya,
memang. Kemalangan arwah mak ngah dulu, yang arwah pak ngah langgar, ibu bapa
Arman.”
Aku
terlalu terkejut pada saat ini. Tangan kanan secara automatik naik menekup
mulut.
“Ya,
Hazzar! Sebab itulah dia kahwin dengan aku, untuk hancurkan hidup Iva!”
Ya
Allah! Lutut aku benar-benar terasa lemah pada saat ini. Aku jatuh terduduk di
situ juga. Segala-galanya yang pernah aku lupakan kembali jelas dalam
ingatanku. Wajah yang disuluh dengan cahaya itu! Suara itu! Aku ingat
segalanya!
“Ummi!”
Huzair
yang sudah menarik-narik tanganku tidak aku pedulikan.
“Ummi
bangun, ummi!”
Aku
nampak wajah Kak Hayfa muncul di hadapanku.
Kak
Hayfa... Dia tahu segala-galanya.
Begitu
juga dengan Hazzar! Selama ini lelaki itu senyap, tidak menceritakan apa-apa
langsung kepada aku! Tidak membuka mulut saat aku bertanya lama dahulu!
Tanpa
mempedulikan panggilan Kak Hayfa, aku terus bangun daripada dudukku. Tubuh
terasa melayang sejenak. Perlahan-lahan aku menapak untuk mendapatkan kereta
dengan tangan kanan yang berpaut pada apa yang mampu aku capai.
Masuk
sahaja ke dalam kereta, setelah menghidupkan enjin, aku terus memulakan
pemanduan. Aku nampak Huzair yang menangis-nangis dalam pelukan Kak Hayfa,
tetapi aku mengabaikan semua itu.
Aku
mahu lari daripada hubungan yang dibina dengan bunga-bunga penipuan ini. Hazzar
tidak jujur mencintai aku.
Berhenti
menelefon. Tak perlu cari saya. Awak tahu semuanya dan terus simpan semuanya
sendiri. Lebih mudah begitu. Tak perlu ada kejujuran dalam perhubungan kita.
Tak perlu jujur mencintai saya. Tak perlu terus mencintai saya.
ITU ialah mesej terakhir yang aku hantar kepada Hazzar
sebelum aku keluarkan kad SIM telefon aku dan aku tukar ke kad SIM yang baharu.
“Wei.”
Aku toleh ke sebelah kanan, pandang gelas yang dihulurkan kepada aku.
“Thanks,”
ucapku sambil huluran itu aku sambut.
“Sampai
hati kau tak bagitahu aku...” ujar manusia di sebelah.
“Aku
tak teringat. Maaflah,” ucapku.
“Mana
nak ingat aku dah. Dah ada lelaki lain dalam hati tu kan...” tuturnya seperti
berjauh hati.
“Aku
malaslah nak cakap fasal ni sekarang ni...”
“Eh,
sedap aje mulut kau kan? Kau tahu tak, kalau bukan sebab aku nampak kau dengan
Hazzar keluar berdua siap pegang tangan lagi, sampai mati pun aku tak tahu yang
kau tu isteri orang, tahu?” Bengang Fayyadh bersuara.
“Aku
dah bagitahu, kan? Kau yang tak nak percaya. Mohon bersihkan hati kau tu lain
kali. Percaya saja apa yang aku kata lepas ni,” kataku.
“Ni
kau sorang-sorang dekat Pulau Langkawi ni dah kenapa?” soal lelaki itu.
Aku
pandang wajah Fayyadh, “Sebab aku tahu kau tengah bercuti dekat sini dan aku
tahu hanya kau saja yang aku boleh harap untuk jaga aku.”
“Kau
gaduh apa dengan suami kau tu?” tanya Fayyadh.
“Tak
payah tahulah. Buat sakit hati saja kalau fikir.”
“Aku
ni empat hari saja tau dekat Langkawi, kau jangan nak duduk seminggu pulak.
Dahlah perut tu tengah bawa anak,” kata Fayyadh. Dia bawa aku ke klinik tadi
sebaik sahaja aku tiba. Mana taknya, keluar sahaja dari kereta terus aku muntah
dan terasa seperti ingin pitam. Patutlah tekanan darah aku sekarang selalu saja
tidak stabil. Mudah sangat kepala rasa melayang.
“Aku
nak ikut kau balik rumah mak. Aku tak nak balik rumah aku,” pintaku.
“Mana
boleh? Kau tu mengandung anak Hazzar, tau? Anak kau yang dekat rumah tu? Kau
tak kesian ke dia kalau dia rindu ummi dia?” kata Fayyadh.
“Memanglah
anak Hazzar, tapi duduk dalam perut aku. Suka hati akulah nak bawa dia pergi
mana pun. Siapa suruh papa dia sakitkan jiwa aku?” bebelku. Malas aku nak
bagitahu Hazzar tentang kehamilan aku. Huh!
“Kau
tu yang menempah bala sendiri. Duduklah depan Hazzar tu, cakap elok-elok dengan
dia. Dahlah minggu ni anniversary korang yang ketujuh, kan?”
“Kau
ni, kenapa semua benda kau tahu ni?”
“Aku
tengoklah wei, insta Sir Hazzar. Selalu sangat post gambar kau
dengan Huzair tu, caption pun manis-manis aje. Tapi tak pernah nak
tunjuk muka penuh kau. Selalu muka kau kena tutup dengan cahaya matahari. Nasib
baiklah aku ni Fayyadh, tau? Tengok senyum dengan gigi taring tu pun aku dah
tahu tu senyuman kau.”
“Banyaklah
kau punya gigi taring.”
“Kau
ni tak ada insta ke apa?”
“Mana
ada! Kau macam tak kenal aku aje.”
“Laki
kau tu, tua-tua pun pandai main insta. Kau ni harap aje muda-mudi, tapi haprak
pun tak ada.”
“Buang
masa, tau? Buang masa. Tak baik show off kebahagiaan. Apa guna tayang
benda-benda manis walhal realitinya pahit? Gambar saja cantik, kisah di sebalik
gambar tu kita tak tahu apa-apa,” balasku.
“Aku
nak cakap awal-awal, kalau kau jumpa Hazzar dekat sini, bukan salah aku eh?”
“Asal
kau cakap macam tu?” Berkerut kening aku pandang Fayyadh.
“Saja
cakap.” Fayyadh terus buang pandang ke arah matahari yang sedang terbenam.
Seriau pula aku dengar amaran Fayyadh itu. Buatnya aku betul-betul jumpa Hazzar
di sini!
GIGIH
benar Fayyadh berswafoto. Aku pula tidak berminat untuk bergambar. Morning
sickness aku masih melekat lagi. Rasa macam nak tidur sepanjang hari.
Aku
punyalah berhati-hati menggunakan kaedah masa selamat, tapi rezeki tu, Allah
tetap bagi juga. Haih, mulalah aku terbayang macam mana aku nak kerja dengan
ubat-ubat tu semua dengan kerenah tubuh yang begini.
“Kau
jangan eh masukkan gambar aku dalam insta kau?” Siap-siap aku memberi amaran
kepada Fayyadh.
“Gila
apa? Takkanlah aku nak khianat kau?” Fayyadh menggeleng bersungguh.
“Aku
nak tidurlah, Fayyadh. Lembik sangat rasanya badan ni.”
“Kau
kenalah makan dulu, weh. Nanti apa-apa jadi kang dekat anak kau.”
“Buat
apa nak makan kalau nanti semuanya keluar balik? Biarlah apa-apa nak jadi dekat
dia pun, bukannya papa dia ada dengan aku pun.”
“Eyyy,
kau ni. Bercakap tak pakai akal lah! Kufur nikmat sungguhlah! Kufur tau,
kufur?”
“Yalah,
yalah. Aku salah, aku tahu. Aku tak bolehlah, Fayyadh. Hati ni serabut sangat
rasanya.”
“Serabutlah,
kau lari ni, tak ada reda suami. Kau ni isteri, tau? Reda Allah tu terletak
pada reda suami. Kau nak ke mati dalam keadaan isteri nusyuz? Buatnya tak
sempat minta maaf dekat suami, Izrail tarik nyawa kau,” kata Fayyadh.
Aku
jeling wajah Fayyadh, “Kau memang gurau kasar menjadi-jadi kan?”
“Aku
cakap benda betul. Bukan tipu-tipu. Untuk kebaikan kau juga.”
“Aku
tak ada masalah kalau dia jujur. Pantang nenek moyang aku orang tipu aku, tau?”
kataku.
“Dia
tipu apa, masalahnya?”
“Rahsia.”
“Haaa,
itulah kau. Sikit-sikit rahsia. Tu yang selalu merajuk dengan suami tu. Tak nak
berterus-terang. Apa tak puas hati sepatutnya kau tembak aje. Ini tidak. Pendam,
pendam, jadi nanah tau dalam hati tu?”
Tersenyap
aku mendengar kata-kata Fayyadh. Ada benarnya juga apa kata Fayyadh. Aku yang
tidak mahu duduk berbincang.
“FAYYADH...”
tegurku dengan nada geram.
“Wei,
Fayyadh! Matahari aku!” Terus sahaja aku membuka mata dek terlalu bengang
apabila matahari yang sepatutnya menyimbah wajah dihalang oleh tubuh manusia.
Terketap
rapat bibirku apabila wajah manusia lain yang mengisi ruang mata. Aku terus
bangun daripada pembaringanku. Kaki yang melunjur aku ubah kepada sila.
Mata
masih memandangnya takut-takut.
Tangan
kanan aku hulurkan, mahu bersalaman dengannya.
Keluh
perlahan terbebas dari mulutnya sebelum dia meleraikan tangannya yang bersilang
di dada. Huluran aku disambut jua akhirnya. Usai aku mengucup tangannya, dia
mengusap perlahan kepalaku.
“Rindu...”
tuturku perlahan dengan kepala yang tertunduk.
Lelaki
itu melabuhkan duduknya di hadapanku seraya menarik aku ke dalam pelukannya.
Lama
dia memeluk aku.
Aku
menyembunyikan wajahku pada bahunya. Sebak terasa dalam dada. Mata sudah mula
bergenang.
“Kenapa
tipu saya?” desisku perlahan. Air mataku sudah mulai jatuh.
“Kenapa
tak bagitahu yang Arman orangnya yang pernah nak rogol saya dulu?” tanyaku.
Aku
dapat merasakan pelukan pada tubuhku semakin dieratkan. Kepalaku yang berlapik
dengan tudung juga dikucup beberapa kali.
Pelukan
pada tubuhku kemudiannya terlerai. Hazzar mendongakkan wajahku, memaksa aku
memakukan pandanganku pada mukanya.
“I
thought that it will be painful for you if I bring up the issue again,”
kata Hazzar sambil mengesat air mataku.
“Tapi
saya perlu tahu siapa yang nak buat jahat dekat saya,” ujarku.
“I
thought he has done.”
Keningku
berkerut.
“Maksud
awak?”
Hazzar
melepaskan keluh perlahan, “Dia yang rempuh awak dengan motosikal hari tu.”
“What?!”
“Selepas
saja keluar dari penjara, dia cari awak. It was my mistake for not telling
you about him. Awak mungkin akan lebih berhati-hati jika awak tahu tentang dia,”
kata Hazzar.
“Dia
berdendam, kan?” tanyaku.
Hazzar
mengangguk, “Dia menyalahkan keluarga awak atas kematian arwah ibu bapanya.”
Aku
melepaskan keluh perlahan, “Saya nak jumpa dia. Saya nak cakap dengan dia,”
pintaku.
Hazzar
mengangguk akur, “Saya akan bawa nanti.”
“Kalau
saya tak dengar daripada mulut Kak Hayfa, sampai bila awak nak rahsiakan
semuanya daripada pengetahuan saya?” soalku.
“Saya
tak pernah berniat pun nak rahsiakan, Zaira.”
“Habis
tu? Kita ada masa selama setahun selepas saya balik dari Dublin untuk awak
berterus-terang, Hazzar!” Suaraku sudah meninggi.
“To
hurt you and your feelings again, is not my duty.”
“Then?
Bila awak nak bagitahu?”
“If
possible, I don’t want to tell you. Tapi mustahil saya dapat sembunyikan
semuanya daripada awak selama-lamanya.”
“Tahu
pun!”
“Sebab
itulah saya dah berhasrat, kalau awak sendiri yang bangkitkan kejadian enam
tahun lepas, saya akan jujur dan beritahu apa-apa yang awak nak tahu.”
“Enam
tahun lepas, kenapa tak jawab semasa saya bertanya?”
Hazzar
menghela nafas dalam, “Saya perlu selesaikan semua persoalan yang ada dalam
kepala saya ni dulu sebelum menjawab soalan awak. Cuba kalau saya bagitahu awak
masa tu, Arman orangnya yang serang awak, mesti awak akan tanya kepada saya,
kenapa dia buat macam tu sedangkan pada ketika itu saya tak ada jawapannya.
Seumur hidup awak takkan tidur dengan lena sebab tertanya-tanya apa motif dia
buat macam tu dekat awak. Sekarang, apabila saya dah ada penjelasan yang benar
tentang mengapa dia berdendam dengan awak, barulah saya putuskan untuk jelaskan
semuanya kepada awak.”
“Kak
Hayfa bercerai dengan dia, sebab saya ke?” soalku.
“Kak
Hayfa terlalu sayangkan awak, Zaira.”
“Saya
ingat selama ni...” Aku tersenyap. Wajah terus aku tundukkan.
Terhinggut-hinggut bahuku menahan esakan.
“Saya
ingat selama ni dia berdingin dengan saya sebab dia tak sayang saya...” luahku.
Air mata terus berjurai-jurai jatuh ke pipi. Jari-jemari bergerak saling mengait
antara satu sama lain.
Tubuhku
sekali lagi ditarik ke dalam pelukan.
“She
loves you so much...” Bisikan Hazzar menyisipkan satu perasaan lega dalam
benakku. Tangannya yang bergerak mengusap-ngusap belakang tubuhku meredakan
sedikit sebanyak gusar di dalam jiwa.
Perlahan-lahan
esakanku mulai menghilang. Tanganku bergerak melingkari pingggangnya. Erat aku
memeluknya.
“Tolonglah,
jangan biarkan saya tersilap langkah lagi,” pintaku, tulus.
“Dan
tolong, angkatlah tinggi nilai seorang isteri di sisi suaminya,” tutur Hazzar.
Aku
mengangguk perlahan-lahan. Angkatlah tinggi nilai seorang isteri di sisi
suaminya. Semudah itu sebenarnya, untuk seorang wanita bergelar isteri meraih
reda Tuhan.
HAZZAR
berjaya menjejak aku dengan bantuan gambar tudung aku yang ter-interframe
dalam gambar swafoto Fayyadh yang dia post
di Instagram. Beberapa kali menggertak Fayyadh barulah Fayyadh mengaku. Huh,
kesian Fayyadh. Tak fasal-fasal terlibat dalam masalah aku dengan Hazzar
dahulu.
Sekurang-kurangnya
usaha Fayyadh itu berbaloi. Segala-galanya tentang Kak Hayfa dan Arman sudah
jelas kini.
“Kak
Hayfa tak ada adik perempuan. Sebab tu akak extra sayang dekat Zaira,
macam adik kandung akak sendiri.”
Masih
terngiang-ngiang di telingaku patah-patah kata Kak Hayfa kepadaku tempoh hari.
Sejuk terasa hati apabila sesi luahan kami telah berjaya mengendurkan semula
tali hubungan yang selama ini tegang. Aku fikir selama ini, dia tidak sukakan
aku. Tetapi rupa-rupanya, dia mengelak daripada aku kerana setiap kali dia
memandang wajah aku, dia pasti akan teringat segala niat jahat yang pernah
Arman niatkan untuk lakukan kepada aku dahulu. Patutlah sejak dia bercerai
dengan Arman dahulu, sikapnya begitu dingin dengan aku.
Perbualan
aku dengan Arman dahulu terimbau semula dalam fikiran.
“Sebab
aku nak kau rasa macam mana perasaan hilang benda berharga dalam hidup! Aku
hilang mak bapak aku, sebab mak bapak kau!”
“Tapi
arwah ibu bapa aku pun meninggal sama dalam kemalangan tu!”
Arman
mengukir senyum sinis, “Kau hilang mak bapak kau, tapi kau ada bapak saudara
kau untuk sambut kau! Aku? Aku ada siapa?! Aku ada siapa, Adiva Zaira?!”
Tersentak
aku mendengar luahannya itu.
“Apa
yang keluarga aku tahu, cuma mengaut duit aku untuk memenuhi kehendak nafsu
mereka! Aku dicampak merata-rata. Disepak tendang, dipandang hina! Kalau bukan
sebab Bonda Nora, mustahil aku dapat berdiri di sini sampai hari ini! Kalau
bukan sebab mak bapak aku meninggal, hidup aku takkan semalang ini! Semuanya
salah keluarga kau!” tengking Arman betul-betul di hadapan wajahku.
Allah...
Kalaulah nasib aku seperti Arman, apakah aku akan menjadi sebegini berdendam
terhadap orang yang menjadi punca kepada kematian ibu bapaku?
Aku
mengetap rapat bibirku lantas aku menunduk sejenak.
“Kalau
bukan kerana kasih sayang Tuhan, barangkali aku dan kau, sudah sama-sama mati
dalam kemalangan itu.” Bergetar suara aku menutur.
Wajah
Arman aku pandang semula. Bulat matanya merenung aku. Barangkali dia terkejut
mendengar ungkapan bicaraku.
“Itulah
alasannya mengapa kau begitu berdendam, kerana kau asyik mahu memandang pada
sisi-sisi negatif dalam setiap apa yang berlaku sepanjang kehidupan kau. Kau
tidak mahu memandang hikmah yang terzahir di sebalik keburukan. Engkau hanya
mahu memandang apa yang kau mahu. Engkau tidak mahu memandang apa yang cuba
Tuhan tunjukkan kepada kau. Engkau tidak sudi memandang Tuhan. Tidak sudi
bersyukur walau hanya untuk setiap helaan nafas kau di atas muka bumi ini, yang
memastikan kau terus hidup, dan bisa terus mengutip pahala.”
Aku
lihat rahang Arman bergerak-gerak, tidak lama selepas itu, tiba-tiba sahaja
pandangan mata kami yang bersabung tajam dicemari dengan satu lapisan cecair
jernih yang melitupi bebola mata Arman. Dia mengetap rapat bibirnya dan
menundukkan kepalanya.
“Sampai
sini saja, Adiva Zaira. Maafkan aku.”
Maafkan
Arman. Lelaki yang pernah cuba memperkosa aku, lelaki yang pernah cuba meragut
nyawa aku...
Tidak
terjadi sesuatu itu melainkan dengan izin Tuhan. Dengan kasih sayang Allah,
segala nikmat yang Arman cuba tarik daripada aku, tidak berjaya ditariknya.
Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Perancangan manusia tidak sehebat
perancangan Tuhan.
Aku
boleh memaafkan Arman. Mungkin jiwa aku pernah hancur disebabkan apa yang
pernah dia lakukan kepadaku. Tetapi jiwa yang hancur itu tidak hancur selama-lamanya.
Aku ada Allah yang menguatkan aku. Tetapi jiwa Arman yang hancur? Dia ada siapa
jika Allah pun sudah lama dia lupakan?
Aku
harap Arman kembali memandang Dia. Aku harap Arman cuba meraih keampunan
daripada Dia. Sesungguhnya yang Maha Pengampun itu adalah Allah yang esa.
Dendam
bisa saja membunuh jiwa. Jangan sampai jiwa itu mati.
“Ummi!”
Aku berpaling memandang Huzair yang sibuk berlari mendekati aku.
“Ummi
nak!” Teruja betul aku apabila ternampak apa yang dipegang oleh Huzair itu.
Segera
Huzair melarikan tangannya ke belakang, “Tak boleh! Papa tak bagi.”
“Alaaa,
sikit aje. Papa tak nampak pun,” hasutku.
“Tak
boleh, Allah nampak!”
Erk!
Tertelan liur aku dibuatnya.
“Yalah,
yalah!” Aku akur juga akhirnya. Susah betul dapat anak yang sekepala dengan
papa dia ni. Protective sangat.
“Abang...”
Manja aku memanggil Hazzar yang sedang melangkah ke mari.
“No!
Tu Huzair punya.”
Aku
sudah mencebik. Huh! Kedekut!
“Sikiiit
aje. Sikit sangat. Secubit saja,” rayuku. Aku tayang muka comel kepada Hazzar
yang sudah melabuh duduknya di sebelah aku.
“Nah.”
Aku pandang tangan kanan Hazzar. Terus sahaja senyumku melebar. Patutlah dari
tadi tangan itu disorok di belakang tubuh.
“Yeay!
Thank you, sayang,” ucapku sambil menyambut hulurannya.
“Muah!
Muah! Muah!” Aku hadiahkan ciuman di udara. Gila kau nak cium pipi Hazzar
tengah-tengah taman ni?
“Separuh
saja. Separuh lagi bagi abang.”
“Okey.”
Aku mengangguk patuh.
Aku
mula mencubit sedikit gula kapas itu lalu aku masukkan ke dalam mulut.
“Ya
Allah, nikmatnya!” Dah tiga bulan aku teringin nak makan gula-gula kapas, tapi
Hazzar tak bagi sebab makanan tak berkhasiat katanya.
“Suka
tak adik dapat gula-gula kapas?” Selamba Huzair mengusap-usap perutku dan
melekapkan telinganya ke perutku.
“Adik
cakap apa?” Aku layan kerenah si kecil itu.
Mata
Huzair membulat. Senyumnya melebar. Kepalanya terus dijauhkan daripada perutku.
“Suka!”
Laju sahaja dia mengangguk.
“Macam
mana Huzair boleh dengar ni? Papa tak dengar apa-apa pun?”
Aku
dah boleh agak dah apa yang Hazzar nak buat. Sebelum sempat telinganya melekap
pada perutku, terus sahaja aku menolak kepalanya.
“Abang
ni...” Memerah wajahku dibuatnya. Malu apabila ternampak ada mata-mata yang memandang.
Hazzar
ketawa nakal.
“Taklah,
gurau aje, sayang,” ujar Hazzar lantas dia mencapai tangan kananku.
“Dua
minggu lagi due date, kan?” kataku. Hazzar mengangguk.
“Kesian
abang,” ujarku lagi.
“Kenapa?”
“Masa
abang hantar dia pergi tadika, umur abang dah 41 tahun, tau?”
Hazzar
jeling tajam wajah aku. Giliran aku pula menghamburkan tawa nakal.
“Dia
tingkatan tiga, abang dah 51 tahun! Orang lain 51 tahun dah ada anak masuk
universiti dah.” Terkekek-kekek aku ketawa. Suka benar aku menyakat Hazzar
apabila membicarakan soal perbezaan usianya dengan anak di dalam kandungan aku
ini.
“Eee!”
Hazzar mencubit lembut pipi aku. Geram benar gayanya.
“Tak
baiklah, sayang. Orang lain 51 tahun belum tentu ada anak, tau?” kata Hazzar.
Aku
memuncung.
“Sorry...
Saja nak usik abang aje. Tak ada pun nak usik orang lain,” ujarku.
“Alah,
tak payahlah dengar cakap ummi ni, kan Huzair? Huzair tingkatan tiga nanti,
papa baru 46 tahun, kan?” kata Hazzar.
Huzair
mengangguk-angguk. Mentang-mentanglah dah pandai mengira...
“Abang!”
Tangan aku yang digenggam oleh Hazzar serta-merta mencengkam tangannya.
“Aduh!
Aduh! Aduh! Patah jari abang, sayang!” Bersusah-payah Hazzar menarik tangannya
daripada terus dicengkam oleh aku.
“Abang!”
Aku terus mengalihkan tangan mencengkam lengan bajunya pula.
“Ya
Allah, kenapa ni?” Hazzar dah pandang aku dengan air muka cuak dia.
“Hukhukhuk...”
Aku dah berdrama. Mata sudah bergenang, “Sakit...”
“Hah?
Sakit?!” Mulalah Hazzar dengan kelam kabut dia tu.
“Tak
payahlah!” Aku halang Hazzar daripada berdiri.
“Ummi
kata sakit?” Huzair pula yang kelihatan panik.
“False
contraction, tau? False contraction. Bukannya nak beranak lagi.
Tiba-tiba aje sakit lain macam.”
“Ya
ke? Jomlah pergi hospital, sayang. Buatnya nak bersalin betul-betul macam
mana?”
“Taklah,
kalau contraction nak bersalin lain. Sela masa dia dekat-dekat. Ni biasa
aje ni. Cuma sakit kuat sikit saja tadi.”
“Degil,
awak tu mana pernah bersalin? Suka hati saja. Dah, jom.”
Akhirnya
aku terpaksa mengalah juga dan membiarkan Hazzar dan Huzair memimpin tangan aku
ke kereta. Takut juga aku kalau apa-apa jadi pada saat-saat akhir begini.
Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.
AKU
mengintai tingkah Hazzar. Sengaja aku berpura-pura tidur. Menipu sangat aku
tak terjaga kalau dah namanya yang meraung tu Isyqee.
“Tidur,
anak papa. Hari ni minum susu dengan papa aje. Tak payah kacau ummi tidur.
Kesian ummi jaga Isyqee dengan abang sorang-sorang, dua hari papa tak ada...”
tutur Hazzar kepada Isyqee yang sedang menyusu botol. Gigih Hazzar bangun dan
panaskan susu dalam freezer tadi semata-mata sebab tak nak kejutkan aku.
Terharu rasanya hati ini.
“Bulu
mata lentik sangat ni, cantik macam ummi dia.”
Aku
sembunyi senyum. Hazzar ni jarang-jarang sangat nak puji aku cantik. Tapi
pernahlah sekali dia puji mata aku yang paling dia suka tengok, sebab bulu mata
aku cantik.
“Kenapa
pandang papa macam tu? Isyqee rindu papa, ya? Anak papa ni rindu papa?” Hazzar
ni pun. Memang tak tidurlah kan Isyqee kalau dah diajak berborak begitu.
Macamlah dia tak tahu Isyqee tu suka benar layan dia berborak.
“Bang...”
Aku bersuara juga akhirnya. Tak larat aku nak tengok Hazzar layan Isyqee macam
tu.
Aku
buka mata, berpura-pura macam aku baru terjaga dari tidur.
“Tidurlah,
tak payah bangun. Isyqee dengan abang ni.”
“Abang
janganlah borak-borak dengan dia. Nanti dia tak nak tidur. Enjut-enjut sikit
bagi dia tidur. Selawat banyak-banyak,” bebelku. Sejak dah ada dua orang anak
ni, memang mulut tak boleh kalau tak membebel.
“Yalah,
abang tak borak dah.”
Aku
bangun daripada pembaringanku.
“Pukul
berapa abang balik tadi?” tanyaku.
“Pukul
sebelas lebih.”
“Macam
mana? Dapat ke?”
“Alhamdulillah.”
Hazzar mengukir senyum dan mengangguk.
Terus
sahaja aku memeluk tubuhnya dalam berhati-hati, takut terkena Isyqee.
“Thank
you, sudi berkorban nak jaga Huzair dengan Isyqee. Sepatutnya Zaira yang
duduk rumah.”
Hazzar
mengucup ubun-ubunku, “Tak ada apalah. Abang memang cuti pun, kan? Kali ni
memang abang dah niat tak nak tanda kertas dah sebab ada Isyqee. Kalau setakat
Huzair seorang tahan lagi sebab dia dah besar. Tapi awal-awal dulu nak cari
ganti susah. Cikgu-cikgu muda mana nak tanda kertas? Mujurlah last minute
ada yang sudi ganti. Lagipun, Zaira punya kerja dah macam tu. Nak buat macam
mana?”
“Nanti
dah habis kontrak dengan kerajaan, Zaira nak berhenti, boleh? Zaira nak fokus
dekat keluarga.”
Hazzar
mengangguk, “Boleh. Elok sangatlah tu.”
Aku
pandang Isyqee yang sudah terpejam-pejam matanya. Isyqee ni kalau nak tertidur,
sepuluh kali pejam dulu, barulah dia betul-betul pejam.
“Terima
kasih,” ucapku.
“Untuk
apa?”
Aku
memandang Hazzar. Senyum manis aku hadiahkan buatnya lantas aku menutur, “Jujur
mencintai kami.”
Hazzar
turut mengukir senyum, “Will always do.”
Kejujuran
bisa menghidupkan jiwa. Jujurlah, lepaskan, bebaskan segala rasa yang
menghimpit dada. Nescaya selepas itu, kuntuman bunga jiwa itu akan terus mekar
dan sukar untuk layu dan mati lagi.
Sekian
kisah hidup budak acah-acah pandai sekolah dengan cikgu hot.
Siapa
sangka, akhirnya dua orang manusia yang tak sekepala tu boleh bina hidup
sama-sama, siap ada anak lagi.
Percaturan
Tuhan... Terlalu banyak rahsia yang hanya dapat dilihat sekiranya kita MAHU
melihatnya.
TAMAT
Nota kaki: Tamat sudah cerpen hero heroin perangai tak semenggah ni.
Hahaha. Biasalah, dalam hidup ni pengalaman yang mematangkan kita, kan?
Jadi, tamatnya kisah Zaira dan Hazzar ini menandakan blog ini akan
berada dalam fasa sunyi sepi selepas ini. Huhuhu. Sedih, kan?
Bersabarlah untuk setahun. Dan ingatlah, sesungguhnya apa-apa berita
manis-manis dan indah2 akan saya kongsikan di sini dengan izin Allah.
Tak
terlewat lagi rasanya untuk saya mengucapkan selamat berpuasa untuk
semua pembaca yang beragama Islam tak kiralah di mana jua anda berada.
Semoga ibadah puasa pada kali ini tidaklah hanya mendatangkan lapar dan
dahaga sahaja kepada kita. Kejarlah pahala dan raihlah reda Tuhan, :).
Semoga Allah merahmati kita.
Akhirul kalam, terima kasih kerana membaca dan semoga terus cekal menjalani ujian kesenangan dan kesusahan hidup, :).